FOLLOWERS

Saturday, April 10, 2010

kenapa saya berkacamata..??


Apa khabar iman anda hari ini?
[tiru muqaddimah blog Kak Maisarah, student mak aku. eh eh eh, tukar tukar! die tanya khabar iman baby die, aku tny khabar iman sahabat handai sudeyh..] ^^

Mood berblogging tak dapat vitamin secukupnya nih. Kalo dulu everytime dpt cuti and balik Kelantan, for sure aku update tetiap hari. But then, tengoklah bentuk rupenye nih. Memboringkan! Huh. Gulung blog Nadia, gulunggg..! Hahaha.. [aku takkan]

Em.. Minggu lepas ade berbicara [ayat skema uh] dengan Cik Azie, tentang contact lens. What what what? Okay, it's about her decision to reduce the usage of contact lens. Owh tidakk.. Abis tu awak nak berchenta dengan chermin matta sepenuh masa ke Cik Azie..? Hee.. Jokes. Tapi seriously, oghe pn teringin juge. Tapi bila memikirkan duit langsung tak cukup nak buat laser mata yg berharga 9k something, maka terkuburlah hasrat nk stop penggunaan CL ni. Of course sepenuh masa dgn chermin matta kan lepas tu? Uhh...tak suka tak suka!

Tangan 'putih' baju itam kat tengah itulah Cik Nadia ye. Heee...

Tonight, otak ligat mencari info pasal penjagaan mata ni. Hee~ Muncul sedikit keinsafan. Tapi kan, aku ni tiap2 minggu duk lalu depan specialist mata kat Kubang Kerian tuh. Ape name dah, Pakar Rawatan Mata Mutiara kot..? Kalo salah wat2 taktau je la. Everytime lalu kt situ teringin juge nak singgah2, check mate manusia bernama si Nadia ni kan. Tapi tak termakbul lagi sebab nafsu nak ke bandar lagi tinggi. Hahaha..

Cik Nadia = Nyamuk Aedes.

Sikit sebanyak la eh pasal mata. Aku ni kalo tak silap mula sedar akan kerabunan mata mase form 4. Tapi time tu tak teringin pakai spec lagi. Kebetulan makcik2 aku si Miera n si Yati ni pakai spec dari kecik lagi, aku pun dah ade skit kegatalan nak jugakk.. To be honest, dulu memang gatal teramat nak bergaya dgn spec. Jiwa meronta-ronta nak pakai. Tibalah harinya, tahun 2007 before Trial SPM aku mengisytiharkan aku rabun jauh and mula pakai spec sendiri. Seronok tu takyah cakap la. Member2 kat sekolah pun teruja tengok aku berwajah baru. Haha! Aku kurang pasti power mata time tu, tapi kalo tak silap sebelah kiri 125 and sebelah kanan 175. Agak tinggi tu bagi permulaan. Silau, aku lupa terus fakta nombornya. Maybe silau tak banyak lagi.

chenta pertama dgn spec pertama. ^^

Sebab2 aku rabun, dulu2 aku ni suka sangat main computer. Boleh dikatakan aku ni celik IT since darjah 4. Masa tu mane ade laptop lagi, mak aku pun guna computer umah je. Kebetulan adik bongsu abah aku, Ayah Rie yang duk Mesir time tu balik tiap2 tahun and selalu stay umah aku sejak arwah Tok Ayah Ridzuan aku meninggal. Die tu bercinta jarak jauh. Awek die orang Singapore [alhamdulillah Ayah Rie and Aunty Fairozah dh lame nikah]. Maka dorg selalu la chatting2, email2. Dari situ aku belajar dgn Ayah Rie. Mmg banyak die ajar. Nak dengar lagu online, nk chatting, nk email, mcm2. Tambah2 lagi, dulu mother aku selalu dedahkan aku dgn pembelajaran computer ni. Nak wat card guna Print Artist la, nak main game internet la, nak chatting thru Kakaktua.com pn die gak yg perkenalkan. [aku ingat kakaktua.com ni sebab dari situ aku kawan dgn Apiz smpai sekarang. 7 tahun beb.] Bukan ape, mother aku taknak bagi anak2 die buta IT. Tapi, aku ni terlebih. Haha.. Addicted dgn internet smpai sekarang. And disebabkan computer jugaklah mata aku semakin hari semakin rosak. Kecik2 dulu tak rase, dah besar ni rase la kesan rabun2 tu.

