Banyak betul barang aku yang jahanam sejak dua menjak ni. Bukan aku yang menjahanamkan mereka, tapi dah sampai ajal, aku tak boleh nak buat apa. Bulan lepas, pendrive 16GB yang aku beli online dengan harga RM120 jahanam serta merta. Alasan 'kukuh' gila kan? Bagi kawan pinjam sebab dia transfer movie, tapi disebabkan kawan ni terlalu 'cermat', lesaplah pendrive aku. Sabar.. Aku maafkan.. RM120 tu tak berharga pun jika nak dibandingkan dengan nyawa dia. Dia cicirkan pendrive atas jalanraya, dengan secepat kilat digilis tayar Avanza. Hancur leburr berkecai hati aku. =.='
![]() |
| mahal gila shipping fees thumb drive macam ni. available in UK. comel kan? |
Tapi hati terubat, rasa nak melompat tinggi-tinggi, sebab dapat hadiah daripada parents, external hardisk 500GB brand Toshiba. Seronok kemain lagi, boleh sedut movie banyak-banyak. Terus lupa dekat pendrive 16GB yang dibeli dengan duit sendiri tu. Sebelum ni abah aku belikan external hardisk 250GB. Dah penuh, aku membebel sorang-sorang sebab tak muat nak copy korean drama. Hee. Lepas ni mungkin aku boleh bodek parents aku supaya mereka belikan aku laptop apple satu. Bukan buah apple ye, tapi LAPTOP.
Bulan lepas jugaklah Sony Ericsson W menghancurkan jiwa aku. Handphone baru je lagi, tak sampai dua tahun, tapi stuck masa nak transfer lagu. Diserang virus mungkin. Aku hantar repair kat kedai tapi pakcik yang dikenali sebagai pakcik Nor tu kata tak boleh nak repair dah sebab totally lost. Bahagianya aku weii... =.=' Terus aku lupakan dia, aku suruh pakcik tu buatlah nak buat apa dekat handphone tu.
Lepas kejadian tu, Sony Ericsson F305 tu pulak buat hal. Dah tiga kali repair sebab masalah yang sama, iaitu broken LCD. Sekali repair, melayang RM200. Dia rosak lagi untuk kali ni, aku hantar repair kat kedai yang sama aku repair handphone bertahun-tahun, aku cakap kat pakcik tu, "pokcik, bekki lambat-lambat pom takpo, sayo kelik Muadzam buley ni, buley depe sayo kelik sini sayo ambik ah.. Bekki hok oghe-oghe lain lu deh.. Sayo tok gaduh mano..." Pakcik tu gelak dengar aku cakap macam tu. Serta merta kredit handphone licin sebab call nombor celcom dia. Sekaligus aku berkata, "pokcik, topup maxis sayo sepuluh riya..nati bubuh skali dale bil repair sony tuh deh.." Bijak tak? HAHA. Regular customer memang macam-macam perangainya.
Dan sekarang ni, nokia slide putih aku pulak yang buat hal. Bila off slide, keypad disfunctional. Bila on slide baru boleh guna. Sakit hati tak? Rasa macam nak mengamuk je. Dah la seketul ni je handphone yang ada sekarang, terpaksa off nombor celcom. Kesian orang yang selalu call nombor celcom aku tuh especially family la. Sebab aku family celcom. Tolonglah jangan lost untuk masa terdekat ni, tolongggg. Aku takde handphone lain dah ni wey. Tapi macam boleh agak je kenapa keypad slide ni tak berfungsi, kabel putus mungkin. Haih RM50 lagi untuk ganti yang baru.
Risau punya risau dekat handphone, aku takut laptop ni pulak yang merajuk. Dah dewasa dah laptop ni, aku mula guna time mula-mula masuk universiti. Kira dah nak masuk empat tahun la useful life dia. Jangan jadi macam laptop roomate aku sudah, baru je setahun dua beli tapi dah problem LCD and motherboard. Boleh nangis woo rosak LCD laptop. Baik beli laptop baru daripada repair LCD lama tu. Tapi setakat ni, laptop sihat walafiat. Sebab aku bukan ganas mana pun jaga gadget walaupun kadang-kadang keyboard laptop macam nak hancur sebab geram bercampur sakit hati time buat latihan accounting software (MYOB) tapi stuck tengah jalan. Nak tunjuk protes la konon, tekan-tekan keyboard dengan hati yang panas. Maunya tak hancur laptop kalau buat-buat tapi tak boleh nak solve money transaction kan?
Semalam langsung tak boleh nak fokus dalam kelas akaun. Hati sakit macam apa dah. Sebenarnya aku memang sengaja taknak fokus pun dalam kelas tu. HAHA. Merajuk dengan lecturer. Siapa suruh dia maki aku and budak-budak lain tanpa sebab. Kalaulah aku ni memang nakal gila, aku dah ponteng sampai final dah kelas lecturer ni. Tapi bila fikirkan subjek yang dia ajar tu subjek major, tak jadi nak boikot, aku jugak yang rugi kan? Aku suggest korang untuk advance accounting semester depan, if nak selamat and taknak pressure and taknak hilang fokus and taknak dapat ilmu tak berkat, jangan pilih lecturer akaun aku sekarang ni (boleh datang tanya aku siapa lecturer yang dimaksudkan).
Bila lost focus macam tu, sikit punya entertainment mesti mau ada. Fikir itu, fikir ini. Last-last aku fikir handphone apa yang aku nak beli bulan depan. HAHA. Secepat kilat capai handphone and hantar mesej dekat member aku, Hariz. Dia advance bab-bab gadget ni, so aku selesa nak share apa-apa yang berkaitan dengan dia. Aku suruh dia usha handphone latest, mintak dia suggest mana-mana handphone. As usual, dia memang easy to deal. Setelah kitorang berbincang (cewah), N97 menjadi pujaan hati. Dah lama sebenarnya aku admire handphone ni cuma aku tak sure function and ability dia. Tapi Hariz kata quite interesting, so aku pun interested jugaklah dengan N97. Comel okay. :) (entah kenapa aku tak berminat langsung dengan blackberry).
Kalau korang ada pendapat tentang handphone best-best, bolehlah suggest. Anytime anywhere. Tapi aku taknak iphone okay ! It's not my taste.
Kalau korang ada pendapat tentang handphone best-best, bolehlah suggest. Anytime anywhere. Tapi aku taknak iphone okay ! It's not my taste.
Aku macam kena berpuasa daripada shopping bulan depan if aku betul-betul nak handphone ni. Katanya Hariz "mampu ke nak puasa shopping?" HAHAHA. Macam tau-tau saja aku mana boleh tak shopping dalam sebulan ! Tapi terpaksalah. Puasa daripada shopping untuk sebulan. If Hariz puasa shopping sebab invest duit banyak gila dekat camera dia, makanya aku nak puasa shopping sebab nak invest banyak dekat handphone. Macam tak berbaloi je.. Huu.. Dugaan semua nih.. Ni belum kira dengan savings untuk trip holiday lagi. At least kena ada dua ribu cash on hand untuk trip tu. Tak campur dengan installment benda lain lagi. Muflis okay muflis !
Nota Kaki : Gatal tapak tangan kanan, orang kata nak dapat duit. Tapi kalau gatal tapak kaki, apa pulak maksud dia? Aku dah lama tak sepak terajang orang ni. Jangan paksa aku sepak muka anda yang berkenaan dah la. Nonsense betul buat cerita bukan-bukan pasal orang. Tak sayang mulut ke? (backup kawan punya kes..)
Toodles !





No comments:
Post a Comment