Me : abah duk wak gapo?
Him : duk sajo-sajo. kakwong nok oyak gapo?
Me : :'(
Him : demam lagi ko? ubat ado? make ubat..gi cocok aritu berapo puluh keno? make antibiotik.
Tak sampai setengah minit mesej diterima, ada panggilan masuk..
Maka berlakulah perbualan tacing-tacing antara anak dan bapa. Aku pandang screen laptop dah tak nampak apa, kabur... Segala yang ada di depan mataku kabur... Perbualan itu mengundang sebak di dalam hati...
"jange duk jerit gak, anok abah besar doh kae..." Terngiang-ngiang kata-kata yang selalu beliau gunakan ketika memujuk aku dan adik-adik yang hanyut di dalam tangisan dari kecil sehingga sekarang.
Lewat perbualan itu, digagahkan diri berpura-pura gembira, berpura-pura bergelak ketawa, berpura-pura memberi jenaka, walaupun sesaat selepas aku ketawa aku terasa betapa bodohnya apabila menipu diri sendiri.. Sungguh plastik diri aku. Walaupun titisan halus itu miripnya seperti hujan gerimis di luar jendela, tapi ada aku kesah.. Asalkan aku boleh sorok perasaan sebenar walaupun aku tahu, bapak aku tahu apa yang terjadi disebalik getar suara aku ketika bercakap dengannya.
Alaaa, bapak kot. Lelaki. Mananya nak sokseksoksek jugak. Lagi dia buat kelakar ada la. Awalnya gelak ketawa yang ada palsu kesemuanya, tapi seperti yang selalu terjadi, emosi yang terumbang-ambing pasti tewas dengan suara si bapa. Aku tenang. Aku kembali senyum. Ketawa yang dulunya palsu tanpa perasaan kembali menjadi ketawa yang didamba oleh semua manusia, gembira dan bahagia. :')
Me : abah....nok abah...nok balik... (dalam hati saja)
Him : Bo bo lah... Dengar abah kato gapo nii..
Nota Kaki : That man (a father) is the only one that always be there to hear the sounds of crying from this girl (a daughter) whenever the others are busy to do so.. I love you abah. :')
Toodles !

No comments:
Post a Comment