FOLLOWERS

Thursday, March 24, 2011

1.2.3

 CURRENT MOOD : 

Orang lain tengah perah otak mengadap Macroeconomics, aku nak perah otak untuk blog. Takpe kan takpe kan? Malas gila la nak study Macro, semua sebab carry mark punya pasal. Siapa suruh kau jadi sikit sangat, kan aku dah jadi malas dah ni. Nasib baik kau lebih daripada separuh, kalau tak lebih aku taknak study langsung dah. =.='
.....

Malam kejadian :
Si kawan : Esok mu nok gi pukul berapa?
Aku : Lewat sikit takpo.. Gi awal-awal malas nok dengar ceramoh mudir.
Si kawan : Bereh, nati mu nok turun rumoh mesej katku ah.

Pagi kejadian : 

Aku bangun awal jugaklah. Pukul 10 pagi dah keluar bilik. Tak excited langsung dengan hari kejadian. Mak ayah aku tengah seronok bergurau senda sambil sarapan. Dorang ajak aku sarapan sekali sebelum keluar rumah tapi aku cakap aku taknak makan. Nak cakap diet takut mak aku marah, dia tak suka tengok anak dia kelaparan. Diet kepala otak aku, lepas dorang sarapan, aku pulak yang serang meja makan, makan sorang-sorang. HAHAHA.

Lepas tu aku pergi iron baju kurung. Hari ni kena jadi sopan sebab nak masuk perkarangan sekolah agama. HAHA. Tengok, tak ikhlas kan? Tipu je, 5 tahun jadi budak sekolah agama, pakai baju kurung pergi sekolah tu benda biasa. Dalam masa tu jugaklah makcik-makcik aku duk sibuk call mak aku tanya result aku dapat berapa, padahal time tu baru pukul 12. Memang result dah keluar, tapi aku forward mesej dekat semua makcik aku, aku kata ;

Result taktau lagi sebab tak pergi sekolah lagi sebab takut nak ambik result sebab takut abah marah sebab result sikit.

Makcik-makcik aku gelakkan aku. Apa jadah dorang gelak macam tu, aku cuak gila bukan dorang tau pun perasaan aku tatkala jam 12 tengahari tu tiba. Aku bersiap ala tak kadar sebab aku pakai eyeshadow time tu. Haa kau tau apa, aku pergi ambik result SPM pakai eyeshadow. Biar orang lain pakai mekap tebal 5 inci pun. Aku rasa time tu aku selekeh gila, bedak setempek, eyeshadow samar-samar. Budak perempuan lain semua cun melecun macam opera cina. 

Eh opera cina cantik kau tau. ----->Adik aku yang cakap. 

Pukul 12.30 tengahari abah aku hantar aku pergi sekolah. Time tu aku dengan sorang bestfriend aku ni je yang baru nak jalan terkedek-kedek masuk pintu pagar sekolah.


Cuak nak ambik result + gabra + takut sebab sampai lewat + segannya budak lain pakai tudung labuh tapi aku tudung biasa + malu nak jumpa kawan lelaki mesti dia nak puji aku cute

Perasan? Memang la. Sengaja aku buat statement nak mempoyokan diri. Jangan korang nak termuntah pulak. HAHA. Aku dengan bestfriend aku tu jalan sampai ke kantin. Time tu semua student dah berkumpul kat kantin, cikgu-cikgu tengah bagi ceramah. Haih aku pergi lewat pun ceramah tak habis lagi. Tension betul. Tapi tak ramai pun student time tu, maybe dorang nak peram result dorang lama-lama baru nak datang ambik. Aku salah seorang student yang bagus jugak laaa, datang ambik result on time. KAHKAHKAH pedih gila statement ni.

Aku baru je landing punggung atas kerusi, mudir dah habis bercakap. Yeah ! Inilah masanya nak pegang slip SPM. Aku rasa sebelum keluar rumah tadi aku dah kencing 3,4 kali. Tapi time tu rasa nak terkencing lagi. Nak-nak lagi si bestfriend aku tu duk peluk-peluk aku sebab takut dengan result, lagi laa aku rasa nak terkencing, geli geleman. Aku tak berapa suka main peluk-peluk sesama jantina ni (bongkak gila statement ni haha).

