Hai. Assalamualaikum!
Haa, 3 months left hape? BUJANG. Weh macam tak percaya nak kahwin dah Nurul Nadia ni. Are you serious? Macam tak matang je lagi. :(
Orang dulu-dulu umur 20 tahun dah hebat segala macam. Ibarat berumur 40 tahun. Zaman sekarang, umur 26 macam umur 16. Kahkahkah. Berubah Nadia, sila berubah. Teguran, nasihat daripada orang tua sila lekatkan dalam kepala secepat mungkin, you are getting married soon Nadia! Pang!!!! Lempang muka sendiri.
3 bulan terakhir sebagai wanita bujang ni menyentuh emosi betul aa. Macam-macam fikir. Pasni tak boleh dah stay rumah lama-lama, sorang-sorang, lepak dengan family. Sebab ada orang baru, everythings gonna change very soon.
Terfikir jugak, 3 bulan terakhir sebagai wnaita bujang ni, preparation fizikal and mental kena ready dah. Lepas kahwin, your life totally change! Hargailah saat-saat hujung bujang ni. Hmm sedihnya lahai. Kita tak biasaaaa. Ibarat "saia taa kuad" (ayat budak-budak baru nak up). HAHA! Eh sorry sorry.
Entah lah, Kak Nadia mu ni banyak sangat berperang dengan perasaan sendiri. Perasaan nak kahwin ni ada happy, ada tak happy. Nanti kau nak kahwin kau rasa lah sendiri. Malas nak explain. HAHAHA. Am i too late? Tak ah. Mak aku kahwin umur 26 juga. So, to be truth, mana tak tumpah kuah kalau ke nasik. HAHAHA. I follow you Ma. Masa mak aku kahwin, dia dah stabil segala, dah bergelar seorang guru. Abah plak masa tu cikgu juga, tapi mengajar di Sarawak. So, LDR lah sekejap mak ayah aku ni lepas kahwin sebab tuntutan kerja. Tapi takde lah kahwin masa tengah belajar, masuk dewan exam dengan baby dalam perut. Hehe. Strictly no! Baru aku faham kenapa mak ayah aku sangat haramkan aku adik beradik merenyam nak kahwin time belajar, sebab mesti akan ada masalah. Tapi kalau dah jodoh awal sape boleh halang khens. Lagipun, contoh yg baik ada. Mak ayah aku kahwin masa dua-dua stabil. Alhamdulillah, lewat tak lewat takpe, asalkan segalanya smooth. Tapi aku tak habis menuntut lagi bab post-wedding dengan mak aku. Nak tahu jugak lepas diorang kahwin, apa masalah-masalah yang timbul. Hee. Nak prepare weh :P
Maaflah korang, memang lepas daripada bertunang haritu, post aku semua menjerumus ke arah preparation nak kahwin. HAHAHAHAHA!! Aku fikir, ini moment paling berharga bagi seorang wanita yang nak tamatkan zaman bujang. :)
Tiga empat hari lepas future family in law buat makan-makan. Aku of course la pergi, sebab future MIL ajak. Aku keluar sekejap dengan MSA pergi Rantau Panjang sebab dia nak beli satay ikan a.k.a Lokcing, nak balik bakar satay ramai-ramai. Sesampai kat rumah dia dah lewat dah, nak dekat maghrib. So aku stay sampai isyak rasanya. Makan-makan, solat-solat.
Ada satu masa tu, mak dia panggil masuk bilik.. Aku settlekan diri jap, bersihkan diri, nak keluar. Tapi mak dia macam nak bersembang. HAHA. So aku pun stay kejap dalam bilik tu, lepak atas katil dengan mak dia, masa tu ada Tokwan dengan future MIL. Sembang, banyakkk sangat sembang, MIL macam luah perasaan gitu. Ok aku faham. Mungkin sebab aku dengan MSA ni memang dah terbiasa jadi tempat future MIL bercerita masalah. Tetiba MSA masuk dalam bilik. Kitorang bertentang mata, lapan mata. Termasuk Tokwan.
