FOLLOWERS

Wednesday, February 2, 2011

Oh gula-gula kapas..

Macam manis (sweet) pulak bila dengar lagu feveret (lagu background blog ni) berulang kali dalam kereta. Nak-nak lagi bila si kanda asyik ingatkan je "ni ha, lagu feveret awak.." dia kasi up volume sikit. So, si dinda ni apa lagi? Tersenyum je la, dah lagu feveret kita duk ulang banyak kali kat radio kan? :)

Musim-musim cuti serentak (what the hell) macam ni laa ramai gila orang nak buat reunion. Naik rimas aku. Bukan taknak bereunion, tapi schedule banyak tak free kot, pulak tu decide lambat-lambat, yang kita ni dah ada projek terbesar, hal ehwal negeri katanya (pentipu). Macam tak best bila menolak jemputan reunion. Tapi, what to do... Janji tetap janji. Aku apply this basis, first come first serve. Ceh ! Macam nak berniaga pulak. HAHA.

Kalau macam aku ni, keluar pagi, balik Maghrib, mak bapak mana laa tak bising. Nasib baik setakat ni mak bapak aku tak bunyikan speaker masjid lagi. Macam serba salah laa jugak kan, keluar dengan member yang lama tak jumpa, kadang-kadang melarat sampai 6 petang. On the way nak balik rumah pulak confirm la kena berperang dengan berbelas-belas traffic light, jalan jem tak payah cakap. Jem nenas, jem strawberry, semua benda ada. Maghrib tengah jalan laa jawabnya. Tu pun dah save setengah jam sebab main cilok sana cilok sini, sekali kena saman padan muka sendiri kan? =.='

Kadang-kadang tu ada yang terpaksa cancel last minute. Frust tu tak payah cakap la, macam putus cinta dengan Leonardo D'Caprio je gayanya. Kita dah setting baik punya, tengok-tengok kecundang tengah jalan. What to do.. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. So, tak payahlah nak kecoh-kecoh salahkan orang, nak tacing ke, nak merajuk seminggu ke. Ada la hikmah di sebalik pembatalan pertemuan tu. Cewah! HAHAHA.

Bila dah ramai cuti serentak macam ni, nak jumpa kawan lelaki (istimewa) pun tak selesa. Macam tak secure laa jugak, jalan selangkah jumpa junior kat sekolah, jalan dua langkah jumpa sepupu sepapat, jalan tiga langkah jumpa kawan satu kelas kat sekolah dulu, masuk langkah keempat jumpa jiran sebelah rumah derr !! Situasi aku, aku tengah amik duit kat mesin atm pun siap ada yang call ! "weh, keluar dengan boyfriend ke? taknak kenalkan kat aku..?" Ah sudah.. Mata ni mula la melilau nak cari gerangan yang call tadi. Masak laa. Kita bukan nak lari daripada orang pun, tapi keseganan mesti melanda kan..? Macam satu dunia pulak tahu siapa boyfriend/girlfriend kita. Tak gitu? Senang-senang, ajak je datang minum-minum air kat rumah, lagi best kan? Mintak restu terus. HAHAHA.

Lepas tu, duduk kejap-kejap dapat mesej, ajak keluar. Nak pergi situ la, nak pergi sini la. Nasib baik tak ajak pergi Mesir, aku taknak pergi negeri huru hara tu. Kita yang kat sini tengah risau member-member kat sana, mak bapak dorang tengah susah hati fikir jalan penyelesaian nak bawak anak-anak balik, takde pasal kita gatal-gatal nak pergi sana. Jangan, jangan....

Lagi satu, bila ada kawan-kawan dari negeri lain, datang jalan-jalan kat negeri ni (Kelantan). Naik buntu kepala otak ni nak fikir tempat yang best. Macam biasa-biasa je. Nak pergi shopping kita bawak tempat orang shopping free tax, nak lepak makan angin kita bawak bercanda di tepi pantai, nak ketenangan kita pergi lepak kat air terjun. Macam takde choice. =.=' Kesimpulannya, takde tempat best pun kat Kelantan ni.

Yang penting, makan gula-gula kapas di tepi pantai sangat best ! Terima kasih. ;)

tiba-tiba gambar ni jadi wallpaper desktop. virus punya kerjakah? aku tak buattttt.. :P

Nota Kaki : Sindrom drive kereta sambil tersenyum sorang-sorang dah bermula dah ni. Agak-agak bawak kereta dengan keadaan macam ni, boleh langgar tiang lampu tak? Fikiran melayang jauhhh.. I miss you. :p


Toodles !

4 comments:

Qist said...

da tawu da..mu tue kallu dpt cotton candy konfem eksaited pahtu trsnyum trsngih trgilos.hihihihihihi
td jalan x nmpk ak kow depe first lady??buto lar!!
bakpow sweet sangat sep mung nie,duk kecek bgapo dio lar sapa x kabar kow ak.kiut molek sep mung.hi3x
kim sale kow kando mum

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

qist :
natesss..ni ayt nk trick aku ko?
eheh..dpn first lady sep aku tgh nana nk cari atm bena nyo..
x dae2 nk tgk kokre ehhh.. heee~
dio jah kiut, aku dok pom. hahaha
berefff..nati aku kim sale la.
bsungguh jak ari tu nk suh kim sale

ZACK ENTRY said...

jangan betul2 langgar tiang sudah la..=)

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

zack entry :
insyaAllah x langgar.. :) tp dh dicop sbg pemandu yg ganas, x pdn ngn pompuan.. huhuhu..
malu jap...