FOLLOWERS

Sunday, April 17, 2011

A stupid couple.

"Ooo na na what's my name, ooo na na what's my name.. what's my name..." Agak bergaya disitu bila handphone berbunyi-bunyi tanya nama sendiri. Apa jadah letak nama lagu macam tu? Aku tujukan lagu ni untuk orang-orang yang hilang ingatan. 

Nadia : Hello..?
Dia : ............ (diam membisu, tapi menangis teresak-esak)
Nadia : Erkk.. Bakpo mu jerik ni... Acu oyak, bakpo.. Hurm?
Dia : A...kkkk..uu.... sss..paa..dioo..huk.. (sumpah aku tak faham apa dia kata)
Nadia : Aduhh... (aku tak paham ni der..) Dio wat gapo lagi ko mu ni?

.....

Kesian aku tengok hidup kawan aku yang ni. Bukan kawan biasa, tapi dia kawan baik. Alkisahnya, dia ditinggalkan oleh boyfriend. Cliche kan situasi macam ni? Yang tu aku tak boleh nak kata apa la, aku tak masuk campur walaupun dia kawan baik, aku cuma boleh menenangkan dia je, nak bagi nasihat tak reti, aku boleh mendengar apa-apa je dia nak cerita.

Dah selamat berpisah dah pun. Erkk.. Macam aku excited je dorang putus? Bukan.. Aku bukan excited. Cuma aku lebih suka kalau dorang macam tu. Aku tahu semua benda tentang lelaki tu di kampus dia. Aku ramai kawan kat universiti dia tu. Jadi, baik buruk dia aku tahu, cuma aku tak bagitahu direct kepada kawan baik aku ni sebab nanti kalau cerita tu tak benar macam mana? Fitnah pulak jadinya. Aku hanya tunggu dan lihat je apa nak jadi. And sekarang, apa yang jadi sama macam apa yang aku tahu. So, itu cerita benar lah. Emm..

Yang aku tak faham, masing-masing dah ada pengganti. Lelaki tu sah-sah la dah ada, sepanjang setahun dorang bercinta si lelaki ni dah pasang dua. Kurang bijak disitu. Si kawan baik aku ni pulak baru bertemu dengan yang lain, lagi bagus daripada yang sebelumnya, tapi macam biasalah kan, tak mudah nak lupakan orang yang pernah bertakhta di hati. Itu aku sendiri tak menafikan, aku sendiri pernah rasa, makan masa bertahun jugak nak melupakan. Memang lama.

Pokoknya, lelaki ni gila. Aku rasa dia gila sebab dia macam ni ; dia dah ada awek baru ,satu universiti dengan dia. Setiap hari makan sama-sama, tunggu awek depan blok then keluar sama-sama, jalan-jalan kat taman la, mana-mana je la. Tapi, yang membuatkan lelaki ni bodoh adalah bila dia dengan muka tak malunya hantar MMS gambar mereka berdua kepada kawan baik aku ni. Okay, siapa tak menyirap kan? Babeng je kau ni kan.

Keduanya, awek lelaki ni call si kawan baik aku. Tapi tak bercakap sepatah pun, yang kedengaran hanyalah gelak-gelak manja, sembang-sembang antara dia dengan lelaki tu, bergurau senda, memang disengajakan dengan niat nak menjeleskan si kawan baik aku. Lagi sekali, siapa tak menyirap kan? Dah putus tu buatlah cara dah putus. Stupid (both of them).

Ketiganya, benda yang aku pernah rasa. Lelaki ni bila dah putus dengan kawan baik aku, kawan-kawan dia mestilah bertanya kenapa kau putus? Siapa yang bermasalah? Si lelaki meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu kawan baik aku. Bagus betul skrip yang dia hafal, cerita rekaan baik punya. Semuanya sebab taknak bagi kawan-kawan dia salahkan dia, sebab tu dia kata kawan baik aku yang salah. Stupid again.

Dan tadi aku sendiri dihimpit kegeraman sebab mereka tak habis-habis mengutuk dan mengumpat kawan baik aku ni. Awek baru dia tu satu hal, dasar ajinomoto. Hey, dia tak ganggu pun korang nak kapel, dia tak kata apa-apa pun kat korang, dia tak buat jahat apa-apa pun kat korang, kenapa korang ni bangang sangat nak buat jahat kat orang? Apa jadah kau hantar MMS? Apa jadah kau call semata-mata nak suruh dia dengar korang tengah bermesra? Apa jadah korang buat semua tu? Nak suruh dia jeles? Dia tak jeles la thambi, tapi dia sakit hati. Apa dosa dia sampai korang buat jahat macam ni. Dia pun dah hidup senang dengan boyfriend dia, takde pun dia kacau korang nak bercinta kat UITM MACHANG tuh !! 

GET LOST la brader. Silap-silap haribulan kitorang terjah kang UITM tuh. Silap-silap haribulan makan pasir jugak kau ni kang. Geram betul aku. Dengan aku-aku sekali kau nak burukkan. Tau ah aku kawan baik dia, apa kes kau nak kondem aku sekali. Stupid.

Nota Kaki : Yang tak marah boleh jadi marah. Yang cool boleh jadi tak cool. Siapa tak goyah kalau kena kacau tiap-tiap hari. Tak cukup kasih sayang ke wey? Macam apa entah nak kacau hidup orang. Sialan punya orang. Cis.


Toodles !

3 comments:

0nlY_tRah said...

da jadi tradisi student Uitm Machey pusing2 U besame awek's' dan pakwe's'.(gandaan s d cni ye).pemandange gap0 haw sep dy0 teng0k.
-.-"

.ad jug0k kapel gni.huhu..saba je la c.nadia.

emMa saRdOn said...

gila ape lelaki camtu..dh de lain jgn la kacau orang..suh die sabar je..bykkn doa..insyaallah 1day that man akan dapat balasan gak. :)

Nasrulhaq said...

hurm...mental agaknya lelaki 2...si gf pun 2x5 ! jgn layan hati yg sakit..anggap itu kerja org yg bodoh yg cuba mempublisiti kn diri mereka. sebagai seorang yg bijak knelah lupakan nseseorang yg xberguna itu..now dh ada peganti yg jauh lebih baik..jd,pelihara hubungan itu hingga akhir hayat. jd kan ape yg dh belaku itu sebagai jalan-jalan raya yg telah dilalui untuk memastikan jalan yg akn dilalui ini x terkandas...or sesak mcm nk balik kelantan ! hehehehehehe....=))))