FOLLOWERS

Wednesday, December 8, 2010

Ulan Problema. Pergh !

Assalamualaikum dan selamat petang.

^%&$#*@!^&$*#(@&$*#@(!#@!$%^&*()(*&^ !!! choi !
Bukan nak mengamuk, jauh sekali nak merepek merapu.
Cuma, nak meluahkan ketidakpuasan hati dan juga bebanan dalam kepala.
Kepada yang berkenaan, silalah terasa dengan entri ini.
Mungkin anda salah seorang daripada mereka yang boleh hulurkan tangan ringankan beban.
HAHAHA. Dapat pahala free. Taknak? =p

Kepada insan yang bijak pandai nak korek rahsia elaun bulanan Cik Nadia dengan menggunakan keywords "elaun mara lewat", terima kasih diucapkan. =.=' Terkejut aku tengok dekat nuffnang, ade jugak orang search pasal ni? Begitu mengambil berat beliau terhadap kewangan aku. (sibuk je..)

Tak payah susah susah nak search, aku tak buat pown entri elaun mara lewat walopon die memang lewat bulan ni. Lewat 3 hari daripada tarikh biasa. Tak mengapa, hari tu aku ikat perut selama 3 hari walopon bedal nasik dua kali sehari. =.=' Banyak sangat dugaan, tak jadi jugak aku nak diet. =p

Bila bukak semester baru, memang semua student ditimpa bebanan kewangan yang melebihi expectations mereka. Aku pun tak terkecuali. Sebab, kami semua merasa benda yang sama !

Walaupun duit rumah masih lagi RM200 sebulan, tapi dari zaman foundation time umur aku 18 lagi aku tak setuju ! Setiap kali nak membayar sewa, hati macam kena goreng je. RM200 per student, satu rumah admin Uniten dah dapat RM800 sebulan. Perghh.. Kaya kau ! Jom ah kawen dengan aku admin sekalian.

Keduanya pulak, lecturer terkadang begitu mendesak student supaya beli buku teks. Kalo buku teks tu harga tak lebih RM50 sebijik mampu lagi laa aku nak baham sampai 6 bijik sebab 6 subject per semester. Ni kalo dah satu buku harga cam cipan nak import dari oversea, satu buku RM100 and above, anak PM pun merungut. Memang laa tu ilmu, tak ternilai harganya, tapi kalo duk push orang suruh beli, sape plak yang nak nilai tahap kegilaan dan kesakitan jiwa kitorang? Lecturer? Mimpi la kau.. Ade jugak lecturer yang berpesan, if saya nampak u all bawak buku yang difotostat, saya akan rampas, sebab itu adalah plagiarism. Cis.. Dan peraturan semakin ketat, dimana kitorang semua tak boleh fotokopi buku buku teks. =.=' Sudoh doh laaa.. Mara bagi elaun buku bukannya beribu, RM600 setahun je. Kurang cukup nak beli semua buku teks yang lecturer suruh. Padahal tak guna sangat pown buku tu, buang duit je..

Ketiganya, aku percaya dengan desas desus yang duk melayang di udara segar Uniten dalam utan ni. Memang akan terjadi kalo ade khabar angin. Konpem ! 3 tahun aku jadi warga hutan belantara, memang masin laa udara udara kat sini nih. HAHA. Desas desus mengatakan, sistem topup elektrik akan dilaksanakan. Cam taikk laa. RM300 per month. Gile? Kalo hidup tak guna elektrik takpe la. Masalahnya dalam rumah aku ni serba barang elektrik ade. Peti ais, televisyen, washing machine, water heater, kipas, lampu, iron, soket pun banyak. Laptop plak sepenuhnya bergantung kepada elektrik sebab tak suka guna bateri, nak caj handphone lagi. Tu bukan ke elektrik namanya? Silalah total up sendiri berapakah aku akan habis sebulan semata-mata untuk penginapan di apartment bujang. Cam taikkk lagi sekali.

