FOLLOWERS

Saturday, August 4, 2012

Baskin Robbins percuma untuk emas di Olimpik.


KUALA LUMPUR - Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012, Baskin-Robbins, yang menyokong inisiatif "Impian Emas" Media Prima Bhd akan memberikan aiskrim percuma di seluruh negara.


Aiskrim itu akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam.

Setiap orang layak mendapat satu skup aiskrim.

Teruskan Membaca

Sumber: Bernama

 *******************
VERSION JOURNEY OF LIFE PULAK :

JOURNEY OF LIFE - Mana penulis nak cekau aiskrim Baskin Robbins kat Muadzam Shah Pahang nih? Sangat dukacita kerana pada 8 Ogos cik penulis ada banyak kerja di kampus, tak boleh ke Kuantan kerana Baskin Robbins ada di Kuantan sahaja. =.='

Sungguhpun begitu, cik penulis ingin memaklumkan bahawa aiskrim Baskin Robbins tersangatlah sedap especially perisa Cotton Candy (favourite cik penulis dan teman istimewanya), Gold Medal (favourite baru teman istimewanya), Vanilla, etc. Cik penulis selalu juga menikmati aiskrim Baskin Robbins ni, siap penjual aiskrim tu pernah tegur cik penulis dan teman istimewa masa singgah di kiosk Baskin Robbins Mid Valley dulu, "korang ni kembar ek?" Oh, cik penulis kelentong aje "Haah, kitorang kembar.." Teman istimewa cik penulis dah tersenyum sengih-sengih dah. Lepas tu si penjual aiskrim Baskin Robbins tu boleh pulak cakap "Ohh patutlah, muka nak sama. Nak cakap boyfriend girlfriend tak kot sebab nampak macam adik beradik..rupanya kembar.. :) " Wakakaka haruslah kitorang gelak sakan kat situ dan jadi bahan sehari suntuk. Mulalah nak perasan, eh muka kita sama ke? :D


Cik penulis juga berasa sangat sedih dan kecewa kerana di kampung halaman cik penulis sendiri iaitu Kota Bharu, Kelantan masih belum ada aiskrim Baskin Robbins. Apa yang ada hanyalah Tutti Frutti yang semakin hari semakin bersepah di Kelantan, macam cendawan tumbuh lepas hujan. Tutti Frutti kat Kelantan banyak siot!! Oh, sebenarnya cik penulis tak suka Tutti Frutti, cukuplah merasa kali pertama dan kali terakhir bersama makcik dan adik cik penulis dulu. Macam aiskrim yang pakcik naik motor jual tepi pantai je rasanya. Maaf sekiranya peminat Tutti Frutti kurang selesa dengan statement ini. Wakakaka

Berkenaan dengan aiskrim Baskin Robbins free tu, cik penulis rasa tak heran sangat pun sebab dapat free satu scoop saja. Jimat RM7.50. Ala, cik penulis mampu lagi nak beli satu scoop tu. Kalau tak mampu jugak, teman istimewa cik penulis ada, dia tahu sangat favourite cik penulis ni apa, tak cakap pun dia tahu. 

Motif - jeles woi dapat aiskrim free!! =.='

muka excited dapat makan aiskrim Baskin Robbins @The Curve

Toodles!

1 comment:

Admin said...

sabor..
nnt kite bkak satu BB di pd raja ^^