Assalamualaikum semua. "Eh, muncul balik?" T______T ye aku tahu, gap antara entry ni dengan entry sebelumnya begitu jauh, dan aku rasa awkward dengan diri sendiri sebab last semester break i promise to give a two or three or four or five or blablabla entry during my holidays. Tapi janji Melayu kan? Hee i know i Melayu tulen. That's why laaaaaa :P
During holidays, sempat juga
main sepah-sepah kat dapur, buat itu buat ini. Mak aku sampai geleng
kepala sebab aku dengan adik perempuan tiap-tiap hari ada kerja mengarut
kat dapur. Kalau tak try buat kek, try buat biskut. Macam-macam la
kitorang try, boleh ajar adik perempuan aku tu skill kat dapur.
huahuahua. gatal tangan nak main masak-masak.
![]() |
| sorry la ada yang penyek sebab baru je masak panas-panas, adik aku tindih2. terus jadi kemek tak bulat kembang mcm yg lain. |
Semester break lepas laa paling banyak dapat jemputan kahwin tapi yang perginya ciput je. Paling best di wedding my ex classmates, Ana. Sekaligus macam mega reunion daaaa. Suka suka suka. (^_^)
![]() |
| dah lama tak berkumpul ramai-ramai macam ni. cepatlah sape-sape lagi nak kawin, nak gathering lagi. haha. |
How's your life guys? A very sorry for not doing my blogwalking precisely, aku bukan tak sempat, tapi jadi malas nak blogwalking, tak buka langsung dashboard, so blog yang ada dalam bookmark list aku je yang aku sempat terjahhhhh dan gelak terkekek sorang-sorang sebab entry mereka kelakar sangatttt. Kelakar ke? 'Sangat kelakar' okay bila entry dia dimulakan dengan memberi salam, scroll punya scroll sampai bawah tengok-tengok ada "till then, chow. dah update kan? hehe sorry short update jerr" Puiiii rasa macam nak lempang orang ni biar jadi kuih lompang.
Berbalik kepada cerita asal. Malas nak merapu panjang-panjang contohnya dari intro sedih, sampai masuk bab taik kencing, nak karate orang apa semua (bajet kelakar)" Puiiii apa motif pun aku tak tahu orang yang bersifat macam ni kat blog. Kelakar? Yesssss..sangat kelakar bila buat lawak bodoh untuk orang gelak, last-last semua orang rasa annoying. Taknak jadi macam tu, kesian.
Today is Friday. Penghulu segala hari, dan juga kemuncak waktu budak-budak U berambus balik kampung. Okay, ini satu point. Deyyy, bila tiba Jumaat semua orang nak balik. Aku? Kalau jarak antara rumah dengan kampus ni aku kentut angin sepoi-sepoi pun boleh dengar, logik la aku balik tiap-tiap minggu. Tapi jauh, 7 jam. Yang duduk KL, Johor, Kuantan, Bahau, sila diam. T______T
Weekdays macam ni i feel like a zombie gone back to life. Huahuahua. Hari-hari biasa sangat serabut dengan class semua, eventhough Uniten baru start sem about two weeks, dah ada quiz kau tahu. Dah mula buat discussion untuk assignment, dah kena stanby untuk research and presentation EVERY WEEK.
Sebut saja hari Sabtu dan Ahad, semua pakat duk hooray hooray. Suka ye? HAHAHA. Enjoy la weekend anda semua puas-puas. Kalau aku, weekend ni sangat bermakna, selain daripada enjoy, banyak benda aku nak buat. Enjoy tu memang tak la, cari entertainment sampai ke Kuantan sana, movie marathon etc. It is soooo not me.
Weekend aku bermula hari Jumaat sebab Jumaat is totally free from any classes yahoo. Lain kali buat la time table best-best sikit eventhough hari lain pack sampai 4 jam solid pun takpe, asalkan Jumaat free. Hehehe. First thing akan dilakukan bila tiba hujung minggu, benda terlintas dalam kepala adalah nak settlekan notes yang tertangguh. Every chapter yang dah khatam, aku akan buat short notes, senang if ada quiz or exam, taknak refer buku sangat, berat dan besar.
Of course juga terfikir nak qadha tidur. Tapi kan, tidur is not my priority bila weekend sebab class aku tak pack sangat, still ada gap untuk tidur ataupun bangun lambat pada hari-hari biasa. Sebab class mostly start pukul 11 pagiiii. Yeayy takde class pukul 8 pagi okay. Macam hampeh je hidup bila ada class pagi butaaaa.
Movie marathon. Mungkin juga, marathon depan laptop je sebab tak suka keluar rumah berjalan ke sana ke mari macam yang lain. Asal Sabtu Ahad je, cari Kuantan. Asal Kuantan je, bersepah macam sampah budak-budak Uniten. Uiii memang tak la. Baik aku lepak dalam rumah macam anai-anai dalam sarang. Lagi selesa.
Next is, laundry. Basuh baju kadang-kadang tak semestinya tunggu hujung minggu. Dua kali seminggu aku mendobi. Bahagia rasa bila semua kemas dan bersih. Kemaskan rumah tu tiap-tiap hari rasa nak kemas. Bila bersepah sikit je, rasa nak kemas. Tapi alhamdulillah rumah aku tak macam kapal pecah, sebab housemate semua consider bab kebersihan. Semua reti tengok mana kotor, mana berhabuk, mana bersepah. :) I like. Tak perlu suruh, semua bagus-bagus.
Kalau rajin, jogging, main netball dengan member. KALAU RAJIN. Kalau malas, memang skipping dalam rumah je. Huahuahua. Dah lama tak turun ke tasik kampus, dulu-dulu every weekend mesti turun jalan-jalan ambik angin kat situ. Tapi sekarang rasa menyampah sebab setiap genap inci penjuru sudut ceruk tasik tu semua orang dating. Bosan laaa tengok orang dating dari pagi sampai petang memang diaaa je yang ambik port. Habis tu kami yang walk for life ni nak lepak mana? Nak terjun tasik macam geli pulak, air kumbahan katanya. Yekkk.
![]() |
![]() |
| rindu pulak aku nak keluarkan peluh atas trek kompleks sukan ni. huhu.. |
Orang lain yang suka enjoy boleh sifatkan weekend aku ni takde life. Tapi bagi aku, weekend aku sangat best. Hehehe. Relax, tenang, takde huru hara, tak penat pergi enjoy kat Kuantan lepas tu balik tengah malam. Uiii memang bukan aku la tu enjoy habis-habisan. Ala kadar boleh, ke Kuantan sekali sebulan baru lah aku. Itupun kalau nak. Kalau tak, sekali setiap sem la nampaknya. Orang ajak pun aku akan fikir sepuluh kali nak follow ke taknak. Bukan apa, penat laaa. Makan tenaga, makan duit.
Nota Kaki : Sekali update panjang berjela. Tapi tak mengarut bukan-bukan okay. Ambik syarat nak update katanya. Boringgggg alasan tu.
Toodles !






2 comments:
its nice... follow my blog too..
http://haziyatulnajihah.blogspot.com/
hai hai hai
Post a Comment