Saat orang lain tengah lena dibuai mimpi di pagi Isnin, aku terkedek sorang-sorang pergi wisma sebab nak report ID. Ye, sekarang majoriti kelas dah berakhir sebab 4 Mei dah mula perjuangan untuk peperiksaan akhir sesi Uniten. Memang sunyi lah minggu before exam ni, ramai yang balik semestinya.
Tiba di wisma, aku ke kaunter kewangan untuk buat bayaran ID, sebab nak report ID 'hilang'. Selesai buat bayaran, aku ke kaunter barang sebab nak ambik barang yang dipos oleh orang. HAHA of course la orang yang pos, takkan monyet. Dan, ini yang aku dapat. Dah la pos under name NADIA sahaja. Apa kau ingat Nadia sorang je ke dalam Uniten ni?
Tadaaaa !! Itu yang aku dapat. Cacing dalam perut gelak besar sebab bila buka bungkusan. Apa yang kelakar, kenapa pengirim tu pemalas sangat nak gunting kertas pembalut? HAHAHA. Ini bukan kekasih gelap ke, kekasih cerah ke, secret admirer ke ape ek yang bagi, jangan salah paham. Ini tuntutan dari aku empat tahun yang lepas daripada seorang kawan, sekarang baru terima. Sedih dok? Siapa suruh berjanji kan? Aku tuntut. Hehe. Terima kasih daun keladi. Jimat RM7.00 aku. :)
Selesai aku gelak sorang-sorang sambil diusha abang marketing assistant Encik Rosli, aku proceed. Abang tu hensem, aku ingatkan student, rupanya staff. Muahaha. Kalau orang usha aku macam tu memang aku feeling student usha student la. Padahal staff. Nasib baik tak tegur, hai awak, awak sem berapa, ambik course apa. HAHAHA tunggu final sem nanti aku buat macam tu. Puih! Perasan. :D
Kemudian, abang incharge ID pelajar lalu depan aku. Berlakulah perbualan seperti dibawah;
Aku : Bang, nak apply ID..
Abang Keselamatan : Haa, boleh boleh. Meh sini.. Dah complete isi borang buat aduan sume? Dik, memang nak pakai gambar ni jugak ke?
Aku : Nape, boleh ambik gambar baru ke? (sambil jenguk sebelah meja abang tu ada tempat shoot gambar)
Abang Keselamatan : Haah boleh. Nak tak?
Aku : Taknak.
Abang Keselamatan : Ok, confirm eh nak pakai gambar ni je.
Aku : Nape bang? Tak boleh ke? (aku dah cuak sebab aku tak suka ambik gambar passport tuuuuuuu kena control control kalau senget kepala senget hidung senget mulut hish)
Abang Keselamatan : HAHAHAHA comel sangat ni dik. Gambar bila?
Aku : Gambar umur 18, lepas SPM. Nape?
Abang Keselamatan : Eleh. Nak bajet muda lah tuu buat gambar ID gambar muda? HAHAHA kelakar kau ni dik. Tak pernah jumpa student camni. Semua datang sini semua mintak nak ambik gambar baru, free, siap mekap sume. Kau taknak, nak guna gambar budak-budak.
Aku : Hey. Elok-elok sikit eh. Saya rasa saya comel dalam gambar tu, biar laaaa.
Abang Keselamatan : HAHAHA okay okay. Gurau je. Mana-mana pun comel.. Ok, dah siap.
Aku : Tenkiu bang. Tenkiu cakap saya comel. KAHKAHKAH
Lepas tu perbualan bersambung lagi;
Abang Keselamatan : Kau dah kenapa pakai lanyard akademi seni tu?
Aku : Lanyard boyfriend ni bang, kitorang exchange, saya nak feeling feeling student aswara jap. Hik.
Abang Keselamatan : Eh, if possible tolong mintak sticker dia boleh? sebab cun la logo aswara.
Aku : Baikkkkkkkkkk.
Hakikatnya memang aku tak suka ambik
gambar passport kat kedai. Serius tak suka sebab kena control, nak
senyum pun jadi malu malu kucing. So, gambar diatas ni memang gambar
lama, lepas SPM, tapi aku tetap guna gambar ni sampai sekarang sebab
masa kedai gambar tu kasi dulu, dia kasi 20 keping terus. Memang
membazir la kalau tak guna kan. KAHKAHKAH.
Nota Kaki : Bila tak tido semalaman, siang hari ni rasa takde mood. Bukan sebab penat, tapi sebab mata tak pejam dari semalam. Aku tension, nak tido takde selera, nak makan tak lena. Bye.
Toodles !

