FOLLOWERS

Monday, December 6, 2010

Membawa diri...


Iklan sampingan. Pembuka entri. =p
Assalamualaikum and a very good evening to all. Anda sihat? Anda bosan? Hehehe..
Berdasarkan pemerhatian Cik Nadia, anda mesti bosan giler weekend yang lepas kan?
Sebab, blog anda anda semua ni banyakkkkk sangattttt post baruuuuuuu.
Rajin anda semua mengupdate blog. Selang dua jam mesti ada post baru.
Semua best best and Cik Nadia taknak ketinggalan dengan cerita cerita daripada anda semua !

Heh. Say thanks to me sebab jadi penunggu setia duk baca blog korang sampai lebam. =p
Cik Nadia tak larat nak baca sebenarnya and terpaksa postpone sebab sekarang tengah busy dengan class, ke hulu ke hilir tak menyempat nak bertapa dalam blog korang.. Tapi sume tu wajib baca ! =)

Bukak blog si A, entry die dah cecah angka 7 untuk weekend sabtu ahad yang lepas.
Bukak blog si B plak, entry die panjang berjela bercerita tentang cuti semester yang sedang berlangsung. Bukak blog si C, entry tak habis habis dengan cerita putus cinta. Haih meruntun jiwa. Cik C, if u let yourself down, it's your own mistake la dear, u ought to be ashamed of yourself. Betul tak? Itu kesilapan sendiri la, nak sedih pun berpada-pada ok my dear? I'm used to sit in your place. Memang rugi la sayang, membuang masa, membuang tenaga, dan membuang segala peluang yang datang depan mata kita. Rugi.. Takkan dah 4 tahun putus cinta tapi hidup meroyan nak kat laki tu lagi..? Tak patut tau.. My mother cakap, "jangan jadi bodoh duk tunggu orang yang taknak kat kite." Ini betul-betul, tak reka, tak tipu pun. She used to say like that to me. I repeat, she used to say like that TO ME. Huhu..

Orait, sebenarnya taknak kasi panjang entry ni. HAHA. Nanti membosankan. Ok, 3 hari Cik Nadia tak wujud di dunia maya. Selama 3 hari tu jugaklah inbox facebook Cik Nadia dipenuhi dengan pertanyaan. "kat mane..? Asal tak nampak kat kampus..?", "kenapa tak update blog pasal Muadzam Shah takde air?", "ko kan selalu buat status menyakitkan jiwa, asal tak post status ko sakit jiwa dengan keadaan kita yang kering kontang ni?", "rindu nak tengok gambar profile awak dekat YM, nape tak on YM..?", "macam lama je cik nadia tak online. senyap sunyi je.. sihat tak?".. HAHA. Comel ok mereka mereka ni sume. Tergelak sorang sorang baca inbox dorang nih. =D

Terima kasih diatas pertanyaan korang. Nampak sangat korang sayang kat aku kan? HAHAHA. Sebenarnya, memang aku menyepikan diri dari dunia maya selama 3 hari. Haih.. Berlagak je bunyi. Baru 3 hari. Orang lain menyepikan diri setahun lebih pun tak kecoh kecoh cenggini. =p

Khamis yang lepas, Muadzam Shah dilanda kekeringan air. Bukan kemarau, tapi entahlah, aku tak baca notis yang dorang tampal. Tapi yang pasti, ia berkaitan dengan masalah ketiadaan air. Nak kencing, nak berak, nak mandi, nak amik wudhuk, nak basuh pinggan, nak rebus air, nak cuci tangan, sume terbantut. Terpaksa menumpang air kat rumah kawan. Tapi, bila dah satu kampus nak menumpang rumah kawan yang ada air, sah sah la rumah kawan tu pun kering air ! Ceit..

