Jika seseorang itu kurang selesa dengan tutur percakapanku, dia akan menegur dan memperbetulkan setiap baris ayat dari mulutku.. (agar aku tidak menyebut perkara sia-sia dan menyinggung orang lain)
Jika seseorang itu kurang selesa dengan tingkah lakuku, maka dia akan menyuruh aku berperilaku dengan baik (agar aku tidak hina dipandangan Dia dan mata masyarakat)
Jika seseorang itu kurang selesa dengan gaya hidupku, maka dia akan menyuruhku kembali kepada matlamat hidup manusia yang nyata (agar aku mengetahui erti hidup di dunia sementara)
Jika seseorang itu kurang selesa dengan amalanku, maka dia akan bersuara supaya aku berubah kearah yang lebih baik (agar aku sedar hidup di akhirat berbekalkan amalan di dunia)
Jika seseorang itu sayangkan aku, maka dia akan pelihara, memimpin, menasihati, melindungi agar aku tidak lalai dan tidak terpesong jauh..
Jika seseorang itu sayangkan aku, dia tidak akan melepaskan dan membiarkan aku yang masih banyak melakukan kesilapan kerana baginya aku harus dibentuk dan dididik, agar menjadi insan yang berguna, mencintai Dia lebih darinya dan mengutamakan Dia dalam setiap cara.
Jika seseorang itu sayangkan aku, dia akan menjaga perasaannya, matanya, hatinya agar anugerah yang diberi olehNya itu tidak sia-sia terhadap aku..
Digantikan orang yang terlalu cepat jemu/tidak sabar dengan orang yang tidak putus asa dan tidak pernah bosan memperbetulkan silap aku.
Digantikan orang yang terlalu mengejar kesempurnaan dengan orang yang menerima aku seadanya.
Digantikan orang yang tidak tahu menghargai masa dan rasa dengan orang yang menghargai setiap saat rasa yang mengalir dalam jiwanya..
Jika benar insan ini yang berada disamping aku, nikmat Allah yang manakah lagi hendak aku dustakan?
Apa yang dikatakan diatas adalah kerana aku cuba zahirkan suatu rasa..
Toodles!


1 comment:
well said (:
Post a Comment