FOLLOWERS

Wednesday, October 5, 2011

Suatu Rasa [part IV]

Link dibawah ini rentetan daripada peristiwa yang berlalu. Siap ada bahagian-bahagian lagi kau tahu. Boleh click kalau nak, kalau taknak jangan click, nanti ada yang termuntah ataupun menyampah. Tengok, gigih tak gigih aku nak luahkan perasaan. Puihhh... Berbunga-bunga. :D



Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Kehadiranmu meninggalkan satu rasa
Dalam hatiku hingga terbenam masa laluku..

Aku tak tahu benarkah rasa ini
Mencintaimu ingin memilikimu
Muncul kembali rasa indah di hatiku..

Seringkali aku bertanya pada hatiku
Apakah mahumu? Benarkah igauanmu?
Ternyata bahagia yang ku rasa
Di saat hati berkata, inilah cinta..

Sejujurnya ku ingin kamu
Di sampingku, bersama meniti hari
Sang bayu berlalu dengan lembutnya
Memberi petanda, ku mahu bahagia denganmu..
Oh sayangku... :)

(aku rasa masa aku tulis perkataan-perkataan jiwang kat atas ni, hati aku tengah merewang entah ke mana, emosi tengah tak stabil rasanya, sebab sekarang ni aku jarang buat ayat-ayat jiwang macam ni. Eeeii geli.. HAHA)

Haaa tu dia, ada sambungan. :D Tak tahu sampai part berapa, kasi redah je setakat yang mampu. Kat atas ni bukan lirik lagu ye anak-anak, tapi aku tak tahu apa benda. :O Aku belek buku conteng-conteng dalam beg, lepas tu terjumpa helaian mukasurat yang nampak macam best je ayat dia. Aku baca dan baca dan baca, boleh pulak tergelak sorang-sorang. :D Padahal baru je aku tulis semua tuh, 19 September kot. Baru lagi kan kan kan? 

Hurmm.. Aku dah kata aku ni jiwang, that's why bila orang pasang lagu jiwang, maka jadi berkarat-karat jugak kejiwangan aku. Housemate aku tiap-tiap hari pasang lagu jiwang, kadang-kadang takleh masuk telinga, geli. HAHAHA. Patutlah kadang-kadang aku rasa menyampah je dengan diri sendiri, nak layan jiwang lah konon. Geli oiii ~

Nota Kaki : Ada orang tak faham, post 'suatu rasa' yang ada banyak part ni ditujukan untuk siapa? Ke saja-saja buat? Ahah. Post 'suatu rasa' ni timbul atas dasar kewujudan MSA enam tahun yang lalu tapi aku buat-buat tak nampak, sampai la timbul rasa-rasa tertentu. Eh, malunya. Lariiiiiii...... Boboi. :p


Toodles !