I'm just fill in my 9 days holiday with a lots of happening and fun activities. :) Kurang dari 12 jam berada di Kelantan, perasaannya seperti dua jam saja. Resah gelisah dah mula kelihatan, ayam jantan dah berkokok menandakan masa semakin singkat. Ohhh dah nak habis cuti ke der?
Tak lekat kat rumah, itu macam perkara biasa bila cuti. Mak ayah macam memahami anak perempuan dia ni kalau dah balik bercuti, ada-ada saja agenda nak ke hulu nak ke hilir. Hee. Terima kasih banyak-banyak dekat mak ayah sebab memahami walaupun aku kena gak bebel potpetpotpet suam-suam kuku sebab keluar pagi balik malam.
CNY holiday kali ni tak banyak agenda dengan kawan-kawan. Tak tahu kenapa, tak ramai yang menghubungi, mungkin juga mereka fed up mengajak aku keluar sebab everytime mereka ajak keluar, aku akan bagi alasan, I'M NOT FREE. Kesian mereka, sorry semua. It's not what i mean, kadang-kadang aku dah susun jadual apa nak buat time cuti, so that, i don't want to ruin eveything that i've made for my schedule before.. Kalau tak, huru hara lah jawabnya.. =.='
Cuti ni memang aku dah buat jadual elok-elok dah, and aku follow walaupun terselit jugak benda-benda yang tidak dirancang. Tapi, small matter je. Korang pun, kalau nak cuti panjang sikit, korang mesti ada plan apa-apa kan, nak buat itu, nak buat ini, so macam tu lah aku pun. Tapi yang pasti, aku berpuas hati dengan cuti kali ni. Walaupun impian dan hasrat nak tolong mak aku masak kat dapur kurang tercapai, akanku berusaha lain kali. Hee. Sorry Ma, 21 it's not a big deal, i'll try my best to always be your good girl. :)
Hang out with families, friends, special friend (ehem-ehem). Semua benda tu sangat best okay? Especially dapat gather ramai-ramai dengan family. Cuti kali ni aku dapat merasa ada adik angkat. Cewah ! Adik angkat tu der. Hee. No la, actually he is my brother's friend. Dia macam dah terbiasa, every weekend, dia akan datang stay kat rumah kitorang, bestfriend adik lelaki aku, yang form 5 tu. So, anak mak ayah aku bertambah jadi 5 orang sekarang. Hee.
Melepak di rumah tok ayah pun best juga. Jarang aku dapat melepak lama-lama. Cuti kali ni, everyday lepas keluar dengan kawan, mesti singgah rumah tok ayah dulu. For what? Saja-saja, bersembang, tengok tv, bergosip.
Cuti CNY, adik beradik mak aku ada la 3,4 orang balik kampung. Balik untuk bergotong-royong di rumah tok ayah. Pada awalnya, aku fikir benda ni sangat membosankan, annoying gila nak bergotong-royong. Uhhh malas ! Tapi, bila dah mula buat kerja, it's gonna be fun ! Serius, seronok gila rasa.
When talk about kerja rumah, bila masuk bab panjat-panjat, terus ada saja suara yang berbunyi "ya, mu panjat la, mu kan terer bab panjat-panjat ni.." Perghh.. Dia ingat aku ni spiderman ke apa. Tapi, betul gak tu. Aku memang suka panjat tempat-tempat tinggi, tak gayat pun, bahkan aku rasa hebat gila dapat panjat tinggi-tinggi. HAHAHA. Betapa angkuhnya aku disitu. :p Abah aku pun tak sanggup panjat tangga lipat (ladder) sampai tempat teratas, aku siap boleh berdiri atas tu. Gila berani, tapi sekali jatuh tergolek, maunya aku menangis seminggu.
