FOLLOWERS

Wednesday, April 27, 2011

Melilau di Capitol.

"Ini Nadia ka?" Satu suara pelat-pelat Cina di talian maxis aku. 

"Ye ye, saya Nadia." Kelam kabut jugak aku cari handphone entah ke mana aku campak semalam. Heh.

"Saya Capital." Uncle tu perkenalkan diri.

"Hah? Capital? Nama uncle ke Capital?" Aku tak buat lawak, tapi uncle tu gelak.

"Bukan. Ini Capital. U datang kedai saya semalam mau angkut itu dslr ma.." Cakap la betul-betul. Ingatkan nama dia Capital.

"Oh, haaa ye ye, betul. Kenapa uncle?" Tersenyum dengar uncle dari Capital ni call aku. Heh. :)

"Itu stock sudah sampai, u boleh datang sini dan u boleh swap sama u punya nikon semalam wokeh.." Uncle tu bagi penjelasan dan tujuan dia call aku.

"Heh? Maso bilo sayo nok swap nyoh.. Sayo nok stock baru tu jah.. Nok hok upgrade sikit. Bukey nok swap.." Memandai je uncle ni cakap aku nak swap. 

"Ooo itu macam ka.. Saya salah paham maa. Hahaha. Wokeh, u boleh datang, and anything u boleh call me ya.." Pandai betul uncle ni buat lawak. :D

"Ok uncle, thanks ya.." 

Ada pulak kata nak swap. Memandaiii je dia. Heh. Semalam bukan aku punya slr, Hariz punya. Uncle ni pandai jugak buat lawak plus pandai ambik hati customer. Good. Senang nak nego dengan dia. Thanks to Hariz bawak saya ke Capitol semalam. Wink ! ;) Segan nak mati bila masuk kedai kamera dengan orang pro. Kelu macam nak cabut mulut taknak kata apa-apa. Kahkah overexcited.

Oh ye. Semalam masa kitorang tengah usha-usha kamera ribu riban kat Capitol, aku terjumpa this cute thingy. Comey gila, macam nak beli je. Harga pun quite okay, below than 2k. Tapi taknak beli pun. "Cuci mata" katanya Hariz. ;)


Comey gila Lumix ni. Dia punya lens tu super duper cute sebab kecik. Tapi, tak payahlah. Setakat menjamu mata dengan kamera yang comel, bolehlah. Tapi kalau nak jadikan hak milik, macam tak worth it. Kecik kot. Genggaman tangan tak berapa power utk hold lens dia yang kecik. Kamera canggih, tapi kalau tak style ambik gambar tak jadi jugakk. And kamera cikai kalau stylo on snapping pictures, hasil dia kebabom okay. Kamera paling cikai = kamera handphone. :D

Nota Kaki : Dup dap dup dap risau takut elaun mara tak dapat bulan ni. Grrr. Bulan lepas kau tak bagi, kalau bulan ni kau tak bagi jugak, memang ada potensi untuk aku maki hamun. Bye !


Toodles !

No comments: