FOLLOWERS

Sunday, March 20, 2011

Klik Gambar Untuk Tumbesaran

Assalamualaikum. :)

It's been a while i didn't post anything to JOL. Sebab utama, kemalasan. Macam banyak lagi sebab sebenarnya, tapi sebab yang paling power adalah malas, pengaruh daripada syaitonnnn. Bila nak rajin entah.

Oh ya, happy belated birthday to Ayah Chik and happy wedding day to him and his partner - Auntie Saleha. Pandai sungguh pilih tarikh, birthday 13 Mac, kawin pun 13 Mac. Nak dengki boleh? HAHAHA apa jadah aku nak dengki-dengki ni kan. Takde maknanya.


Hari ni hari Sabtu and i'm away for a while from hometown - Kelantan.  Sebabnya, lusa dah mula final exam, harus la mengadap buku sepanjang dua minggu di bandar koboi ni kan..? I'm soooo tak stabil sebab rasa macam terkejar sana sini minggu lepas dan minggu ni pun bakal ni, BAKAL. =.="

Banyaknya cerita nak share. Alah, macam tak biasaaa. Cerita kat blog ni panjang berjela-jela. Korang hadap je laaa. HAHAHA. Okay okay, i'll make it short. Kalau panjang jugak nak buat macam mana, i memang banyak pengalaman. HAHAHA.

muka huduh.

Khamis ( 10 Mac 2011)

Dari Muadzam Shah aku ke KL with bus Mara Liner yang laju macam keretapi, waiting orang tu datang lama gilaaaa di Hentian Putra and then heading to my auntie's house di Kajang together with orang tu as my loyal driver. HAHA. Nasib laa kena jadi driver. Terima kasih banyak-banyak. :)

Jumaat ( 11 Mac 2011)

Macam dah lupa apa yang berlaku on Friday. Apa aku buat eh? Skip je la. Malas nak ingat. Oh ye, aku tidur dari pukul 11 pagi sampai 3 petang sebab penat + mengantuk, sampai di Kajang lebih kurang 1 pagi. Wahhh hebat tak? Aku memang power bab-bab tidur ni. Bangun pukul 3 tu pun sebab si kecik, Zalfa Nadhirah masuk bilik main tarik-tarik rambut suruh bukak laptop, "Kakak Ya.. Bangun la Kakak Ya, Afa nak main game..." Eh tolonglah Zalfa ! Kakya mengantuk tau tak. Hish. Nak taknak terpaksa jaga anak. =.="

budak kecik ni sayang gila kat Kak Ya dia. HAHAHA. Muah muah muah cium kat pipi. :)

Sepanjang hari sampailah malam, aku jadi mummy untuk 4 orang anak - Zalfa Nadhirah, Syafiq Irfan, Syahmi Irsyad, Ahmad Irham. Kehulu kehilir, main itu main ini, and buat kali pertama seorang bayi berumur 8 bulan memuntahkan segala isi perutnya (baru lepas minum susu) ke dalam mulut aku. Ataupun orang Kelantan panggil "jeluok". Pengalaman pahit jaga baby. =.=" Salah aku jugak, dah tau baby baru lepas minum susu, apa jadah aku rajin nak menimang dia tinggi-tinggi kan? Ambik kau, jilat la muntah si Ahmad Irham tuh.


Sabtu ( 12 Mac 2011)

Ketibaan kaum kerabat di Kajang. Bergembira dengan my Baby Athirah (walaupun dah darjah 3, aku still panggil dia baby, and she's okay with that tapi kalau dengan orang lain dia suruh panggil dia Athirah). HAHA nampak sangat aku special dimata dia kan? Baby baby baby, KakYaa love you. :) 

Pak Lang and Mak Lang or in loghat Kelate disebut sebagai Pok Le and Mok Le ajak keluar together-gether sebab ada perhitungan sengit antara aku dan Pok Le. Ahhh pakcik aku yang ini sentiasa masuk air.

