1st random :
Susah betul bila hati tengah berbunga-bunga. Kadang-kadang tengah syok syok online, ada incoming call, tangan kanan duk tekan tekan mouse, mulut bercakap sambil tersenyum, pastu lari keluar bilik nak bergayut kat ruang tamu. Nak privacy okay. Pastu, bila tengah makan, sempat lagi main mesej, orang lain dah licin satu pinggan, yang tengah berbunga-bunga ni tadi baru nak hirup kuah tomyam. Bahaya betul. Boleh kurus nih kalau dah everyday cenggini. Lagi satu, bila bukak youtube, kejenya tak lain tak bukan search lagu lagu jiwang then post dekat facebook, then mintak simpati orang ramai like. Dalam hati toksah cakap la, bunga bunga hidup subur sebab friends dekat facebook like lagu pilihan hati kan kan kan..? Boleh cecah puluhan orang yang like link tuh. Ini berdasarkan pemerhatian aku terhadap kawan kawan terdekat. Hee.. Maaf ye roomate, terselit sedikit habit hang dalam paragraph ni. =P ---> Tapi aku pun dah mula merasai simptom simptom penyakit hati macam ni. Ah sudah..
2nd random :
Semester ni banyak sungguh perubahan dan kelainan yang berlaku dalam hidup. Bukan hidup aku je, tapi hidup kawan kawan baik aku 3 ketul tu. Ada perubahan yang baik dan ada perubahan yang buruk. Dan aku, perubahan ni sangat ketara, hidup serta merta berubah, walaupun orang lain tak nampak, tapi aku rasa. Perubahan yang majoriti nak sangat tengok tuh, tapi belum tiba masa lagi nak showing off that perubahan tu. Hee.. Yang nampak, nampak la. Yang tak nampak, mereka treat me as usual. Kan best hidup bergelumang dengan rahsia. Tapi, perubahan yang paling aku kagumi, aku takleh tido lewat. Paling lewat pun kul 1/2 pagi. Lepas peak hour tu, aku memang macam zombi dah, merapu sana sini, melalut sesuka hati. Maxis bagi kredit untuk bergayut lama pun macam nak taknak je bercakap. Kesian dekat mangsa. :p Hopefully semester ni hidup tak begitu bergantung kepada instant coffee. Dr.Alawiyah said "try to avoid nescafe okay? and jangan makan sosej. it will harm your body especially you kidney.." Wawawa. Dah lama okay tak makan sosej.
3rd random :
Semua orang meroyan nak balik time cuti krismas. And aku sendiri pun meroyan jugak. =.=' Duk kejap kejap abah tanya, bila nak balik. Duk kejap kejap adik tanya, bila balik? Duk kejap kejap member ajak lepak. Grr.. Dugaan tuh. Tak mampu derr nak atasi, and aku terpaksa bergegas pulang ke kampung halaman. Beli tiket last minute, nasib memang baik, only one seat available. Fuhh alhamdulillah boleh balik jugak. Tiba di Klate Jumaat yang lepas, tapi esok dah nak balik Muadzam. =.=' Cepat sungguh masa berlalu. Dan, aku pening kepala dengan member member aku sume nih. Bangun tido pagi tadi, check handphone, 6 mesej der. Sume tanya, kau kat mana, dah balik sana ke belum, jom lepak, keluar KB nak?, jom keluar lunch sama-sama, jom tubik... Sume mesej tu berunsurkan ajakan untuk hang out dengan dorang. Ape nak buat.. Aku balik weekend je pown, so takde mood nak melepak. Mintak maaf sume. Bak kata member aku, Duwe "bakpo mu tok gi nyo, tok sedak rr mu takdok.." Hahaha. Terserlah kat situ bahawasanya diriku begitu berharga. Tapi, terkilan rasa dihati, bila ada yang salah faham. Takpe.. HAHAHA.