Sapo-sapo hok ado ssakut ute nga cepgu kelah ko, tok atar buku hok pinje kat pustako ko, silo buat gapo hok patut, metidop sayo tok bui result sep awop sebab senarai namo hok tok settle masaloh ado nga sayo loni..

Sesiapa yang ada hutang dengan cikgu kelas, tak hantar buku yang dipinjam kat perpustakaan, sila buat apa yang patut, jika tidak saya tak akan bagi result awak semua sebab senarai nama mereka yang tak settle masalah ada dengan saya sekarang..

Cuba tanya aku. Ada hutang tak? HAHAHA jawapannya ya ! Hutang RM230 dengan cikgu kelas malam. Rasa macam nak kena sawan gila babi time tu sebab aku tak ambik kelas malam kat sekolah, tetiba dia rekod yuran aku. Puas aku pompang pompang pompang berhujah dengan cikgu, ditemani saksi-saksi, akhirnya aku menang macam menang kes mahkamah. Fuhh lega. Angin satu badan jugak sebenarnya. :p

Aku pergi ke depan dimana cikgu tengah beratur nak bagi result. Aku ingat lagi, cikgu-cikgu yang pegang slip SPM time tu bukan taste aku sebab cikgu Add Math, cikgu Kimia and PK 1 antara mereka yang pass slip SPM. Cuak gila nak ambik slip dengan cikgu-cikgu yang mengajar killer paper aku. Muka dah pucat, kalau result teruk, confirm dimalukan kat situ jugak ! Nasib baik ada kaunselor yang aku panggil papa, dia yang panggil aku.

Nadia, ambik result doh ko? Mari check nga papa ni, budok 5IK mari ambik nga papa.

Alhamdulillah. Terlepas azab daripada face to face dengan cikgu Add Math dan cikgu Kimia. Lepas aku sebut nama penuh aku dekat papa, dia cari slip SPM aku. Aku jeling-jeling tengok kat mana laa slip exam aku sebab orang ramai sangat duk tolak-tolak aku. Habis melekat semua jenis bau perfume. Kalau aku mengandung time tu, memang termuntah hijau la atas baju dorang. Bau macam petai pun ada. Petai laris di New York sebab perfume dari New York lah katakan.

Dari jauh aku nampak papa pegang slip SPM aku, nampak berketul-ketul A. Boleh dah nak senyum sebab nampak macam banyak je. KAHKAHKAH berlagak gila. Tapi bila papa bagi, aku bawak lari jauh-jauh dari semua orang. Tapi macam nak menitis airmata tengok result bahasa arab tinggi dengan add math macam hancur digilis keretapi. =,='

Alhamdulillah lah jugak. Aku bukan usaha gigih pun. Aku bukan best student pun. Aku bukan excellent mana pun. Kalau exam tiap-tiap bulan, ranking dalam kelas bolehlah nak bangga, top 5. Tapi kalau ranking keempat-empat kelas, bepuluh-puluh jugak. HAHAHAHA. Nak senyum taknak senyum tapi senyum je lah. Rezeki aku mungkin setakat tu je. At least kawan-kawan yang lain ramai mengucapkan tahniah sebab result aku tinggi daripada dorang ;

Banyok doh tu. Banyok pado sep-sep aku. Tahniah Nad. Tahniah. 

Jeles semestinya ada. Bila ada sorang classmate aku dapat 10A. Dan ada lagi dua tiga orang dapat 8A and 7A. Aku pun dah lupa dia silap kat mana, subjek BI kot yang dapat B. Kalau tak, dah straight A, bolot terus 11 subjek excellent. Tapi serius dengki gila dengan dia. 10A kot. =.='

Tak puas hati pun sebenarnya sebab result tak cantik, macam-macam huruf ada. Tapi takpelah, aku redha. Dah capai target pun.. Hope mak ayah aku okay bila dapat tau.

