FOLLOWERS

Monday, April 4, 2011

Aku = Tak fofular pon!

Seorang makcik yang sengal tersesat di Lot 5549 rentetan daripada peristiwa tempat kerja beliau berhampiran dengan Lot 5549, jadinya beliau mengambil inisiatif untuk tinggal di rumah ini. Oh yeah aku ada teman. Kalau tidak, hiduplah aku bertiga bersama mak ayah sahaja. 

Kecoh satu rumah dengan suara kitorang berdua. Pada awalnya si abah join jugaklah, tapi dia surrender separuh jalan sebab dia kepenatan. Si emak pulak tengah sibuk buat assignment, tapi nampak gayanya dia pun sedang menonton ABP kerana bunyi bingit di dalam rumah ini hasilnya daripada gabungan dua televisyen. Haha. Membazir elektrik, padahal tengok benda yang sama. Tapi ada privacy sikit, dia menonton sorang-sorang sambil buat assignment. Aku dengan si makcik ni jugaklah yang duduk huha huha, tengok ABP tapi dua laptop sedang menyedut elektrik. Perempuan, biasalah tu. Multitasking katanya. Online sambil tengok tv. Biasa kan biasa kan? Haha.


Cukuplah aku menjerit kegembiraan melihat Shahir mengalahkan artis-artis lain dalam pencalonan Artis Baru Lelaki Popular. Aku tak expect pun, tapi bila dia menang, takleh nak kata apa dah. Jangan bayangkan keadaan aku pabila melihat Shahir menang. HAHAHAHA. Congrates Shahir ! :)


Aku interested dengan makeup artis ABP malam ni bila tengok Yuna on stage. Muka dia, fuhh flawlesssssss la gila. Tengok pulak closing daripada Datuk Siti, fuhhhh makeup dia mantopppp la pandaiiiii. Terus aku tunggu sampai naik credit dekat tv, tapi macam takde je major sponsor untuk makeup? Tapi ada sponsor daripada Simply Siti. Emm. Agaknya MUA ni guna product daripada major sponsor lah kot - Simply Siti. Okay esok jugak aku nak pergi beli barang-barang SS. Nak try. Ketepikan M.A.C kejap. Haha semangat ! Hangat-hangat taik ayam je aku nih.


Seperti yang dijangka terjadi, Shaheizy Sam jugaklah yang menang anugerah utama ABP 2010. Comel gila lelaki ini. Hahaha. Memang dah ramai expect dah pun, tapi ada ura-ura tak puas hati kan Remy Ishak menang Pelakon TV Lelaki Popular sebab mengalahkan Shaheizy Sam. Deyy, Sam lebih fofular dengan filem la dey, Remy Ishak tu sah-sah la dia yang conquer drama-drama tv ni. Tengok, kan betul aku cakap Shaheizy Sam memang Pelakon Filem Lelaki Popular. Lek luu, bagi yang lain menang dulu.

Aku taknak komen pasal persembahan Ana Raffali dan kemenangan dia sebagai Artis Baru Wanita Popular. 

Closing daripada Datuk Siti comel gilaaaa. Dia menyanyi dan menari i want nobody nobody but you! Sumpah comel gila aku rasa macam nak cubit-cubit je pipi dia. Haih kenapa kau ni cantik sangat hah? Baju kau pun cantik, siapa sponsor? Owhh.. Aku tau, Datuk Bernard Chandran yang sponsor. Meletopp. 

Nota Kaki : Mengidam blueberry cheese tart. :( Tolonglahhhh aku mengidam makanan feveret aku ni.


Toodles !

4 comments:

Jie(",)v said...

tulah..lawa kam mekup sh shahira male...nk keno tra ugop bli mekup SS...
ore kato molep..pah so ag halal...
wat we are waiting for kan??
buwe2 la MAC tu..haha *kalu sngup*

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

homm la jieeeee~~
lawa gilo makeup sep dio male.
SS meme halal dih..
hahahaha.. MAC bakal dibuwe kalu sedak nga SS pahni. eh buke buwe la.
guno prabih pah kito ejah SS la plop.
so lg, SS lg muroh drpd MAC.
buleh saving banyok dohhh musim2 xdop pitih ni. haiyohhhh..

Jie(",)v said...

hahaha..ya jns pakai mekup xpo la nk prabih wat beli gak...
kalu po jie skoda pakai bdok nge celok ni xpade laaaa...
hahaa..
baik bli baju2 ko tudom :P
confirm pakai

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

kito pom tepek bedok gitu jah jie wehh..
kalu betoley ado kijoam petim bru la tepek makeup sikit sbanyok. hahahaa...
kadey2 tu beli sajo, paka dok pom, sajo nk suruh kulat dale simpaney.
sero2 puah gak kito gi tonyoh kt muko oghe lain. hahahhaa..