FOLLOWERS

Friday, February 12, 2016

Bahagia itu bulat.

Hai. Assalamulaikum!

Sihat ke korang harini? Aku , macam biasa. Semakin sihat. Semua sedara mara dah mula tegur kenapa aku semakin membulat. Kahkahkah sangat tak lawak gurauan diorang. Arghhh!!! :(

Well, jawapan spontan aku, tak lain tak bukan "biasalah, tengah bahagia.." Alamakkk. Tu bukan jawapan jujur aa. Kalau sedih makan banyak, happy pun makan banyak. So, kebulatan aku ni nak interprete melalui method mana? Huhu

Oh ye. Aku masih confuse. Berkaitan dengan cincin. Biasanya, untuk berkahwin, orang lelaki memang akan dapat satu lagi eh cincin? Kalau orang perempuan ni aku tahulah, memang terkenal dengan cincin yang banyak, so itu cliche dah la kalau bagi cincin. Tapi untuk lelaki, cincin tunang + cincin nikah, nanti diorang akan pakai dua-dua ke? Ke diorang bleh gilir-gilir je nanti? Sebab MSA haritu cakap takyah beli cincin, guna balik cincin tunang haritu. I was like "heh! gapo dio???". No no no, tunang is tunang, kawin is kawin. Kita nak beli cincin lain jugak untuk awak! Simbolik sebagai cincin nikah. Taknak aaa guna cincin tunang. Sobs sob sobss.. 

After discussion, okay kita cari jugak cincin untuk nikah. HEHE. Part cincin ni biasa-biasa je since aku lagi excited part dulang hantaran dan barang-barang diatasnya. Wekkss.

MSA cakap mak dia puji cincin tunang dia yang aku bagi tu, sangat lawa dengan design dan diamond diikat kiri kanan tu, dan batu sapphire atas tu, Nilam i think? Kan? Aku lagi familiar dengan nama bahasa ingeeris daripada BM. Lol

MSA sendiri yang pilih cincin tu, bukan aku yang sendiri beli. Cincin tu MSA sendiri yang belek dan try di kedai dan terus beli okay. Itu semua keputusan dia. Bukan keputusan aku, bukan keputusan mak ayah aku. Sebab, yelah, dia yang nak pakai so kita bagi peluang dia pilih. Tup tup tup taste dia sama dengan mak dia. Sebab tu mak dia puji. Mak dia kata "camni lah baru betul, cantik cincin lelaki ni, pandai Yaa bagi design cincin ni, comey Maa suko, batu terletak je, diamond kemas.."

Tapi aku jawab kat MSA "apa-apa je orang bagi, kita kena terima. sebab orang bagi tu, ikhlas.." Tapi lepas pada tu terus aku buat keputusan supaya MSA pilih sendiri jugak untuk cincin nikah nanti, takut mak dia komplen kalau aku and mak aku yang pilihkan, dia tak berkenan, contoh dah ada. Scaryyy dengar mak dia komplen. Scary. HAHAHA. So, MSA, saya tunggu awak balik next month pulak eh, kita beli cincin. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kita, rezeki keluarga kita.. Aminn insyaAllah.:)

nah kita lanje gambar muka besar gedabak ni okkay. gambar throwback, kahkah. mane leh tunjuk gambar aku bulat. nooo. sila lawati ig. :p


Toodles!

No comments: