FOLLOWERS

Friday, November 18, 2011

Muzik di dalam kotak hati..


Hari yang indah, penghulu segala hari, hari Jumaat hadirnya pasti.. Back to weekend, rasa hidup kosong dan lapang, fikiran tenang SEDIKIT, tapi semak samun lagi dengan dua lagi midterm, kuiz yang banyak tertinggal, assignment yang tak mula lagi, final exam yang akan tiba, presentation yang tak tahu hujung pangkal.

Walaupun final exam aku start 30 Disember (yeayyyy!), tapi tetap rasa cuak, nafas terasa semput, minda terasa celaru, jiwa terasa kosong, hidup macam tak hidup. Aku pasti, penyakit gila akan menanti jika aku terus begini.. Ohhh.. Bertukar !

Hari ni aku keseorangan lagi. Arghhh (tak kisah pun). Roomate aku, Kak Jenny entah ke mana pagi-pagi buta sudah keluar, tak mengapa, dia dah final sem, semestinya sibuk mengalahkan dekan, housemate yang lagi dua orang balik kampung, tinggal aku sorang-sorang masuk dapur bancuh milo panas, hidu aromanya sambil duduk atas kerusi dan on laptop.

Tetikus mula memberikan isyarat, "kau nak buat apa ni Nadia? Aku geli la.." Ye, aku tahu setengah jam aku 'meraba-raba' tetikus tersebut namun hampa... Jiwa kosong, apa boleh buat? Nothing, sekadar pandang screen laptop, tersenyum melihat wallpaper desktop, milo panas habis satu cawan.

Tidak lama kemudian, hujan gerimis mula mengundang. Biar awan yang sering hadirkan hujan gerimis, jangan hati yang gerimis. Bau hujan, sangat menarik. Aku suka hujan. Aku berdiri mencari tempat di sudut jendela, disebalik tirai aku melihat titisan-titisan hujan jatuh ke bumi, rumput-rumput hijau keriangan apabila sihatlah mereka hari ini dibasahi hujan yang menjadi santapan.. 

Music player kedengaran sayup-sayup.. Oh baru aku teringat, tengah dilayan soundtrack drama korea Coffee House. Aku jatuh cinta dengan semua muzik instrumental di dalamnya. Bukan saja cerita ni, tapi semua cerita.. Slow mood jap layan instrumental kan?

Bila jiwa aku terasa kian berada di awang-awangan, aku rasa eloklah jika aku jauhkan diri daripada jendela.. Kembali aku kepada meja study walaupun aku study laptop je.. :p Mata mengantuk, kotak hati aku tiba-tiba menyanyi lembut, terbang bersama bait-bait lirik dan alunan muzik sebuah lagu yang pastinya aku tidak jemu mendengar dan aku terkedu tanpa suara apabila membaca dan mengerti maksud tersirat disebalik senikata.. 

Aku mengerti.. Dan aku memahami apa yang cuba beliau sampaikan disebalik setiap patah perkataan..



 From the first time I saw your face,
I didn’t think it was love,
But your warm smile and air of grace,
Filled my heart with a song.

You mean the world to me,
With you I am complete.

If we were ever to part,
That would break my heart,
You’ve made me into a man.

Everything, you’re my everything,
You are the air that I breathe,
Now and forever more, my love.

(Soliloquy)
Girl, do you remember when I waited for you?
You didn’t even try to look my way.
But I didn’t mind, because I knew I want to protect you.

Every time we say goodbye,
My chest feels the void,
My time with you seems to fly,
Let’s just grow old together.

Not like the guy before me,
I’ll fill your life with glee,
You are my angel on Earth.

Everything, you are my everything,
You’ve opened my heart,
Now I can only see you with me,
I hope you feel the same way.

Everything, you are my everything,
You’ve opened my heart,
Now I can only see you with me,
You’re the best thing in my life,
My everything.


Lirik dan lagu : Mohd Syahmi Afif


Tak salah jika aku tersenyum sendirian, biarpun akan ada yang berkata, kau gila ek Nadia? Pasti aku menjawab, orang gila adalah orang yang mempunyai hati dan perasaan. Sebab tu dia gila. :p

 P/S : Oh, dulu ada yang bertanya, siapa nama lelaki yang menyanyikan lagu tu? Katanya, macam kenal. Jawapannya, aku tak tahu. Aku tak tahu nama penyanyi-penyanyi tersebut, aku hanya tahu beberapa orang saja yang on stage, terutamanya yang tengah duk conduct band tu.. :D Gigih beliau nak hasilkan satu karya. Eh, ini cerita bulan Jun lagi. Tapi, macam baru berlaku semalam. Surprise. :'D

Nota Kaki : Aku laa manusia paling tak reti bahasa mengganggu gugat beliau ketika beliau sibuk dengan exam, sibuk menyiapkan segala benda yang sudah terhasil dalam video kat atas tu.. Tekanan jiwa beliau dibuatnya. :'D


Toodles !