Tengok spec tu haa..bengkang bengkok. Dah cakap dah, si Nadia ni ganas..mmg tak sesuai you nak pakai spec mcm tu.

Sekarang aku still lagi pengguna chermin matta, tapi kadang2 pakai kadang2 tak. Selang seli dgn penggunaan contact lens. Bagi aku, pakai spec ni time2 duk rilex and time nak rushing, kejar masa. Contohnya, terlewat bangun nak gi kelas, memang tak tercapai dek akal dah la aku nk pakai contact lens. Spec pertama aku, skrg frame dah patah. Aku ni ganas. Mane nak tahan lame. Cermin die calar sana sini. Spec tu aku dah declare sbg harta pusaka. Aku tak buang, simpan saje. Nk tunjuk kt cucu cicit nnt. Hahaha..! Agak lama aku biarkan mata aku tanpa spec sebab spec tu dah bengkok2, aku guna plak contact lens. Dari situ aku mula berjinak-jinak dgn mende nih. Tapi agak2 la nak pakai lens pn. Remeh skit.

Nerdy Nadia. ^^

Duduk 7,8 bulan, aku mintak nak wat spec baru. Usia spec baru tu saat ni ade laa kot 3,4 bulan..? Tapi........ tetibe aku rase terkejut teramat! Mase check mata nk wt spec baru, power dah makin kurang. [hoho..serius mcm org jakun gile]. Kalo dulu 175, sekarang 115. Haishh.. Syukur alhamdulillah.. Bahagia Tuhan je tau! ^^ Tapi juge, berdasarkan review aku dekat blog Uwaiys Optometrist memang power mata berkurang sebab penggunaan contact lens dah meratakan kornea mata, sementara kornea mata tu rata, power mata turun, tapi bila die kembali ke bentuk asal, power mata pun follow aje. Huu~

Now i know, nape mata aku silau melampau skrg ni. Kalo spec yg dulu, mak aku cakap die guna cermin multicoated [antisilau]. Tapi mase aku wat spec yg baru ni, takde laa plak org kat kedai tu sebut2 perkataan 'multicoated' ni and aku pun tak tahu menahu. Huuu~ Ok takpe, lepas ni nak tukar cermin baru, nak mintak org kat kedai tu wat cermin multicoated 100%. Kering poket lagi. Yg multicoated biase pn dah RM100 sepasang. Kalau yg LUAR BIASA mcm aku nak ni taktau la bape ratus. Wahh..! Tiada silau lagi. [mcm iklan plok doh..] ^^

Ni yg latest yg aku guna sampai sekarang. I love you..! ;)

Sila klik link tersebut untuk maklumat lanjut :

Nak kurangkan power mata
Pemeriksaan mata sebelum nak guna contact lens

Sejak dua menjak tiga menjak empat menjak ni, rabun aku macam ok je, biase2, tp silau tu macam melampau gile. Ade cahaya lampu skit, aku dah bising2, silau! Bukan nak cakap tak boleh tengok cahaya lampu, tapi melalui sudut2 tertentu, mata aku macam langsung tak boleh terima cahaya tu. Every two months, aku jadi pengunjung setia Optik Perwira kat bandar Muadzam tu. Sebab nak beli lens. Uncle tu pun selalu cakap,

"awak punye silau manyak tinggi. Kena selalu dtg check mata."