 Keempatnya, yuran pengajian akan naik. Yuran aku sem ni berjumlah RM4774.50. If mereka nak mark up yuran, semua diluar jangkaan aku lah nampak gayanya, mungkin bertambah jadi RM6000? Kalo begitu, eloklah aku panggil Yahudi mari bom Uniten dengan segera. Bukan bersekongkol dengan Yahudi, tapi nak membantu admins universiti daripada terus berbuat dosa memakan duit haram, iaitu duit student yang sedang berjihad menuntut ilmu (gapo laa aku ngarut nih).

Dari mula masuk Uniten, agreement dah termeterai dengan main sponsorship kat universiti ni spt YTN (Yayasan Tenaga Nasional), PTPTN, MARA, JPA.. Mengikut agreement aku, 5 tahun aku belajar kat sini dibekalkan dengan wang ringgit berjumlah RM82,800. Jadi, kalo Uniten mark up yuran, at the end of the year (final year), mana aku nak cekau duit bayar yuran sume kalo dah 82k tu kering kontang? Sponsorship tak bertanggungjawab if yuran melebihi had pembiayaan dalam agreement. Sakit derr.. Uniten memang 'sangat baik'. Terima kasih Uniten.

Begitulah bebanan kewangan yang dialami. Pada awalnya, kewangan tidak menjadi masalah. Kitorang dah sedia maklum, Uniten ni private university, top 3 in Malaysia, swasta, dan sudah ready dengan hujanan yuran yang mahal. Tapi makin lama makin menjadi-jadi. Anak Dato' pun tak tahan der. Ni kan plak aku anak orang kebanyakan, yang bukan dari golongan jutawan. Admin makin tamak.

Student dah ramai yang blah. =( Semakin hari semakin hilang wajah wajah yang dikenali. Kalo aku tanya, Dolah pegi mane eh? Lama tak nampak. Kawan kawan menjawab, ohh Dolah dah blah dari Uniten, tak leh nak carry laa yuran mahal sangat. Setiap hari, pasti akan mengeluh. Bukan mengeluh sebab takleh nak carry subjek, tapi mengeluh sebab sedih melihatkan sistem pengurusan yang begitu kotor dan hitam. Dorang sedar ke tak duit dorang bagi anak bini makan tu duit haram? 

Sudahlahh encik encik sekalian.. Nak tunggu Uniten masuk paper disebabkan kes sedut duit baru nak insaf ke? Tak serik lagi ke dengan tangkapan yang dibuat tempoh hari? Masih ramai lagi dalang dalang yang tersembunyi. One fine day, aku nak tengok dorang ni tertangkap jugak.. Mak bapak aku kasi duit untuk perbelanjaan aku, bukan nak sara hidup mewah encik encik sekalian. Mati rrr..

Oleh itu, ibu bapa diluar sekalian, tolonglah faham keadaan anak anak kalian. Kitorang mintak duit banyak banyak bukan nak berjoli, bukan nak menyalahgunakan duit tu, tapi sara hidup kat universiti ni sangat tinggi. Sara diri tak kisahlah sebab dah besar kan, pandai pandai la bawa diri, tapi dengan keadaan di universiti yang mewah ni (haha), kitorang terkadang terpaksa mintak pembiayaan tambahan daripada ibu bapa masing masing..

Mungkin ada juga ibu bapa yang salah faham dengan keadaan ni. Ada yang tak percaya dengan anak mereka sendiri. Tapi, bukti dah jelas, Uniten sangat melampau. Aku pun terkadang terpaksa mintak mak bapak support duit duit yuran yang lain (haha). Kalau terdesak baru aku mintak, tu tandanya kitorang tak menyalahgunakan duit tu. Selagi tu ada duit, selagi tu la guna duit sendiri. Kitorang tak berniat pun nak menyusahkan ibu bapa masing masing. =) Tapi setakat ni alhamdulillah, mak bapak aku memahami.. Aku mintak, dorang bagi. Tak banyak bunyi macam mak bapak orang lain yang marah marah anak sebab tak berjimat. Jika di Uniten, berjimat macam mana sekalipun, pasti akan ada kekangan kewangan. Percayalah ! Walaupun aku taktau apa sebenarnya yang tersedip dalam hati dorang, aku tak kisah sebab aku tak buat salah.. Aku tak menipu.