Pok Le selaku ketua operasi bekwoh. Penaja utama t-shirt hijau ahli jong kako. :p

Heading to mana-mana entah, main bowling 4 games and aku tak mampu kalahkan champion. 190 jatuhan pin dalam satu game, mana larat aku nak kejar. Dia bantai strike banyak gilaa, aku strike tiga empat kali je, cium lantai la aku jawabnya. =.='

Bukan setakat lawan bowling, diajaknya jugak karaoke selama sejam je. Ambik mood, Ayah Chik nak kawin keesokan harinya, aku bantai lagu pengantin - Bunga Rampai. Terkedu makcik aku tengok aku nyanyi. "Sejak bila Ya ganti Zaleha Hamid ni? Suara powerrrr.." Ah aku tau itu hanyalah provokasi sahaja. Nampak sangat menipu. :p Tau rrr suara kita sumbang. Suara si baby tu lagi power, semua lagu Wali Band dia sapu, takde can aku nak record aku nyanyi lagu Kekanda Adinda dedicated to someone special. Haha.

Kenyang mengisi perut di kedai mamak, balik rumah terus kroh kroh. Eh tak tak. Balik rumah tengok bola dulu, jejaka-jejaka dalam rumah tu especially Pok Le dengan Abe Yat, kalau ada aku je, "Ya, lek luuhh.. Layan bola jom...." Aku apa laagi, ada geng, lepas tu kroh kroh depan tv, sampailah mak aku kejut suruh naik atas, tidur dalam bilik. Huu. Bola punya pasal, tapi aku bukan fanatik dengan football, tengok time-time free je. ;)

Ahad ( 13 Mac 2011)

Berkonvoi ke Majis Wilayah Persekutuan, Jalan Duta for akad nikah. Bukan akad nikah aku tau, akad nikah Ayah Chik. Terpekik terlolong dalam kereta macam orang gila tapi bakal pengantin tak chill jugak. Haih berdebarnya dia. Hehehe..


Tiba di Masjid Wilayah Persekutuan, benda first aku kena buat, cari kelibat kanda. Kesian dia, rombongan pengantin tak sampai masjid lagi tapi dia dah lama menunggu kat situ. Sorry. :) Saya tau awak segan dengan mereka. Ala, first time, memang macam tu. Tapi awak cool je. HAHAHA. Good.



Hariz pulak tak sempat shoot dorang akad nikah tapi sempat shoot after akad nikah. And hasil kerja Hariz cun gila. Ditambah lagi dengan struktur masjid yang cantik, artwork dia memang meletoppp. Wedding Ayah Chik mewah dengan photographer sebenarnya, 3 orang photographer diupah khas, termasuk lah Hariz. ;)




 And after habis kenduri di rumah pengantin perempuan, masing-masing pulang ke Kajang, tapi bukan aku. Meluangkan masa bersama kanda, pergi entah mana-mana, tengah malam baru balik rumah. Terharu gilaa dia bawak aku tengok rabbit. Holland Lop punyaaa. Aaaa meleleh tengok harga dia. Nak beli sepasang harus ada RM500 dalam simpanan.. Part paling takleh blah, kanda hantar sampai depan rumah, masuk dalam rumah, habiss laa kena bako dengan pakcik-pakcik dan mak aku sendiri yang sedang menanti mana laa aku pergi tak balik-balik lagi. HAHAHA jahat gila dorang nak kenakan boypren orang. Grrr.. Cool kanda cool.. Hehe.

He's okay, mudah saja nak adapt dengan orang. Dan sepanjang malam tu aku memang kena bahan kaw-kaw punya dengan sedara mara aku. =.=' Enough la wey, budak-budak kecik pun join membahan aku, siap selongkar facebook kanda lagi. Dorang memang gedik, "Kak Ya, Kak Ya, cute la Abe tetttt...kitorang tengok semua gambar kat facebook dia tadi.." Arghhh. Logik tak kalau aku nak jeles dengan budak kecik sekolah rendah? Huh. Tak payah nak cute-cute sangat laaaaa, Kak Ya cubit kang..

Thank you kanda bawak saya jalan-jalan. :)

Isnin ( 14 Mac 2011)

Heading to hometown.

