FOLLOWERS

Thursday, March 31, 2011

10 minit je nak buat entry ni.

Assalamualaikum. Selamat pagi. Selamat hari Khamis, dan selamat segala-galanya. :) Cik Nadia bersiaran dari Lot 5549, dah sampai Klate woi. Bahagia gila aku rasa. Heh kawan-kawan yang tak habis paper lagi sila jeles, sebab ini entry untuk jeles (a little bit). Selalunya kitorang budak akaun ni je yang selalu tercongok balik lewat, semester ni kira korang take over la pulak ek. Adil la tu adil la tu. Hik :D


Dan bahagia juga rasa bila dalam bus tak ramai orang. Dengan muka selamba badak aku cari double seat yang kosong sebab nak baring. Woah heaven gila, nak-nak lagi aku ada geng nak bersembang. Bukan penumpang bus ye, tapi pemandu bus. Haish aku cerita potpetpotpet kat abah aku apa yang jadi dalam bus, abah aku kata "kaklong ni terlebih peramah la, jak kecik pah besar, kalu dari Pasir Puteh nak sampai KB, meme tok dengar suara oghe lain la, suara dio jah duk tanyo gotu tanyo goni, cerito gotu cerito goni.." Aku dah tau aku memang camtu, so kita buat muka donno je okay. :) He knows her daughter very well. Pipi abah bau wangiiiiiii.. !! Muah muah. Hehe.

Pakcik driver memang boleh geng la dengan aku. Semua jenis bus aku naik, pakcik bus mesti interested nak bercerita pompang pompang kat aku. Haih nasib baik aku ni jenis boleh bawak bersembang. Takde laa sepatah dia cerita, aku senyum angguk-angguk je kan. At least patah-patah perkataan aku lagi banyak daripada dia. Kuang3. Hadap la kau. Last-last, "pokcik nok tido doh.." HAHA. Dia surrender. I told you.. :p

Hasrat hati nak bergelumang dengan katil dan bantal dan doraemon dan selimut pink baru yang tiba-tiba muncul atas katil. Euww geli lah selimut pink. Tapi takpe, sebab dia cantik ada bunga-bunga, aku buat alas bontot jap sebab karpet dalam bilik tiba-tiba hilang. Sejuk gila lah online atas lantai. Huuu.. 

Okay sudah sudah. Got to go. Nak ajak abah keluar, boring duduk rumah. Hish. Nasib baik abah mengajar sesi petang, so aku ada teman setiap pagi. Yeayy !! 

There's a colourful life when we put ourselves besides our family. :) Home sweet home Nadia. 

Nota Kaki : Tak sampai sehari duduk rumah, dah rasa rindu dengan budak 3 ketul tu. Waaa. Sebulan cuti, merana jiwa lah aku rindu kat korang camni ! Take care Watip, Intan, Ipah. I'm gonna miss you. Cuti dua minggu pun dah resah gelisah sebab tak bertentang mata. Haha ayat bajet bagus. Bye !



Toodles !

1 comment:

ZACK ENTRY said...

best la dah cuti..^^,