
Ohh sungguh bagus ya hari ni. Panas terik smpai nak menggelegak otak aku.
Pagi tadi degil sangat, abah suruh jemur kain kat tempat teduh tu je aku gatal2 tangan tarik ampaian nak jemur tgh panas gak. Konon baju cepat kering, tak lembap, takde bakteria terselit. Haishh.. Macam2. Kaki pun rasa mcm pijak atas bara je. Adoii.. Panas dunia. Akhirat sana na'uzubillah..
Nak cakap pasal 'panas' ni memang tak habis. Kemarau berpanjangan lagi ni. Time aku pegi Wakaf Che Yeh pagi tadi pun nasib baik tak berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat, and luckily tempat2 yg dikunjungi tu sume tempat berhawa dingin. Heee~ Nadia suka. ^^
Abah aku tahun ni amik tender mengajar sesi petang, so every morning bolehla die nak pegi mana2 kan. "byk pekdoh ngajar pete ni, tapi tahun depe abah tukar skoloh lain doh..tokse ngaja BI, nk ngaja BM jah..pening palo eh nok marking ketas pekso budok2.." Ahah! Tu dia abah yg dikasihi. Bila cuti mcm ni, aku nak keluar sorg2 tak best plak kan, member2 pn ramai yg tak balik kelantan, alternatif lain, aku jadi 'isteri muda' abah la, teman die kemana saja die pegi. Ufhh.. Ikut montot org tua menemani mereka, besar pahalanya, jumpa kawan2 org tua, besar faedahnya, hormat kawan2 org tua lagi besar ganjarannya di akhirat. Pesan nabi ni..
"Jangan memutus hubungan pada org yang dahulu kawan baik pada org tuamu, nescaya akan ada padamu nur cahayamu.."
"Berbaktilah kepada orang tuamu yg telah mati dengan membaca istighfar utk keduanya dan melaksanakan wasiat keduanya, dan menghormati sahabat-sahabat keduanya dan menghubungi keluarga dari keduanya.."
Secara tak langsung, boleh aku kenal kawan2 abah, yg tua yg muda, yg nsem rambut terpacak, yg comel berlesung pipit, yg botak licin berkilat, yg boroi mcm bawak kembar, memang senang nk berkenal-kenalan. [nasib baik aku di'introduce'kan sbg 'anok tino kawe' oleh abah, if not sah kawan2 die fikir kami ada scandal.] Haha! Merepek.

Pagi tadi agenda utama nak pegi Permata Hijrah, tempat rawatan mata, tapi pasar yg jadi sasaran utama..? Huu..~ Terserlah gile kejakunan aku dengan pasar. Eh eh, bukan jakun la, tapi kekok. Skali setahun beb aku masuk pasar. *_*[malu ni malu].. Plak tu, aku nak ikut abah aku turun kat tempat org jual ikan banyak2, tempat basah2 berair tu abah tak bagi. Sumpah die akan tinggikan suara if aku berdegil nak turun jugak. Katanya tempat tu kotor, basah tu. Biar abah je turun. Huu.. Makcik2 kat situ tengok aku ni macam ape korang tau?? Anak manja yg cerewet! Hello aunty yg gigi tak banyak, my father yg tak bagi ok, bukan i yg taknak. Aku memang la nak, nak sentuh2 ikan udang sotong, comel2 je, pastu abis tangan bau cm longkang! Haktuiii.. Pdn muka aku sengal! hahaha..
Actually aku merepek lagi. Haishh.. Sebenarnya nak story pasal Permata Hijrah ni. Seminggu yg lepas aku ada terbaca entry kat blog anonymous, aku tak kenal and tak ingat plak link die. Story pasal die gi ziarah Permata Hijrah utk beli ubat2 rawatan mata. Nampak mcm interesting ubat2 tu. Terfikir laa plak aku ni, mcm penah dengar Permata Hijrah. Sape ea penah sebut?... Tanya org tu tanya org ni, rupa2nya abah yg cite hari tu. Aku cakap la 'my member' ade guna produk Permata Hijrah ni utk mata die, sounds great. Tak abih lagi aku cite kat abah aku, laju je die potong, ajak pegi Permata Hijrah kat Wakaf Che Yeh tu. Die pun teringin nak beli spek massage tu. Sesuai utk sume peringkat umo, tambah2 lagi org yg tak brape nak muda, ok laa kn, nak legakan mata skit..