4th random :
Ini musim orang mengawan. Musim orang mengandung. Musim orang dapat baby. What the... My Uda yang duk di Kajang tengah menghitung hari nak delivered new baby, aku mintak mintak laa on 19th January, Uda aku takleh nak tahan tahan lagi dah, biar dia beranak on that date. Tapi si suami dia pulak bising bising suruh hang on sampai 21 January (birthday si suami). Haish.. Ape ape pun, semoga selamat semuanya. Perkhabaran yang agak baru aku terima "Cik Nadia, tahun depan awak akan dapat anak sedara baru.." Oh yeahh !! Si jejaka dan si cantik rupawan bakal menimang cahaya mata. Tahniah to Abg Nizam and Kak Yaya. Begitu excited si jejaka mengkhabarkan berita gembira tuh. Aku yang tengah syok syok dengar lecturer membebel kat depan hari tu tetibe je tergelak sorang sorang. Macam orang gila okay. Haih Abg Nizam.. Saya plak yang excited nak jadi Auntie kepada baby dorang yang comel hendaknya. :) Dan pula, si jelita Kak Za (Zatul Hernani) tak sabar menantikan kehadiran orang baru, bulan 5 tahun depan jangkaannya. Haih. Ni lagi sorang. Makin excited pulak saya dibuat mereka mereka ni sume. Jeles okay. Saya pun nak baby jugak. Tapi taknak kawen. Boleh camtu? :p
![]() |
| perut dah ada isi. :) |
5th random :
Satu kampus dikejutkan (haha) dengan berita tak gembira from Dean of COBA (College Of Business and Accounting). Short sem dimansuhkan, cuti dipendekkan, tapi semester baru dipercepatkan. What the hell is this.. Cuti semester yang sepatutnya sebulan dipendekkan jadi seminggu. Dan semester yang sepatutnya semester khas dijadikan semester biasa. Habis ! Habis punah ranah plan aku untuk tahun 2011 dan tahun seterusnya. Mereka kata "ok what.. final sem kau 2012 dowh, kau habis belajar awal..". But for me, penat kowttt.. Gilak. Nak speed sampai camtu sekali. Satu semester entah berapa puluh subjek Dean nak suruh kitorang amik. Berat sungguh hati nak carry subjek yang banyak ni. Penat okay. Hari tu, bila gi makan kat kedai, terdengar senior lelaki tengah sembang sembang. Aku pasang telinga jap. Dikatakan olehnya, Uniten dah bubar takwim sebab nak speed student and Uniten bagi pengurangan tempoh pengajian. Entah.. Ade ke orang buat camtu? Cam pelik je... Aku tak paham sebenarnya maksud dorang nih. Macam macam version dah aku dengar. Taktau nak caye yang mana. Whatever la. Just follow the flow. Grad bulan depan pun aku tak kisah. Tapi, satu je aku rasa sebak. Aku dah mula sayangkan Muadzam, and aku dah mula rasa berat hati nak tinggalkan bandar aman damai ni. Tak sampai dua tahun pun lagi nak stay kat situ. Lepas tu, masing masing blah... Entah bila lagi nak jenguk bandar lepak tuh kan.. =.='
Aku tak paham tengok kalendar baru ni. Aku ada 3 sem lagi ke? March 2012 final sem? Camtu eh? Haishh.. Someone boleh explain tak ape yang dorang rancangkan nih? Aku lost. Tak paham. If aku buat tafsiran sendiri, kang salah padan muka aku duk berangan kut lain. Haih.. Uniten Uniten.. Ape lagiii yang die nak peningkan kepala student. Tak habis habis..