Benda paling aku terkesan, future MIL cakap "bina kerjaya, toleransi, sama-sama buat.." Aku faham. MSA pernah cakap, aku kena ada kerjaya. Ok, part tu pass. Aku pun ada kerjaya aku sendiri dah. Kita, orang perempuan ni kerja bukan untuk sape, untuk bantu ringankan beban si suami je, selain daripada bantu diri sendiri untuk bekalan masa depan. Walaupun gaji suami kau 10k, tapi dia sorang bekerja, hidup tak senang juga kalau kau menumpang ehsan dan harapkan suami, mimpilah nak pakai kereta besar rumah besar, Future MIL cakap camtu. Kitorang diam, absorb cerita dia, faham. Nak menyampuk, taktau details. So, dengar saja. MSA senyum je pandang aku. Ada benda tersirat tu, tapi biar kitorang je faham. MSA sengaja main mata time mak dia bercerita letteww. Korang fahamkan? HAHA. Dont worry, saya belajar ada degree, soon ada CA insyaallah doakan saya, buat apa saya goyang kaki kan? Belajar habis beratus ribu, last-last jadi housewife ke? Tak terbalas lah penat belajar hmm. Saya nak kerja hebat-hebat macam orang lain juga, nak bantu keluarga saya. InsyaAllah, awak tak keseorangan, awak ada saya. Family juga, mereka masih ada aku. :)
Dari luahan masalah yang future MIL simpan dalam hati dia, sampailah part wedding preparation. Time ni ramai dah ada dalam bilik tu. Cousin, Yah ngan adik MSA, Naing. Havoc dah bahagian ni, future MIL discuss and bagitau preparation dia nak buat untuk wedding kitorang nanti. Nak buat itu ini, nak hias itu ini, nak rebus beratus biji telur etc nak buat bunga telur sendiri. etc. I'm so excited mendengarnya! Thank you Maa.. Terharu. Huhu. Dia kata "Maa bukan apa, Yaa dengan Mie sokmo mari kecek dengan Maa depan-depan macam ni, jadi Maa tahulah gapo perkara yang Maa nak buat nanti..". Semangat dia cerita. HAHA. Sama macam mak aku. Kalau boleh cerita, dia nak cerita semua. Tapi mak aku ni lebih berahsia sikit. Dia banyak simpan daripada cakap. Hee
Last sekali yang aku ingat, future MIL cakap, balance 3 bulan ni tak lama dah. Kena settlekan benda-benda yang sangat penting. Dia bagi nasihat pada MSA, well MSA soon-to-be a husband and a leader in our family. Dari preparation sendiri sampailah masalah orang lain, MIL keep storying. Entah, kenapa dia ringan sangat nak bercerita. Mungkin bila kitorang berdua face to face dengan dia, dia jadi nak cerita nak nak nak cerita. Aku tak absorb sangat pasal cerita orang sebab tak menarik pun cerita tu, ada getar dalam suara future MIL, macam ada sedikit rasa marah dan kecewa. So aku dengar je. Nvm, MSA terus tukar topik. Kita fokus majlis kitorang ni okay? Yang lain tu kita banyak berdoa biar Allah permudahkan.:) Tenang je MSA pujuk mak dia.
Balik rumah, aku plak mengadap mak aku. HAHA. Dia banyak cerita pasal preparation je. Mak aku ni rasanya dia lebih excited daripada aku. Lebih kreatif. Dia hari-hari google preparation orang kahwin. Barang hantaran, design, checklist, dia yang lebih beriya. Sekejap-sekejap, "long tengok nih" sambil tunjuk benda dalam hp dia. HAHA. Malam tu jugak aku brainstorming dengan mak aku dan adik perempuan aku on how to decorate my dulang hantaran. Haih, i'm not so creative dah sekarang. Nyanyuk plak tu. Takpelah, serah pada bonda sahaja idea nak hias-hias tu. Aku ni cetek akal sikit. HAHAHAH. Idea mak aku lagi banyak.
So far, MSA balik bercuti raya cina haritu kitorang dah settle 90% barang hantaran yang memang kitorang nak beli. The rest, sponsorship yang settlekan. HAHAHA. Alhamdulillah capai target nak settlekan benda ni masa cuti raya cina hari tu sama-sama. Aku gedik, taknak cari sendiri. Nak bersama-sama MSA jugak. HAHA.. So lepas ni takk fikir sangat dah hal barang hantaran, since benda yang tak complete lagi tu semua daripada sponsor, yang major semua settle. Alhamdulillah. Mungkin ada la satu dua yang tercicir, nati aku check balik. :p
![]() |
| brainstorming dengan adik perempuan and makcik aku sorang tu untuk buat segala props ni since diorang pun ada idea and experience buat wedding props and events. fuhh save budget iolls. :) |
| masa aku dengan mak and adik perempuan gi Pengkalan Kubor haritu, konon lah terus beli coklat untuk deco deco, tengok tengok memang ke dalam perut dah semua. Kena gi lagi sekali. |
| dia dah buat muka. HAHA. ajak masuk kedai aksesori wedding terus jadi camni. memang inilah LELAKI. kalau masuk kedai game kemain sengih. ish ish |
![]() |
| my wedding checklist. :) Semoga allah permudahkan urusan kami. Aminnn |
I asked future SIL, dia pun lagi banyak bagi tips. Katanya, nak-nak dekat tarikh ni mesti rasa taknak kahwin. Tergelak aku kat situ. HAHAHA. Macam-macam perasaan kan? So do i. :) So people, masa korang sebelum kahwin dulu, 3 bulan terakhir ni apa korang rasa and preparation korang dah sampai part mana? Hehe.
Toodles!


No comments:
Post a Comment