Saranan aku untuk budak budak SPM yang dah nak habis exam tu, kalau nak pilih tempat lanjutan pelajaran korang, amik berat dulu tentang kemampuan masing masing. Aku bukan ape, taknak tengok ada yang berhenti separuh jalan. Sedih tau tengok kawan kawan yang berhenti separuh jalan ni. Dengan sijil foundation, universiti mana yang nak amik korang sambung belajar? Ijazah baru separuh jalan, korang dah stop. Jadi, kelulusan korang setakat sijil asasi je. Tak laku tau tak.. Lain la kalo ade sijil matrikulasi.. Itupun susah nak apply universiti lain. Kalau rasa kurang berkemampuan, better korang letak Uniten sebagai last choice.

Aku sendiri pun semput semput ni ha. Walaupun aku MARA holder, tapi tetap rasa semput gak. HAHAHA. Tapi sape yang masuk sini, sangat untung kalo nak bandingkan dengan tempat lain. Sebab tu la Uniten ni special, mahal untuk kebaikan yang lain. =) Aku kira bersyukur laa ni dah 3 tahun jadi warga Uniten, berbaki lagi setahun setengah. Marilah kita pasang cita-cita baru kerana jalan yang terbentang kat depan dah jelas. =) Dulu aku tak tau apa hala tuju, tapi sekarang aku dah tau.

So, aku bukan nak condemn Uniten ea.. Kang tak pasal pasal aku kena kick. Aku cuma nak cakap ape yang aku cakap kat atas tu je. Dan masih lagi bersyukur, sampai ke tahap ni sokongon daripada mak bapak aku masih kuat. Aku pun tak paham laa.. Sedara mara aku suka sangat tengok aku duk Uniten nih. Ape kes? Uniten bukan universiti oversea. Uniten hanyalah sebuah universiti yang dijana oleh satu entiti yang memonopoli Malaysia, iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB). Dan yang pastinya, aku sangat CEMBURU tengok adik lelaki aku, si Faris tu duk UiTM. Sangat. Kadang kadang nak nangis gak bila abah aku kata. "anak pompuan belajar jauh, anak laki duk tepi umah je. nak buat macam mana, dah rezeki masing masing. Tuhan dah tetapkan hala tuju anak anak abah.." Ouchh ! Sayu. Dan semestinya, aku sedih sebab sepatutnya aku laaa yang duk UiTM tu ! Hukhukhuk..

Nota Kaki : Muadzam Shah dah ada traffic light okay ! Dua simpang jalan dah didirikan dengan tiang lampu bermata tiga tu. HAHA. Satu kebanggaan untuk orang Muadzam. Semakin maju nampaknya.


Toodles !

9 comments:

It's her blog. said...

MARA x support yuran eh? mahalnyee smpai 4000+.

Unknown said...

pergh entry terpanjea plok doh..ahahaa...mecok molek deksu kito

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

wn nabila :
82,800 tu skali ngn yuran la tu.
tp kalo dh mark up byk sgt, dluar pmbiayaan mara, mane nye die nk support lebih2, dh sign agreement pn, cukop2. 4000++ tu standard fees kt uniten.

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

sekuk tawa :
x mecok eh, taip jah.

Anonymous said...

Nice Post!!
Btw,this is one of the truly great blog :
www.fdausamad.blogspot.com
Just baca 4-5 entry, sure jadi ketagih..
Im not kidding dude!!!

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

i give a name, "dialog blog" for that blog.
hahahahaha.. nice as well.

caliph shuriken said...

pnah singgah uniten dulu, x sngka yuran mahal cmni, huh...

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

caliph shuriken :
byk benda yg org luar xtau tentang uniten. :)

Anonymous said...

Nice post!!
Btw, this is one of the truly great blog :
www.fdausamad.blogspot.com
Check it out!!!
Juz bace 4-5 entry, sure jadi ketagih. Im not kidding dude!!!