Jiwa semakin gelisah bila berbelas mesej diterima, semuanya menyentuh isu sensitif seperti CUTI SEM DAH NAK HABIS. Okay, itu isu sensitif ye. Datang sorang member hantar mesej, mula-mula boleh bersembang huha huha tanya kau tengah buat apa, tak boring ke duduk rumah, last-last datang satu ayat "wei aku sedih ni cuti dah nak habis". Sentap mak kau ! =.='
Cuti yang dulunya begitu best sebab diberi masa selama 5 minggu, tapi sekarang tinggal ciput, seminggu cukup-cukup memandangkan aku balik Muadzam awal sebab nak kemas rumah baru. Tak macam orang lain, masuk rumah (apartment), dah bersih sebab tukang cuci bergaji ada. Tapi aku dan housemates yang lain perlu bertungkus lumus nak bersih rumah sebab kami tak guna perkhidmatan penginapan Uniten lagi dah. Fed up. Aku rasa persiapan fizikal dan mental harus ada sekarang sebab macam-macam benda menyakitkan hati dan menyerabutkan kepala bakal berlaku di awal-awal semester.
Perasaan pun gundah gulana juga nak bertemu dengan semester baru sekaligus bertemu dengan lecturer baru kebanyakannya dan juga semuanya baru. Eh apa aku mengarut ni? Aku pun tak tahu. Orang lain tengah seronok bercuti, tapi warga hutan belantara ni akan kembali kepada kehidupan yang biasa sebagai perantau. Okay, sumpah kali ni aku mesti menangis dalam bus semasa dalam perjalanan nak balik ke Muadzam. =.='
Lagi satu, rasa macam nak sorok muka dalam kandang arnab je rasa bila ada sorang member di KL sedang jalan-jalan dengan encik gewe dia, dan kemudian dia terjumpa Sariyanti di shopping mall, dan aku nak chop dia gilo sebab dia tegur Sariyanti (pelakon ni sangat peramah ye), siap duduk di bangku dan bersembang lebat lantas berkata kepada Sariyanti "saya ada sorang kawan, dia cakap muka dia macam muka akak (Sariyanti).." Tak ke gilo namanya? Member aku tu pun gilo. Eh gilo. Malu la gilo kau buang tebiat ke apa cakap macam tu dekat Sariyanti? Tak pernah-pernah pulak aku declare muka aku macam Sariyanti, korang tu yang lebih-lebih nak kata muka aku macam Kaisara la apa la. Buto ko apo.
Emm, cakap banyak pun tak guna. Mata mengantuk tapi tak boleh tidur sebab sakit belakang. Mungkin effect daripada kecelakaan tempoh hari, tapi tak mengapa. Kepala dah berat sebab mungkin mengantuk. Hati pulak risau dekat encik gewe sebab beliau mengadu beliau diserang demam panas. Oh my...
Tiba-tiba teringat kes dulu, beliau bagitahu beliau masuk wad sebab demam dan sakit belakang dan macam-macam lagi lah. Mungkin beliau akan kata aku dah lupa tentang tu, tapi aku tak pernah lupa.. Banyak perkara tentang beliau tersimpan rapi, kukuh dalam kepala.. Kali ni benda sama jugak yang jadi. Demam panas, sakit belakang, batuk-batuk pun termasuk dalam pakej.. Aku tahu beliau tak cukup rehat, tak cukup tidur, makan minum tak terjaga, no wonder la kalau beliau diserang demam panas. Tambah-tambah pulak dengan cuaca beliau, sekejap dalam aircond, sekejap kena panas matahari. Haih, aku risau.. Sumpah aku risau.. Semoga beliau baik-baik saja kerana kesihatan yang baik itu akan menyempurnakan lagi kehidupan seharian dan memudahkan segala urusan beliau...


Dengan slumber nya aku copy gambar beliau dan rakan-rakan seperti diatas ini dan buat pertama kalinya gambar beliau dan rakan-rakan masuk tercongok dalam post blog ni. Oh ye, yang pegang gitar tu aku tahu namanya. Apa nama dia sayang? Din eh? :D Kalau korang tengah boring, bolehlah cuba-cuba cari benda tersembunyi dalam gambar ni :p Huh takde keje. Nak off dahhhhhh sebelum aku mengarut lagi panjang. Boboi.
Nota Kaki : Behind every girl's smile, there is a boy who put it there. And the reason i smile, is you, MSA. :)
Toodles !
2 comments:
kak..sori mari ganggu sini..no tel kak nadia hile la..sbb hp ambo hile..ajatnyo nok suh kk atar msj mula..nk sipe no kk etep..bereh..?
inciki gewe deme panah?
So jah jale klua dr deme panah ni
=D
Post a Comment