6th random :
Rupa-rupanya, nak makeup kan orang lain lagi senang daripada nak makeup muka sendiri. Tak caye? Cubalah kau struggle untuk kasi makeup meletop punye dekat orang. Aku dah try dah. Hehehe. Lagi senang der. Serius. Lepas ni kena kumpul dana baru sebanyak RM800 untuk masuk bengkel kecantikan yang dianjurkan oleh M.A.C. Mahal kan? Tapi berbaloi.. Macam seronok main main makeup nih. Tak caye? Tak caye sudahh. Tapi bagi aku, ni satu benda yang sangat interesting. :) First try, aku follow member pegi photoshoot and that model tak reti makeup. Dia dah cantik, tapi tak reti makeup sangat. So, inisiatif dia, si photographer tu suggest supaya aku try try conteng muka si model tu dengan barang M.A.C yang aku ada. Perghh. Seronok der main conteng muka orang. Macam macam dapat belajar. Belajar dengan sendiri, manipulates muka dia, give an idea. Ikut creativity sendiri la sebab aku belajar dengan cara yang tak bertauliah, ikut dan aku je nak calit kat muka. Kalau cantik, cantiklah. Kalau buruk, macam badut lah muka nanti. Kiranya, sume kena all out la, kasi yang terbaikk punyer. Nak makeup over over kat muka sendiri macam no point kan? Jangokk nak gi mane makcik oii. So, ni macam peluang keemasan la nak test skill kat muka orang. I likeeeee !! Hehehe. Oh. Barang M.A.C yang ada ni aku tak guna pun. Sebab aku just beli, and jarang sangat guna. Ada jugak belas ihsan daripada makcik aku yang bagi barang M.A.C. untuk aku. :) Tak bawak pun barang barang ni balik kampus. Kat kampus mana ada nak makeup sangat, setakat tempek bedak cukupppp.. Macam semak je drawer aku kalo bawak barang barang tak berguna nih sume. Simpan saja okay. Si Wani siap booking aku dengan nada ngada-ngada "Nadia nati aku nikoh aku chop mu doh makeup aku. makeup ala ala angelina jolie gituu.." HAHA. Melampau tu.. Ingat aku mak andam ke ape? Tak reti tak reti..
7th random :
Petang tadi baru aku perasan, si Bunny ada kurap kat telinga. =.=' Ini first time kitorang (family) berhadapan dengan arnab yang berpenyakit. Sebelum ni dorang sume okay, takde penyakit kurap nih segala. Masa aku nak keluarkan si Bunny yang besar sebesar bayi baru lahir tu, aku ternampak telinga dia macam berkudis. Mak aku cakap, telinga dia naik kurap. Nasib baik mak aku cakna, dia dah beli siap siap spray kurap untuk arnab. :) So, aku dengan jakunnya main sembur sembur spray tu kat telinga dia. HAHAHA. Jakun gilerr okay, tak pernah handle arnab berpenyakit. Mujarab sungguh spray kurap tu. Mak aku kata, telinga dia sebelum ni macam teruk sangat kudisnya, bila dah kasi ubat kurap tu, dah makin kering kudis kudis tu. Tapi aku tengok macam ngeri je. Huuu.. Geli pun ade. Tapi, kurap kat cuping telinga je. Excited woo nak handle arnab berpenyakit. Agak agak, wishlist aku untuk run the own business sebelum umur 25 tahun boleh berjaya tak? HAHAHA. Tak kira la bisnes ape pun. Janji buat bisnes untuk side income. Bukak ladang ternakan arnab pun ok gak kan? Hee.. Tapi takleh beat top business wishlist aku - Beauty Care (pusat kecantikan, menyediakan khidmat saloon dan sebagainya..) Aminn.. HAHAHA.
8th random :
Tak larat nak taip. Sebab tu dah lama tak update. HAHAHA. Sekarang macam dah malas nak layan JOL ni. Lebih setia dengan blog kedua. :)
Nota Kaki : Aku baru baik dari demam seminggu dan batuk yang kronik dua minggu. =.=' Tapi tak fully recovered lagi sebab batuk ni melampau sangat, the worst ever happen. Bila sejuk je, batuk menjadi jadi. So, my dear friends, takyah laa tanya "takkan batuk ko tak baik baik lagi kot..?" Aku kadang-kadang malas nak jawab. Sebab, aku dapat detect ada nada sindiran kat soalan tu. Dah aku nak batuk, nak buat cmane.. Takkan nak tahan kot..
Toodles !



1 comment:
hey , hey , heyyy ...
potpet potpet segala bagai .
igtkan da ad kat muadzam ...
rupanya ta balek lg .
teruk sungguh ank dara sowg ni .
kata rindu muadzam tp ta reti nk balek . huhu :)
eiii , blog kedua ? jeng3 !!! :P
erm , sejak biler demam ??? tataw pown .
Post a Comment