Lepas settle semua, pompang pompang pompang dengan cikgu Add Math sebab subjek dia aku teruk sekali, agak malu disitu tapi dia rileks saja gosok kepala aku suruh usaha dengan lebih gigih dimasa hadapan. Hehe. Caring gila sir aku time tu. Aku call abah, cakap nak balik dah. Tak larat tunggu lama-lama, kawan-kawan semua dah balik.

Aku masuk dalam kereta, mak ayah aku dua-dua ada. Dorang senyap tak kata apa-apa. Tunggu aku bersuara je. 

Kaklong dapat 6A. Je. Sikit, tapi takpelah..

Mak ayah aku cium pipi aku. Kiri kanan. Hohoho. Best ada orang cium pipi yang cacat ni. 

Bagus anak abah. Dah lepas la tu target abah bagi ko Kaklong. Atas pada 5A kan abah nak. 

Aku balik dengan perasaan yang gembira sebab mak ayah aku gembira. Tak straight A pun takpe, asalkan dah capai target kira ok lah tu. Jeles dengan orang lain tapi bangga dengan diri sendiri sebab aku tak pernah dapat A sejarah woiiiiii. Dalam kelas, aku antara yang tersikit. Asyik dapat 50-60 je. 

Oghe buleh 6A jah. Belanjo KFC blako. 

Lepas aku forward mesej tu kat semua makcik-makcik aku, takde sorang pun yang reply kat nombor aku. Semua reply kat nombor mak aku, suruh ucap tahniah, 6A itu sudah bagus. Aku tahu dorang taknak reply kat nombor aku sebab taknak belanja aku KFC. Benci dorang. HAHAHAHAHA.


Lepas ambik result, balik rumah, terus pergi jalan-jalan kat KB Mall dengan makcik aku. HAHA. Tengok muka aku, gembira tak? Orang lain lagi lagi gembira dapat 11 A.

Itulah kisah aku dan result SPM. Secara peribadi, aku berpuas hati sebab result trial exam aku dapat 3A je (BM, BI, PRINSIP AKAUN). Bila dapat result SPM, dapat double (BM, BI, PRINSIP AKAUN, MATH, SEJARAH, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah). Add Math, Kimia, Fizik, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah tak payah cakap. Kalau boleh aku taknak pun ambik subjek sains sebab tak suka. Tak sia-sia aku tukar aliran dulu. Siap buat solat istikharah mintak petunjuk. Sempat belajar Biology beberapa bulan masa tingkatan 4, tapi cannot go la, aku tak faham, so aku mintak nak tukar masuk kelas akaun.  Tapi Fizik dan Kimia harus stay sebab subjek wajib. Ok laa fine. Sampailah sekarang i'm stick with subjek debit credit ni.
Tarikh keramat result SPM aku jatuh pada 12 March 2008. 

Nota Kaki : Glepar dudey dudey nak tengok balik cerita My Gf Is A Gumiho. Aaaaaaaaaa.. Berpuasa daripada tengok cerita korea, taktau sampai bila sebab external hardisk yang penuh dengan benda lagha ni di bawah jagaan kanda. Dia pulak yang excited tengok korea drama. Padan muka awakkkk. Orang dah kata, jangan mula tengok, takut nanti ketagih. 


Toodles !

3 comments:

Jie(",)v said...

xtgk ag ko my gf is gomiho???Tgk ahhhhh..sedappppp!!!!!!!
hahahahaha...
heroin 2 jns pipi cacat po ya ah :P

Jie(",)v said...

xtgk ag ko my gf is gomiho???Tgk ahhhhh..sedappppp!!!!!!!
hahahahaha...
heroin 2 jns pipi cacat po ya ah :P

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

hahaha ! tgk spuloh kali doh jie comam weh..
tp biaso laa..oghe laki ni lambat pikap skit cito2 korea ni.
duk bobey2 tanyo oghe gano leh jadi gitu, gano leh jadi gini.
oghe pom nyetok nk tengok utk kali ke 11 la pulop ni. adehhhh..
x puah ati duk crito kokre, kito nk tgk ugop. HAHAHAHA...