Ada seorang photogorapher kurang bertauliah, disnapnya gambar-gambar happening kitorang tengah buat kerja. Tapi sangat tak sesuai nak letak kat sini, gambar-gambar tu untuk muhrim sahaja. Dah nama pun buat kerja dalam rumah, takkan nak berjubah siap kan.. Selak sana, selak sini, senteng sana, senteng sini, itu benda biasa. Nak-nak lagi aku, macam taknak pakai seluar je gayanya. Erkkk.. Tak senonoh. =.='
Ada seorang photogorapher kurang bertauliah, disnapnya gambar-gambar happening kitorang tengah buat kerja. Tapi sangat tak sesuai nak letak kat sini, gambar-gambar tu untuk muhrim sahaja. Dah nama pun buat kerja dalam rumah, takkan nak berjubah siap kan.. Selak sana, selak sini, senteng sana, senteng sini, itu benda biasa. Nak-nak lagi aku, macam taknak pakai seluar je gayanya. Erkkk.. Tak senonoh. =.='
Penat, tapi berbaloi. Rumah bersih, dan kitorang pun puas hati. Seronok tu tak payah cakap la. Rasa fun gila buat kerja yang memenatkan. Tak pernah rasa happy macam tu. Sepupu pulak gila-gila. Haih budak-budak lah katakan. Nak buat itu "kakya !", nak buat ini pun sikit-sikit "kakya ! ". Macam takde nama orang lain nak panggil. Dilaungnya jugak nama aku. Semangat betul budak-budak kecik tu buat kerja. Kerja aku pulak yang banyak tergendala, mana taknya, kejap-kejap "kakya !", kejap-kejap "kakya !".
Actually, kitorang bukan buang tebiat nak bergotong-royong tu. Hee. Bulan depan ada kenduri, pakcik yang paling last nak kawin. Lepas ni takde dah pakcik yang nak kawin, ni yang last. Sebab tu family mak aku macam beriya nak buat majlis kali ni. Adik lelaki bongsu la katakan. Si bakal pengantin pulak, keluar melepak dengan kawan. Grr.. Tang tu yang geram sikit. Kita ni punya la penat kat rumah, berus tu berus ni, basuh tu basuh ni, dia boleh rileks je. Bakal pengantin kena cool katanya. Gedik ! Gedik ! Gedik ! Eeii gedik betul pakcik aku yang nih. Nasib baik aku sayang dia, kalau tak, tak rajin lah pulak aku nak kemas rumah tok ayah tu kan. :pp
Jumpa special friend pun best (nak sebut boyfriend macam segan. HAHA). Lepas ni taktau bila nak jumpa, dia sibuk, aku pun sibuk, bila aku balik Kelantan dia pulak tak balik. Suara dia, senyuman dia, perangai dia, usikan dia, aku akan rindukan semua tu. Jangan dipersoalkan tentang rindu itu, hanya aku yang dapat merasakan betapa istimewanya dia yang menjadi sebahagian hidup aku. Cewah ! Romantik sangat ni. Hee.. Cuti CNY terisi dengan keluarga tersayang, dan juga insan istimewa. :)
Bersiap sedia untuk kembali meneruskan perjuangan di universiti yang pastinya banyak benda bakal membuatkan aku tension dan stress. Quizzes, exam, assignment, friends, environment, staff, kewangan, semua benda tu faktor stress. Oh plizz jangan stress Nadia.. Hadapi dengan senyuman okay..?
Terima kasih semua kerana menceriakan hari-hari aku di rumah. Terima kasih MaAbah sebab banyak bersabar dengan karenah aku yang pemalas ni, terima kasih adik-adik sebab rajin melayan Kaklong yang kurang warasnya bila bergurau senda dengan korang, terima kasih makcik-makcik, you're the best ever, terima kasih kawan-kawan, dan paling penting terima kasih kanda kerana menjadi sebahagian daripada keceriaan itu. When you smile, the whole world stops and stares for a while. :)
Terima kasih semua kerana menceriakan hari-hari aku di rumah. Terima kasih MaAbah sebab banyak bersabar dengan karenah aku yang pemalas ni, terima kasih adik-adik sebab rajin melayan Kaklong yang kurang warasnya bila bergurau senda dengan korang, terima kasih makcik-makcik, you're the best ever, terima kasih kawan-kawan, dan paling penting terima kasih kanda kerana menjadi sebahagian daripada keceriaan itu. When you smile, the whole world stops and stares for a while. :)
Nota Kaki : Kakya will be missing you Abemie. Jaga diri, jaga hati, jaga peribadi, jaga iman. Pendek kata, jaga semuanya lah ! :)
Toodles !



No comments:
Post a Comment