FOLLOWERS

Monday, March 7, 2016

Checklist: Kad jemputan

Hai! Assalamualaikum. Dah masuk minggu kedua di bulan Mac, maksudnya ada baki 2 bulan 6 hari je lagi menuju ke hari pernikahan. Woah! Yeksaited nye. Haha

Aku tak follow sangat wedding checklist yang ada dalam google tu semua sebab bagi aku, semua orang ada kekangan masing-masing samada time contraint, money constraint etc kan. Tak boleh nak ikut sangat timeline dia, tapi korang boleh ikut bahagian-bahagian persiapan tu. Timing dia takyah, sebab kadang-kadang kita ni bulan keenam takde plan apa pun lagi, tapi dalam checklist dia bulan keenam dah fitting baju bagai haha. So, checklist aku memang start daripada bulan 1 tahun ni. Maksudnya 5 bulan sebelum tarikh wedding baru aku mula run progress wedding ni.

Hujung bulan 1 haritu aku tempah kad kahwin, jauh gak la, Melaka sana haha (terpengaruh dengan fb ads). Masa tu aku dah ada tema dah bincang semua dengan mak ayah, kitorang standby rustic theme, shades pink. Nanti aku buat post lain pasal wedding theme ni. So, kad wedding pun rustic gak la which is korang tau kan rustic tu mcm mana? Kalau kad, more to craft paper.

So, aku booking pakej kad kahwin + giftbox + banner + bunting + arrow. Semua satu theme, giftbox pun yang craft paper tu omeynyeee. Tapi, servis mereka sangat la terukk. Why?? Aku ni dah la first time nak kahwin, in my family pun aku yang first, tapi dah timbul masalah servis macam taik ni. Ops.

Aku dah study T&C dia, okay semua aku faham dan aku FOLLOW. Aku isi order form, deposit apa semua, tapi dalam dua minggu takde respon. Whatsapp? Takyah cakap lah, handphone macam nak baling ke dinding, bedebah punya whatsapp dia taknak reply whatsapp aku. Call? Lagi laaa. Tak berjawab. Aku report kat tunang aku, dia tegas sikit bab-bab gini, so dia contact company tu. Dapat pulak call mesej semua. Lepas pada tunang aku sound dia tu, katanya dia akan send invoice bagai kat email. NON HADO jugak.

Aku call lagi, banyak kali gak baru angkat. Ok first call, dia kata "OK CIK, NANTI SAYA SEND INVOICE". Duk sehari dua, takde. Aku call lagi hari seterusnya, dia jawab "OK CIK, NANTI KITA AKAN SEND INVOICE". Tiga empat hari tunggu, NON HADO. Aku call lagi! Ya Allah betapa bersabarnya aku masa tu. Haha. Dia cakap "OK SAYA AKAN SEND INVOICE PALING LEWAT ISNIN PAGI" Hari aku call tu hari Sabtu. 

So, aku tunggu dua hari kemudian, ISNIN PAGI, takdok jugok! Aku call lagi, aku komplen, keesokan hari tu baru dia send invoice. Aku check dekat system dia semak tempahan, asyik keluar pop up "data tiada dalam simpanan". Mak aiii berapinya. HUH!

Aku call lagi (entah kali keberapa aku call), dia jawab "OH TAKDE DALAM SISTEM TAK SEMESTINYA KITA TAK RECEIVED ORDER CIK". Aku dah panas, aku psiko balik, aku cakap aku dah submit order and bayar deposit dekat dua minggu, kalau dalam system takde, reply la mesej saya, jawab saya call, tapi kenapa takde respon? Orang dah bayar kot? Dia jawab "OK NANTI SAYA CHECK". Macam haram. "NANTI" dia tu tiga empat hari gak, pun takde respon. Masuk minggu ketiga baru dia respon lepas dia dah bagi invoice apa semua, baru say sorry.

Designer dia call aku (aku ada dua designer, satu untuk kad belah lelaki, and satu lagi kad belah aku). So, designer yang buat kad aku call untuk confirmkan design. Dalam conversation tu complete dah dia double check dengan aku, item apa yang dia akan designkan. Ok, aku lega. At that time, designer dia tu sangat teliti and punctual, dia janji nak send draft design tiga hari kemudian, and memang received tepat pada masanya. Design dia pun kemasss. Aku suka, so aku proceed untuk cetak.