Permata Hijrah Sdn Bhd ni actually satu alternatif yg menggabungkan 2 orang tabib yg menggunakan sumber dari khazanah laut utk buat produk2 rawatan mcm produk utk mata, resdung, pelangsing and produk2 kesihatan especially kencing manis. Ade dengar khabar angin gak, product2 die ni bagus, effective and tak mahal. Harga bawah RM200 je utk produk2 Permata Hijrah yg terlaris. Aku dah survey sume dah, memang bawah RM200. Paling mahal ade satu je product ni,RM 599.90, toner mata utk rabun yg disebabkan kencing manis cmtu la. Yg ade katarak mata serius, smpai kena operate, laser ke.. Tapi budak tu cakap produk ni tak banyak sebab demand tak tinggi.. So, out of list la eh. Aku aim yg bawah RM200. Yg tu je tercongoks sorg2, RM599.90.. Hahaha.. ^^
Agak selesa dengan servis yg dorang bagi especially bahagian perkhidmatan pelanggan. Mmg bagus. Permata Hijrah dekat Wakaf Che Yeh ni aku tak sure baru lagi or dah lama bertapak. Anak2 buah die kat dalam tu overall budak2 baya aku, abis STPM, abis SPM pun ade.. Sopan je dorang, pakai kopiah, hensem. Haha. Ah sudah.. Nadia merepek lagi. Tadi ade yg offer, nak buat terapi mata free kat aku tapi aku cakap takyah la. Hehe.. Pastu terdengarla ade salah sorg tu cakap, "oghe comey mano nok wat, mu ni gak ehh.." Hahaha.. Excuse me, saya bukan taknak tapi saya malu. Weee... Malu siot! Dah la sume lelaki. Aku ngan cashier die je pompuan. Adoi.. Tak mungkin la aku nak bagi lelaki wat terapi mata, urut2 mata aku ni kan. Eventhough u all pakai sarung tangan, saya malu ok, tunggulah saya singkirkan dulu sifat pemalu ni, bulan depan sy try. Hehehe.. [imej Permata Hijrah ni islamic skit..tu yg pakaian dorg bagus..]Nak dijadikan cite, abah aku terloyar buruk plok. Adoiii.. Aku malu kot! Huu.. Nyesal register nama aku. Abah la, suka usik aku depan budak2 tu, lagi la dorang seronok bila abah loyar2 buruk camtu. Kalo bawak my mother tadi lagi bahaya. Silap2 haribulan, di'offer'nya sape2 nak jadi menantu die. Haishh.. Parah. Terlebih ramah mak bapak aku ni. Huuu~
Not bad laa, budak2 tu bagus, komited dgn keje. Merepek sana, merepek sini, yg penting produk mereka terjual. Hahaha.. Before balik, sempat gak aku rembat satu toner mata ni. Yg aku ambik ni permulaan je, tak mahal pun, RM25 after less. Toner mata yg sesuai utk mengurangkan power spec, masalah rabun jauh aku ni and mencairkan selaput lendir yg tumbuh di dalam mata. DENGAN IZIN ALLAH TAALA... [ni trademark produk dorg, every fungsi produk mesti diletakkan skali ayat ni. Emm.. Sangat bagus. Kita berusaha, cari penawar, kononnya nak yg paling mujarab, tapi kalau tanpa izin Allah sume tu sia2..]
Toner mata meneutralkan asid.
And, balik rumah terus guna toner mata tu. Hehehe.. Best je. Before ni budak tu cakap ade yg titik kat mata, tapi sekarang dah diupgrade, die wat spray plak. Spray pun spray laa, janji benda ni membuatkan mata aku rasa selesa. Serius! Lepas spray 2,3 kali utk hari ni, nak ngadap laptop ni aku takyah pakai spec. Mcm clear je nampak. Mata pun rasa sejuk.. Alhamdulillah.. Hopefully, dgn izin Allah lagi kalo produk ni sgt mujarab, insyaAllah aku la regular customer dorg. Hehehe..Bila abis toner yg beli tadi, nak beli yg lagi 'tinggi' skit keberkesanannya. Harga boleh tahan laa, around RM120 sebotol kecik, 50ml maybe. Tapi tak kisah, abah aku pun dah cakap, "kalau kaklong suka dgn produk ni, gunalah kalau dh nampak kebaikan. Abah boleh beli kalau dah abis, cakap je..kat muadzam takde, nanti abah pos.." Weeee... Sayang gile bapak mcm ni. Sumpah die abah terbaik..! And sekarang, aku yakin duit abah aku bakal melambung banyak nk invest utk Permata Hijrah ni sebab adik2 aku sume specky, just Faris sorg je mata ok, tapi die tu tokey resdung! Konpem abah paksa mu pakai product resdung tu jugok. Wakaka!! Abah aku pun heran gak, kitorg sume rabun, Faris tak pulak..? Sedangkan tengok tv, main computer segala macam. Tapi alhamdulillah laa kn, mata dia ok. At least, ade 'high value'. Kami ni mata dah rosak. Redha je lah.. Huuu~ Poll survey shows that, customer Permata Hijrah puas ati dgn product ni and if sape2 tengah mencari usaha nak kurangkan power mata especially, bolehla try. Adios~

Nota Kaki : Aku pun nak guna jugaklah bedak resdung die yg macam bedak sejuk. Hee.. Mcm best. Resdung aku, resdung dalaman. Tapi tak teruk pun, sederhana je. Bila pegi wat facial treatment, barulah aku terkejut! Ambik kau resdung kat muka banyak. Adoii.. Resdung dalaman ni bahaya owh, sebab tu muka aku tak berjerawat, ade resdung dalaman rupanya. Serius, muka aku tak pernah berjerawat yg banyak2 dari kecik smpai la skrg ni. Kalo ade jerawat pun sebijik dua je, tu pun kat idung. Pipi, never.
2 comments:
Thanks utk perkongsian bermanfaah.. And, nice blog.
orait..ur most welcome. =)
do visit again kayh..? ;)
Post a Comment