Khamis (17 Mac 2011)


Majlis menyambut menantu berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang hadir, kawan-kawan sekolah, budak-budak Warna Seni, dan tak lupa juga, Abe Jie dan Abe Mie. Hohoho. Mintak maaf banyak-banyak tak sempat nak melayan, sebab saya busyyyy hari tu. Faham-faham sajalah ye. :)Gulai kawah resepi Jerteh mariiiiiiii.. HAHAHA.

Mereka berdua bertindak sebagai assistant Cik Nadia. Kalau dorang tak tolong pegang lens pun, dorang tolong pegang handphone. Kalau tak pegang handphone pun, yg bertudung hitam tu boleh tahan terer jugak guna dslr nih, sama-sama tengah belajar.. Apa lagi, sila ambik gambar Kak Yaaaaaaaa. HAHAHA. Sebab tu banyak gambar aku dengan dia je. :p

.....
Moh ler kita layan gambar. Entry ni banyak gambar, harap maklum. Pulak tu, banyak gambar aku. Sila jangan menyampah. Heee ~ :)


Aku antara orang last bersiap-siap sebelum rombongan dari KL datang. Tak mandi, tak tukar baju, sebabnya banyak gangguan daripada budak-budak yang baru nak matang. "Kakyaaaa mekap muko oghe jap.." Itu sorang. Datang pulak lagi sorang. "Kakyaaa.. dah siap mandi dah, nak mekap jugak.." Itu dua, datang lagi yang ketiga. Tapi dia tak bersuara. Duduk bersila atas katil, buat muka seposen. Dah tau dahhhh.. Nak mekap jugak ke? Meh sini nak tonyoh-tonyoh muka tu. Maka tersengih macam kerang busuk lah dia sebab dapat mekap jugak. Itu baru tiga, cuba bayangkan sepupu perempuan yang baru nak matang lebih daripada 5 orang datang serbu si Nurul Nadia nih sorang? Mepehhhh aku. Diri sendiri pun comot. Nasib baik takde bulu mata pelesu je, kalau ada, semua dorang nak. HAHA. Masa aku sekolah rendah dulu, takde punnnn rasa nak mekap sakan. Dorang ni je, haih.. Budak-budak zaman sekarang memang macam ni la..

 Last-last, pencennnnn. Cukup 5 orang, aku blahh pergi mandi. Disuruh si budak tingkatan tiga kat bawah ni selaku assistant aku tu pulak yang take over. Aku dah perturunkan ilmu nak conteng muka orang, dia dah terer pun. Hanis memang awesome gila. ;)

 .....
Sebelum ketibaan rombongan dari KL.
ahli jong kako hok tokleh arap. haha.

ini melampau. bapak besar blusher dia nak tonyoh kat muka aku. =.='

ketibaan rombongan dari KL.

mak datin selaku penghias utama meja makan pengantin. ;)

Pok Le aku tu kreatif jugak. tengoklah hasil desert dia buat. ;)

pegurus PA system. karaoke mana karaoke?

itu diaa.. taknak komen.


gambar ni kena marah sebab aku tak fokus muka dorang. wekk~ fokus air hijau tu lagi bagus. :p


yaaaaa.. ini dia.. sporting morting punya bonda. ;)

uv filter untuk mata. wakakaka ! :p

aummm..ololo so sweet. :)



.....
 Sesi mencekik versi tak senonoh. Maaflah, memang tak senonoh. =.='





si pendek dan si juling. HAHA. :p
....
Budak-budak ajak shoot dalam hutan. Serius, rasa rindu gila dengan budak-budak kat bawah ni. Waaa rinduuuuu.. Especially baby. Dia ah yang paling respect aku. KAHKAHKAH. Baby baby.. Gedik. :p




For more pictures yang tak cantik, boleh klik kat sini dan juga sini. Terima kasih. :)

Nota Kaki : I miss you alien hijau. :)


Toodles !

4 comments:

Jie(",)v said...

wooo....lawa cikya kitoooo...
shoot nge dslr baru ko mek??

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

woooo nmpk sgt nk menipu . keh3..
dslr oram bui,besar tapak tgn ai tadahkan. wakakaka.. ;)

Unknown said...

huk aloh abe jie ado ko tu..eheh

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

haha..ado tu...ado2. :p
x tringt nk amik gmbr skepim duo aituh, bukti3. haha