Tuptup designer kedua send email, bagi draft design. Ya rabbi terabur macam ayam baru belajar berak! Designer tu buat kad untuk belah lelaki which is tunang aku la. Kitorang tempah sekali. Peta macam lukis dengan kaki, font macam taknak bagi orang baca, memang melalut. Aku design sendiri lagi cantik, tapi dia taknak terima plak design kita? Just cetak je, taknak terima gak. So aku reply email dia dengan banyakkk sangat complain. Dan submit untuk second draft. 

Duk dalam seminggu, second draft daripada designer kedua, tak ada. Tak received pun. Aku dah berapi lagi. Kau buat kerja drag masa orang, entah bila nak siap. Aku pun ada timeline aku gak.  Memang luar daripada T&C. Dan aku fikir, apalah sangat nak buat correction pada tarikh dan font? 10 minit pun siap kot. Kau pun guna design sama jer sejak bertahun-tahun, takde aku suruh design bunga pelik-pelik. Semua ready, cuma tukar detailing je. Seminggu lepas tu lepas aku push di email, baru dia send. Haih designer pompuan ni memang nak kena maki. Tak professional, dah la tak call macam designer lelaki tu, confirm design and detail semua. Tup tup main terus hantar draft memang banyak la complain aku. Aku dah request, semua font sila ikut macam font design 1. Sebab font awak guna buruk. Sebab kitorang nak selaraskan, nampak kemas sikit. So, dia ikut design 1 yang designer lelaki aku tu buat. Redho la tu aku compare hasil kerja dia dengan teammates dia. Lepas aku tunjuk kat MSA design kad dia, dia pun suruh proceed untuk cetak.

Sebulan kemudian, awal bulan 3 haritu, admin dia call. Katanya "CIK, SAYA SEMAK KAD KAHWIN CIK NI, CIK MEMANG ORDER KAD SAHAJA KE?" Aku macam dah terkejut. Kad sahaja? Bukan ke aku order pakej? Aku tanya, kad saya dah siap ke? Admin dia tu jawab "HA'AH, KAD CIK DAH SIAP TAPI SAYA TENGOK DALAM SISTEM CIK ORDER PAKEJ, TAPI KENAPA ADA KAD SAHAJA YANG READY NI, KE CIK TUKAR ORDER?" Uiiiiii berapi lagiiiiiii..!!!

Masa tu aku sabar lagi. Aku cakap saya order pakej, tapi kenapa tak buat lagi yang lain. Nak tau admin dia jawab apa? "SAYA TANYA STAFF, DIA KATA CIK TAK CONFIRMKAN DESIGN LAGI." Kepala bana kau! Design apa kau bagi? Yang aku terima, draft design untuk kad kahwin sahaja. Item lain TAKDE. Giftbox ke, banner ke bunting ke bagai, NON HADO. Memang mengamuk la aku kat budak admin tu. Dia yang tercicir order orang, boleh pulak cakap aku tak confirm draft design untuk cetak? Dia send draft pun tak, celah mana aku nak confirm?

Tak banyak cakap, aku terus tanya berapa lama lagi nak siap kotak and banner tu semua. Budak admin tu jawab sebulan gak laa. Mak aih, sebulan dia tu aku dah assume confirm drag lebih lagi. Sedangkan kad kahwin yang sepatut siap 3 minggu dia drag sampai 6 minggu, inikan plak kotak? Aku taknak percaya, so aku cakap aku nak cancel order untuk pakej tu, aku nak kad kahwin yang dah siap tu je. Nasib baik dia cakap boleh. So, deposit yang aku bayar haritu memang ngam-ngam dengan total cost untuk kad, so aku takyah tambah dah. Dia cuma perlu poskan kad yang dah siap je. Cuma aku ada balance RM3.80, dia tak pulangkan. Dia tak tanya pun pasal balance duit deposit aku tu. Kalau aku cakap aku tak halalkan cmane? Parah gaji-gaji staff dia tak berkat bagi anak bini makan. Takpe aku halalkan je. Tang giftbox tu aku dah discuss dengan mak aku, kitorang nak beli tempat lain. Hari tu jugak lepas aku cancel kan order dengan dia, terus aku pergi cari barang dengan mak aku kat kedai fav, WS haha. Dan, settle lah giftbox untuk tetamu, total cost lagi murah daripada giftbox yang tempah tu, tapi lagi cantik dan besar. So, aku puas hati dan lega, settle!

Tiga hari selepas tu, kad pun sampai kat rumah aku. Cun, just nice.

