Sinar mentari pagi bukan sekadar timbulnya hari baru, namun sinarnya sentiasa dinanti oleh mereka yang kian lama merindukan cahaya hangatnya. Namun bagi aku, tatkala aku melihat ke luar jendela di pagi ini, terdetik dihati "aku sukakan kedinginan, aku sukakan keadaan sebegini. Oh mentari, jika hadirmu hari ini beralaskan rindu berlapiskan keinginan memberi kehangatan, aku mohon disetiap zarah hangatmu itu terselit seribu kesyukuran dari aku, aku senang denganmu.."
Jendela kubiarkan terbuka luas dari tenggelamnya sang mentari kelmarin sehingga pagi ini, begitu mendamaikan jiwa. Ku santaikan langkah kesisinya, ku lihat alam maya. Ya Allah, aku masih bernafas, aku masih bisa tersenyum, aku merasakan suatu yang bahagia dihati meskipun aku sedikit goyah pabila memikirkan kesihatan orang tua ku. Abahku mengulangi ayat doktor kepadaku pabila beliau mengadu sakit itu ini kepada yang pakar itu, "sakit tua barangkali..". Sudah lanjut usia orang tua ku.. Namun aku belum sempat berbakti apa-apa untuk mereka.. Semoga mereka sihat-sihat saja, tiada runsing tiada derita dihati mereka.. InsyaAllah..
Kulihat titis embun pagi berlinang di sudut jendela, terngiang-ngiang kata sang arjuna.. "hadirmu bukan melemahkan semangat, namun hadirmu menyuntik semangat yang tiada tandingan hebatnya.. Oleh itu, saya mahu kamu juga seperti ini.. Saya ada, sentiasa disisi kamu dikala kamu inginkan kekuatan.. Keluargamu pun ada.. Kami kan ada, usah khuatir.. Tenang-tenang saja, kamu pasti berjaya..".
Ku lihat juga titisan embun berlinang di dedaunan pagi, menghapus suasana pilu dan sengsara dihati. Ya, aku sengsara. Kiranya aku belum memulakan langkah aku di petak akhir, saat itulah sengsaraku semakin menyiksa.. Namun pesan orang tua ku, pesan sang arjunaku, "kita hanya harus bangkit bahawa hari esok sentiasa akan datang. Kita harus bersemangat memulakan hari, hadapi dengan senyuman, setiap kejadian pasti ada kebaikan untukmu.."
Sahutan unggas di rimba belakang rumahku sedikit sebanyak menceriakan hati. Sungguh berbisa melodinya, aku kira kalian juga begitu senang dengan bunyi kicauan burung di rimba, kerna manusia mana yang tidak sukakan ketenangan, tidak sukakan kebahagiaan? Pasti hatinya beku dari mengingati sang pencipta, Allah itu sukakan keindahan, sukakan kedamaian.
Mentari pagi masih belum tiba, aku jujur berkata saat aku pejamkan mata menghela nafas panjang, menyedut udara segar di pagi hari, kurasakan satu ketenangan.. Ku terbayang wajah orang tua ku, ku terbayang wajah saudaraku.. Aku rindukan kalian.. Rindukan keceriaan bersama, rindukan kemesraan bersama.. Dapat kulihat kabus-kabus yang bergerak, menandakan disini anginnya begitu nyaman.. Mulalah aku berangan-angan mahu ke sini ke sana.. Aku sukakan kedinginan.. :)

Jika kita mempercayai cinta dari sang pencipta, cinta dari keluarga, cinta dari teman, cinta dari sang kekasih, pasti tidak ada perkataan putus asa akan tersemat di jiwa. Jangan pernah sangsikan hadirnya cinta jika hadirnya sang mentari pagi sentiasa menyinari hidup kita..
Aku hanya seorang diri melihat lekanya jari menari ini di papan kekunci.. Ku kira pantas juga aku menyusun tari diatasnya, didikan dari ibuku diwaktu kecil dahulu.. :) Aku memikirkan perjuangan rakan-rakan pada pagi ini, berhempas pulas dengan kertas dan pensil, aku bisa tersenyum lagi, semoga kalian tenang menjawab, tapi aku tidak lupa akan perjuangan aku bermula keesokan harinya. Oh tabahkanlah hati aku, kentalkanlah jiwaku wahai sang pencipta, kukuhkan semangatku untuk menyahut seruan cabaran ini.. Dan pinta aku kepada rakan dan teman, walau kalian tiada di depan mata, titipkan sedikit semangat buatku, juga doakan aku berjaya.. :)

Nota Kaki : Jangan pernah mengalah, sinar mentari pasti ada.
Toodles !

1 comment:
Didoakan semoga dipermudahkan
segala urusan.. (。◕‿◕。)
Post a Comment