Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa. Aku juga heran, sudah lama sebenarnya aku sengsara kerana gastrik. Dari zaman sekolah, hingga ke hari ni. Dan malang bagi aku, dugaan di bulan puasa tahun ni begitu hebat pabila terpaksa merasa tidur di dalam wad, berpantang segala macam kerana gastrik itu memberi kesan yang hebat, ulser. Namun, alhamdulillah kesihatan bertambah baik. Doakan aku sentiasa sihat. Aminn.. :)
How time flies, 20 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita, entah sempat entah tidak untuk aku bertemunya kembali di tahun mendatang... Ramadhan ini seolah-olah Ramadhan yang terakhir, lain sungguh apa yang dirasakan.. Semakin menginjak ke pertengahan Ramadhan semakin sayu rasa hati.. Mengapa ye?

Oh, sayu jugak ye dengar background music ni? :') Doaku nyanyian Haddad Alwi, tapi yang ni version instrument, tenang.. Menghayati bait-bait lagu, sungguh terasa 'hidup'. Tatkala orang sedang bersiap untuk bersahur, tidak lupa juga untuk aku menyibuk di meja makan, menghirup susu panas, melihat kawan-kawan serumah makan dengan berselera sekali.. Sekali lagi terasa sayu, teringatkan waktu bersahur bersama keluarga di Kelantan.. Satu suasana yang dialami setahun sekali..
Merenung jauh ke alam flora di belakang rumah, melihat awan berkepul-kepul bergerak diiringi angin sepoi walaupun malam kelam memberi sedikit gangguan pada pandangan, kilauan sang neon di hujung sana membuatkan aku teringatkan sesuatu.. Ternyata, masih jelas di ingatan walaupun kabur di pandangan.. Melihat alam nyata, sesuatu bersarang di fikiran..
Terdengar lagu yang mengingatkan aku kepada seseorang.. Sayu saja hati tatkala mendengar melodinya.. Alunan suara sang penyanyinya.. Ingin saja aku menitiskan airmata tatkala itu namun keadaan itu pasti melemahkan aku, dan aku berkeputusan untuk berkata TIDAK kepada diri sendiri..
Lagu itu.. Sering aku putar suatu ketika dahulu.. Sewaktu aku hilang dalam kehidupan, hilang dalam menikmati perasaan.. Lagu itu peneman aku di setiap hari.. Aku suka setiap liriknya, aku suka segala tentang lagunya.. Kerana bait-baitnya menghilangkan segala duka nestapa, menghembuskan nadi yang baru, memberikan aku nafas yang panjang untuk dihela, aku tenang...
Dan tibalah suatu masa dimana hati ini terbuka untuk menerima seseorang datang ke dalam hidup aku.. Pada waktu itu, aku sedang gundah gulana menantikan keputusan peperiksaan akhir semester 3.. Lagu itu peneman aku lagi.. Ya, lagu ini. Yang berkumandang di blog sang penulis yang laju jari jemarinya ini menari di atas papan kekunci memerah otak mengimbau kembali masa yang pantas berlalu...
Aku suka imbas kembali di mana permulaan kami.. Masih segar di ingatan lagu apakah yang menemani ketika itu.. Lagu ini.. Lagu yang menjadi muzik latar di dalam blog ini.. Aku terkenangkan saat dahulu.. Saat permulaan kami.. Saat dimana aku berkata 'YA'. Sungguh sayu terasa hati, kerana permulaan itu tidak pernah aku sangka.. Dan tidak pernah aku minta, ia datang secara tiba-tiba..
Aku pernah menolak, aku pernah menafikan, aku pernah membenci, namun satu kuasa dan anugerah yang diberi sang Tuhan tidak dapat aku nafikan walaupun bertahun kita mencuba, pasti akan gagal jika itu sesuatu yang sudah tertulis.. Enam tahun berlalu, sungguh pantas tak terkira dek bilangan angka di kalendar, hilang ditelan zaman.. Entah bila dia datang menjengah, entah bila aku tunduk pada perasaan yang pernah dikunci rapat, kemas, bertembokkan batu dek kerana pernah dikecewakan, dirasakan seperti tiada lagi kehidupan yang senang, namun takdir merubah..
Takdir.. takdir bukan sahaja membuatkan orang sengsara, takdir ada juga berbentuk peristiwa yang indah-indah.. Takdir, sesuatu yang telah ditetapkan, suka mahupun duka.. Kita harus terima.. Andai ada suka, pasti datangnya duka. Andai kita berduka, pasti akan menyusul sesuatu yang menggembirakan nanti..:)

Aku sukakan lagu.. Kerana lagu-lagu mengingatkan aku kepada semua kenangan.. Kerana lagu-lagu ini tidak leka memberi ingatan kepada aku terhadap permulaan, pertemuan, perpisahan..
Apa yang pasti... suatu hari nanti aku mungkin terlupa, terlupa akan segala apa yang pernah aku alami.. terlupa akan apa yang aku rasa.. Suka mahupun duka.. Kerana.. aku juga manusia...
Toodles!

1 comment:
semoga sentiasa kuat sayang..
selamat menjalani ibadah puasa (:
Post a Comment