Makan buah sebagai halwa
Buah di beli di tepi paya
Sudah lama blog tak bernyawa
Sila maafkan saya. (^_^)
Post terakhir, 8 Oktober. Dah sebulan jugak tak update. Sebulan tu kejap je sebenarnya. Tapi kalau nak dibandingkan dengan kerajinan yang dulu dan kerajinan yang sekarang, memang kelaut la. Sekarang malas oii !
Asal nak create new post, terbantut. Asal nak create new post, terkentut. Ada-ada je halangan kalau aku nak update entry kat blog ni. Apa masalah pun tak tahu lah, mungkin sekarang ni dah ada kesedaran sedikit sebanyak bahawasanya tak best duk jaja cerita kat blog.
Semalam jatuh katil nak story, hari ni demam nak story, esok ada date pun nak story, lusa nak cari KFC sebab mengidam pun lagi mau story, minggu depan nak jalan-jalan cari makan pun masuk dalam list entry. =.=' Sumpah bosan.
(semua tu aku cakap kat diri sendiri. ekekekeke)
Bila difikir balik, terasa jugak bodohnya diri. HAHAHA. Semua benda nak cerita, nak kasi orang tahu. Semua benda nak luah, semua benda nak tunjuk kat orang. Tapi, ada aku kesah? Aku akan tetap berblogging. Bui bui bui~ Berblogging seiring dengan usia lagi bagus. Semakin meningkat usia semakin kita sedar apa yang patut dan tak patut diceritakan dalam blog.
(kalau boleh aku nak cerita pasal makan je..makan makan dan makan) :D
Ok aku rasa cukup sampai sini je dulu entry setelah sebulan menyepi. Rasa macam nak buat marathon sebelum final exam bulan depan. Siap laaa, tiap-tiap hari aku update nanti ! HAHA. Sembang kencang pun takpe, asalkan niat tu ada.
Nota Kaki : Sampai sekarang aku tak faham perangai bapak aku. Dan sampai bila-bila pun aku takkan faham perangai dia walaupun aku ada mewarisi hampir kesemua daripadanya sebab aku pun tak faham dengan diri sendiri.
Toodles !