Jadi, tanpa berfikir panjang, hari Jumaat yang lepas, aku dan housemates (Awatif, Intan, Sharifah) packing segala benda keperluan, kain baju, melarikan diri dari Muadzam Shah. Gaya macam nak lari rumah dah nih. Kelam kabut. Macam Muadzam Shah nak ditimpa bencana besar, padahal takde air je pown. HAHAHA. Lagi sekali, tanpa berfikir panjang, lajuu je kitorang pegi Kuantan, and lajuuu je kitorang check in hotel di dalam bandar Kuantan. Member yang lain ade yang kate, "daringnye korang.. take care ok.." Yes, bila kitorang bekerjasama, memang kitorang berani. Pesan mak ayah aku, nak pegi mana mana boleh, asalkan pandai jaga diri.. Itu je. And, aku simpan pesanan tu sampai akhir hayat insyaAllah. 

Tak perlu takut, tak perlu gusar, Allah sentiasa bersama. That's why ramai orang pelik ngan aku ni, nak balik kampung pun berani naik bus sorang sorang. Malam plak tu.. Em.. Bukan nak kata aku over berani, tapi bagi aku, there's no point nak takut. Memang la aku seorang perempuan, secara tidak langsung, sifat takut takut tu ada and aku terdedah kepada bahaya. Banyak sangat ! Tapi, cubalah pupuk dalam diri, hidup harus berdikari, hidup harus berani, hidup harus bersama yang Esa. InsyaAllah kita sentiasa berada di dalam perlindunganNya. (padahal dalam hati dup dap dup dap takut jadi benda benda tak elok. haha)

Haish.. Perasan tak? Aku dah mula merepek tu. Okok, sambung cite kat Kuantan. Kitorang check in kat Luxury Hotel, berjiran dengan East Cost Mall. Perghh.. Terbaekk lah. Makan, minum, buang air, sume dalam mall. HAHAHA.


'Lari dari rumah' selama 3 hari 2 malam sangat menguji kesabaran kitorang berempat. Banyak dugaan yang datang. Kejadian di mall, keadaan di hotel, berhadapan dengan orang ramai yang kelam kabut, nak makan nak minum. Sampaikan kitorang acap kali mengeluh "asyik tak bernasib baik je kita ni..". Tapi, tu pengalaman.. Best bila banyak pengalaman dalam hidup ni.. Betul tak?





3 hari 2 malam membawa diri ke Kuantan memang tak cukup untuk kitorang melakukan aktiviti kegemaran - movie marathon. Tak cukup ! Disebabkan tiket banyak yang sold out, orang beratur panjang, memang tak terlaksana nak marathon jauh jauh. HAHA. Cukup dengan 3 movie yang sempat kitorang tengok di GSC. Kuantan tu memang rumah kedua bagi kitorang student UNITEN ni. Jarak dua jam tak menghalang kitorang ulang alik pegi situ.

Korang sume dah syok syok tengok Harry Potter and The Deathly Hallows, aku pun taknak kalah der. Nak tengok jugak. Aku expect, adrenalin aku berada dalam tahap yang membanggakan kalo aku tengok  yang 3D punya. Sebab movie ni serius best, suspen and segala macam lagi. Maunye aku terkejut selang 5 minit kan? HAHA. Tapi dukacitanya, kitorang tengok movie biasa je, non-3D. Cite die actually membosankan sebab skrip takleh blah nak adegan bercakap cakap je. Maksud aku kat sini bukanlah aku nak tonton adegan adegan lucah 18sx tu sume, tapi tak thrill la kan, hero asyik berbincang, bersembang, merepek repek. Kita expect filem pujaan ramai ni seronok, suspen macam cite KL Drift (haha). Tapi aku rasa, kemuncak best die tak sampai lagi kottt sebab ni baru Part I. Tak sabar nak tunggu Part II next year. =) Ape ape pun, aku rank this movie 3 out of 5 stars. Ok?


Emma Watson cun gilerrrr kau tawu. Rasa macam nak ngorat ngorat je die ni.