 

Cuma bapak aku cakap, kalau dia, dia tak tempah yang jenis macam tu. HAHAHA. Yelah, orang tua sekarang mana tahu dah trend sekarang kan. Yang diorang tau kad kahwin mesti wangi and kilat-kilat warna warni tu. EKEKEKE. Dia siap offer lagi duit dia untuk tempah kad lain kalau tak puas hati dengan yang ni, tapi takpe Bah, memang kad macam ni kaklong nak haha instead of memenuhi tema, boleh jugak berjimat. Sebab kad kahwin ni tak berbaloi tempah mahal-mahal sebab nanti orang campak dalam tong jugak. Wedding memang sekali setahun, tapi sekarang kad kahwin tak relevan sangat since aa whatsappm terus send gambar jemputan je kat kawna-kawan. Aku sendiri pun gitu, kawan-kawan bagi kad kemain la comey, aku rasa harga dia adalah dalam RM2 sekeping, pun aku gumpal-gumpal masuk tong kahkah. So, kad kahwin tu biar proper, complete semua, sampai kepada penerima, tujuan asal nak menjemput, asalkan tak membazir. InsyaAllah, nak show off kat sape nye? Kita takde insecure dengan sape-sape pun. Orang yang insecure je dia akan beat jugak walau macam mana pun, sorry to say la, aku takde nak beat sape-sape. I am content. Thanks future Maa kerana memberitahu kepada aku, ada orang insecure dengan kitorang. Takpe dik, hakak layankan je insecure kau yang very the best tu, please grow up ye haha :)


Mentioning here, tempat yang aku tempah kad kahwin tu melalui fb, nama fb dia GALERI KAD KAHWIN SR. Nama company dia SR Creative. Aku tanya jugak member lain yang pernah guna servis dia, majoriti bad service. Aku taknak recommend langsung kat korang, hatta dia buat promotion murah gila babs pun, please la jangan tempah kat situ kalau kau taknak kesabaran kau dicabar di tahap maksima.

Apapun, kad kahwin dah siap, thank you SR Creative for your services, first and last, apa pun, still thank you kerana berjaya poskan kad ni, i like it, give credit to your designer named Needzam for his concern, get ready untuk mendeco dengan tema rustic aku tu, which is aku nak guna taliguni dengan doily paper, OMG classy gila okay! Masukkan dalam sampul and then, pass kepada orang! Yeay. Dah tiba masa nak menjemput tetamu hehe. Doakan semua urusan aku berjalan dengan lancar ye. Rabbi yassir walaa tu'assir.. Terima kasih semua.:)


Toodles!

*****************UPDATED***************

A few weeks after that, berlaku ketidaksefahaman. HAHA. Actually kad jemputan yang ni parents aku tak suka sangat sebab terrrrlalu simple katanya. Aku dah cakap, ini follow trend mommy and daddy! But still diorang tak suka. Biasalah orang tua ni kan, taste diorang tak up to date macam kita. Akhirnya, Ma aku tempah kad jemputan lain for both side. Sangattt cantik. Well, please la setuju mother knows best. hehe

A week after kad jemputan yang baru ditempah ni mak aku suruh pass kepada MIL. At her school. So aku pun pergilah after meeting. Kebetulan aku memang nak ambil barang dengan MIL. So boleh lah pass sekali kad jemputan baru ni. Melambung-lambung dia puji, cantikkk warna warni. Now baru aku tahu taste orang-orang tua ni diorang memang suka kanbenda yang nampak ceria. So, vintage theme tolak jauh-jauh la sebab diorang mesti pendam perasaan tak berapa berkenan tu. HAHA. I've learned from that.

Kad jemputan ni ditempah dari FB aku tak sure siapa sebab semua urusan mak aku. Tapi servis dia memang pantas and puas hati, cuma berlaku typing error sikit, but nevermind, small matter. Aku ambil gambar ni daripada FB diorang HEHE. Nak snap sendiri is soo malas.

kad jemputan untuk kenduri belah kita. Lawa kan? Lawa gilersss, thank you maaaa, dia memang kreatif. Segan pulak aku ni haa kad ada gambar bagai.

And this one untuk MSA's side. Pun lawa gilers. Aku dah lama suka design macam ni, tapi yelah haritu survey mahal gilak. Tapi mak aku entah mana dia jumpa yang murah giler ni. Thank u maaaaa. 
Dua-dua cantik kan? Just nice la, takde la simple sangat orang tengok pun hmmm take perasaan. Memang kad jemputan ni orang buang gak akhirnya, tapi bila fikir balik, better buat cantik-cantik terus. Betul gak kan? Padu betul idea mak aku dengan future MIL ni. Memang kepala diorang sama bab taste ni. Huuu.

Toodles!

No comments: