Sekali lagi lagu di Talent Night Jumaat yang lepas menjadikan aku obses gila. Dah berbulan-bulan aku tahu kewujudan "Marry You by Bruno Mars" sebenarnya, tapi aku tak layan. HAHA. Kerek gila kan? Orang lain tengah enjoy layan "Marry You" tapi aku setia dengan "Grenade" lagi. Haih susahnya nak move on. Macam nak move on lepas clash dengan boyfriend jugak la lebih kurang, bukan senang kan. Kena ada sebab musabab yang betul-betul kukuh baru dapat move on. Cewah. Okay aku dah move on to "Marry You". Goodbye "Grenade". :p
Bila dihayati lirik "Marry You", boleh tergelak sampai kejang ni. Mana taknya, lirik dia tak boleh pergi der, macam desperate nak kawin. :p "Don't say no no no no no, just say yeah yeah yeah yeah yeah". HAHA. Agak-agak komposer lagu ni single lagi tak? Boleh pulak dia compose lagu macam ni. Serius kelakar dan comel. :) Kelakar kelakar pun takpe, aku suka. Korang suka? ;)
Dalam tak sengaja sebenarnya "Marry You" asyik berkumandang. Nak keluar pergi 7 Eleven yang jaraknya tak sampai 10 minit dari rumah, ada la 4,5 kali dengar dalam kereta. Tu tak kira lagi kalau merayau sampai ke Petronas highway sana. Maunya berpuluh-puluh kali dengar. Dan, tak kira lagi kalau merayau sambil menghabiskan minyak kereta pergi pusing semua desa dalam Muadzam ni. Memang explorace di tengah malam, selagi tu tak pukul 12 malam, selagi tu la merayau mencuci mata. Muadzam bukan ada apa pun, traffic light pun baru naik, nak cuci mata tengok warga bangladesh yang kerja dekat Tunas Manja? Ada la dua tiga ketul yang muka boleh tahan, tapi geli ahhhhh cuci mata tengok bangla. Baik tengok boyfriend sendiri lagi bagus. Tenang rasa jiwa, tersenyum sampai kejang mulut pun bolehhhh. Hah ! Buruk perangai. Nadia lah tu. =.='
"I think I wanna marry you". :p Tengok, dengan aku aku sekali meroyan nak kawin bila layan "Marry You". Gedik tak menahannnnn. Tapi takpe, mulut je yang cakap nak kawin, tapi hakikatnya lain. Kalau bersedia nak makan pasir, boleh kawin sekarang jugak. Hah ! Bukan aku tu. Aku taknak kawin.
Eh ! Silap. Bukan taknak kawin. Tapi taknak kawin lagi. :p Emm... Sudah-sudahlah dengan entry gedik ni. Aku pun dah rasa menyampah dengan diri sendiri. Lain macam je gediknya. Semua kerana "Marry You". Hah ! Salahkan lagu. Buruk gila perangai taknak mengaku salah sendiri. :p
Moh ler layan "Marry You" kejap dekat blog ni. Kejap je, nanti dah bosan aku tukar ke lagu Aizat balik. :p Lagu feveret, mana pernah bosan mendengarnya. Kan?
Nota Kaki : Awak senyum, saya pun senyum. :) Kalau saya menangis, bersedialah nak pinjamkan bahu untuk saya. :) Kejap je, lepas tu saya okay balik. Saranghae. :p
Toodles !



8 comments:
amboi , sejak2 ad partner ni bjiwang aje .
jeles3 !!! =(
haha ;p
nie mesti dah berangan nak kawin..
dh de calon? ;)
misz wanny :
tuh la pasal..haihh..ape nk buat, cool je la. hehehe.. :p
don't get jealous.
emma sardon :
berangan nk kawin tu slalu kak. hehehe...tp kawinnya lmbt lg. :p
uhuk uhuk ! calon ye? ade2. hahahaha
xsbr nk makan nasi minyak eh sero...hehe
amboiiii.......
lajuuuuu nk mkn nasik minyok.
aku wt bekwoh make roti jah pahni.
cicoh gulai. :p
berbunga-bunga yer sekarang..^^,
zack entry :
floweringssss. hehehe
Post a Comment