Bila dah terlepas 3D untuk Harry Potter, aku memang taknak lepas peluang nak tengok filem 3D yang lain. Luckily masih ada filem 3D yang available minggu tuh, Rapunzel and The Chronicles Narnia. Unluckily, Narnia sold out. Memang hot gilerrrr la cite tuh.. Rapunzel 3D tu selling fast dah, sib baik sempat beli tiket.
iklan model 3D jap. HAHAHA.
time ni rase macam heaven gilerr r weh.. sampaikan aku masuk dunia khayalan Rapunzel. Heee..
Rapunzel and her mother, Gothel. Mak die bukan ahli sihir, bukan watak antagonis sangat pun, tapi selfish.
Emm.. tower. Tower ni gilerr tinggi. Rsa macam dalam mimpi je tengok surroundings umah die.
Ini palace horse bernama Maximus. Kuda ni sumpah kelakarrr. Satu panggung gelak sakan tengok scene die. Terbaekkkk...
Haa..ni lagi sekor. chamelion peliharaan Rapunzel. Ni laa member die dari kecik sampai laa umo 18 taun. menatang hijau nih super duper klakar gak. sakit perut kitorang bantai gelak . hahahahaha
Aku bagi 4 out of 5 stars untuk Rapunzel. Sesape yang tak tengok lagi, pegi la ke panggung wayang berdekatan untuk tengok cite ni. Amik yang 3D lagi syokk. Rasa macam berada dalam dunia dorang jugak. And kitorang rasa nak tengok lagi sekali cite nih. Sangat best ok? =)

Ape yang mengecewakan aku, filem The Social Network. Kitorang sanggup stay up late night semata-mata nak tengok midnight movie - The Social Network. Sebenarnya ade cite lain lagi, tapi entah kenapa buta hati sangat nak tengok jugak cite nih. Tup tup tup, tak sampai sejam cite berlangsung, kitorang blah. Ngantuk giler babeng. Plus, cite ni boring gilerr. Tak logik sangat der, sejam pertama watak dalam cite duk bersembang depan laptop je. Memang la cite die pasal networking sume nih, Mark Zuckerberg create social network, Facebook. Tapi sangat tak best bagi aku. Takde motif. Frust tengok cite ni, keluar panggung dah la nak nak kul 2pagi sebab tertipu ngan iklan cite yang ade Justin Timberlake ni. Padahal watak tu ciput je aku rase. I rank this movie 0.5 out of 5 stars. =.='

Cite ni dapat 0.5 bintang daripada aku sebab ade mamat hensem tuh. Yang lain nehi nehi nehi !
Personally, director cite ni memang power. Memang power dengan ilmu teknologi. Sape yang minat IT ni leh la slow slow tengok The Social Network. Tapi nak tiru jangan harap laa eh, Malaysian Law tak same dengan omputih punye.

Sekarang memang tengah kecoh kan pasal filem pencipta facebook, Mark Zuckerberg nih. Tapi, saranan aku, takyah laa tengok movie ni. Tak best. Aku pun tak paham kenapa movie boring cenggini bleh masuk panggung. Mungkin kerana fenomena facebook sekarang kot? Facebook makin glemer, so dorang bajet filem ni glemer gak laa kat cinema sebab movie berkaitan dengan FACEBOOK kannnnnnnn (takde perasaan). Same je macam 2 ALAM. Kahkahkahkah. Filem 'terbaik' 2010. =p Konon pecah panggung dengan kemunculan 2 ALAM tu. Padahal penonton penonton filem tuh sume dah pecah punggung duk dalam panggung tu, terpaksa blah awal. =p

Orait, 3 hari 2 malam kitorang jugak diisi dengan makanan makanan best. Kitorang memang melarikan diri dari rumah, tapi tanpa disedari, kitorang semakin menambahkan berat badan dan menghabiskan duit. Nak buat macam mana, ni je pilihan yang ada. (padahal kat food court mall pun bleh makan)

di Laksa Shack kitorang makan tengahari, makan malam. banyak habis duit kat sini, sebabbbbb...


Terbaekkk tak harga die? HAHAHA. Mau mati kekeringan duit kalo setiap hari makan kat Laksa Shake.

Ini namanya Laksa Nyonya Melaka. Sedap dan pedas dan sedap. HAHAHA. Amik satu set jimat beberapa sen. =.='

Ini Nasi Ayam Lemak Cili Padi, harga RM16.90. First time makan nasik yang berlaukkan ayam yang sangat gebuuuuu. Tak rugi kalo try. Dan aku memang suka mencuba. =)

Laksa Sarawak.

Haa.. Ni la bentuk rupa Laksa Nyonya Melaka yang aku makan untuk dinner. Sedapp. ;)
Laksa ape ntah. HAHA. Tak ingat nama die.

Pegi ECM, tak sah kalo tak masuk Red Box nak berkaraoke. Actually, kat tempat karaoke ni sangat ramai family. Bukan nak kata remaja je, mak bapak yang bawak stroller baby pown ramai ! Kesiann dekat baby tu, nanti besar mesti pekak telinga die dengar family die terpekik in room.


Britney Spears for me. =) Bestt woo karok lagu die.
HAHA. Legend. Nampak tak Achik Spin tu? Feveret member member aku. Antara lagu wajib if nak karok.

Niat dihati nak tebus baucer pizza hasil daripada pembelian Hot Ticket. Tu housemate aku punye keje. Last last tak tertebus pun. Tapi sempat menghabiskan duit di Pizza Hut walaupun semua hidangan habis, yang tinggal hanyalah spagetti cheese. Erkk.. Muak der. Weekend cenggitu memang Pizza Hut boleh dapat net profit cecah berpuluh ribu ribannnn.


Ahad tengahari after check out from hotel, pusing pusing bandar Kuantan sebelum pulang ke Muadzam Shah. Setibanya di Muadzam, masalah ketiadaan air dah settle katanyewwww. Ok, settle.. Memang settle. Confirm settle. Tapi, bila bangun pukul 7.15 pagi semalam, housemates jerit "takde air lagi wehh.. !!" Aiii..cilakak betul lah, kate dah settle 2hb hari tu?

Dan hari ni, masalah air berlanjutan lagi... !!!! Shower dalam bilik air je yang ade air, paip sume dah ketandusan air. Erghh. Cukup cukup lah weh, satu Muadzam dah ketandusan air ni.. Satu penginapan takde air.. Takkan nak gi mandi kat kelas kot? Nak mandi kat dewan kuliah? Giler. Takkan tengah tengah malam kalo nak terkucil kitorang kena keluar gi kencing kat stesen minyak kot? HAHAHA. Bongok. Sebenarnya ade rumah yang ada air, tapi aku rasa tak perlulah kot buat muka tak malu menumpang air di rumah orang yang tak dikenali. Nanti kita kena cop "bila susah baru nak berkenalan". Jangan ok?! Menjatuhkan air muka sendiri. HAHAHAHAHAHA. Ikhtiar dulu dengan cara lain.. Tak perlu memalukan diri sendiri.

Aku tak sanggup nak hadapi kenyataan kalo Muadzam Shah ditakdirkan takde air selama seminggu ataupun dua minggu. Takde air sehari pun hidup jadi sasau der ! Haih.. Keje membaiki sistem saluran air di Muadzam memang menyusahkan laaa. Takkan kitorang nak membawa diri lagi kot? Cukup cukuplah duit aku melayang beratus ratus weekend hari tu. Huhuhuhu.


Nota Kaki : 1432 Hijrah sudeyhh.. Begitu cepat masa berlalu. Berubah dari yang baik kepada yang lebihh baik. =) Dan lalui tahun baru dengan cerita baru. Tutup buku lama, amik pengajaran, belajar daripada kesilapan, lakukan anjakan paradigma, insyaAllah berjaya. =)


Toodles !

3 comments:

Unknown said...

pergh panjea molek nyo kagha kesoh menyepi..ahaha

ZACK ENTRY said...

sakannya berjalan..=)

ZaHiN said...

peh, 3days2night.. cam cite variety show korea la plak 3day2night.. hahaha~ (>_<)v