Memang! Tu yg aku cakap silau aku ni melampau gile. Org lain ok2 je, tapi aku ni ntah pape. Maybe org boleh cakap cerewet gak kot, tp korang punya pasal la, aku take care pasal mata aku. Haha.. Klik DISINI untuk info pasal rabun silau.

Part aku tak suke bile pakai spec, org takkan cam muke aku sebab dorg cakap aku sangat comel and nampak nerd. ahhh...nk tolak statement ni. [yg cute tu aku terima]

Hohoho... Disebabkan sindrom 'gila penjagaan mata' ni jugaklah aku godek2 post blog member2 rapat, cari post pasal mata. At last aku jumpa! Haha.. And and and, ade tag untuk aku rupenye. Tag yg disertakan dengan contest. Tapi contest tu dah expired before 1 mac 2010. And tarikh post die tu bulan Januari lepas lagi. Heee... Takpelah, aku nak jawab jugak tag pasal mata ni.^^

*******************************************
1. SEJAK BILA ANDA MULA BERKACA MATA?
-
Form 5. Tahun 2007. Ini bermakna, dah 4 tahun aku 'cacat mata'. Huhu..

2. BAGAIMANA ANDA TAHU YANG ANDA MEMERLUKAN KACA MATA KETIKA ITU?
-
Bila tengok tv asyik blurr je..tutup mata kanan, bukak mata kiri. Bukak mata kanan, tutup mata kiri. Ternyata tahap kerabunan dua2 belah mata berbeza. Ape lagi, maaaaa..! kaklong nk wat spec. Hihihi...

3. BERAPA POWER PADA PERMULAAN ANDA BERKACA MATA (ANGGARAN)?
-
Serius tak ingat. Agak2 mcm cite kat atas tu, kiri = 125, kanan = 175. Silau 50-50 lagi awal2 wat spec tu.

4. JENIS ATAU BENTUK KACA MATA ANDA YANG PERTAMA?
-
Ohoho.. Spec tu half frame, kaler dark purple. Brand Nike ke ape. Tak ingat. Frame die plak besi, that's why mudah bengkok. Nadia ni lasak and ganas. Tak boleh pakai mende2 besi ni. Baik plastik, terus patah, takde bengkok2 dh. Hahaha..

5. JENIS ATAU BENTUK KACA MATA ANDA YANG TERKINI?
-
Still same, half frame. Brand SWATCH. Sebab tu mase nak bayar bile spec dah siap, tangan mcm menggeletar je nak kuarkan duit. Huu~ Separuh duit aku and separuh duit mother aku [die byr yg deposit je.. ^^]. Frame hitam and yang pasti, frame tu bukan lagi BESI okay..!

6. BERAPA POWER TERKINI ANDA (ANGGARAN)?
- tak ingatla power spec. resit ari tu pn dah buang. anggaran la eh.. kiri = 95, kanan = 115. Silau 100 something.

7. BERAPA BANYAK KOLEKSI KACA MATA ANDA DARI DULU HINGGA KINI (ANGGARAN)?
- Haha.. Dua sahaja~

8. JIKA ANDA ADA SENTIMENT TIDAK SUKA BERKACA MATA, SILA NYATAKAN SEBAB MUSABABNYA.
-
Yes. Tak suka berkaca mata. Sebab pertama, bila pakai spec ni penglihatan sangat2 terbatas. Nak tengok kiri kena toleh, nk tengok kanan kena toleh. Kalau tak pakai spec kan bagus, kerling hujung mata je dah boleh nampak. Sebab kedua, bila kuar jalan2, beli2 barang ke, lepak2, makan angin ke, pakai spec ni sangat rimas tau tak..! Kawasan muka byk kelenjar minyak, and cepat mengeluarkan peluh. Tambah2 lagi kawasan T kat muka. Nak lap peluh susah ah weh kalo ade spec. Leceh seyh nak lap2 batang idung ni. Nak kena bukak2 spec plak..tak suke! Sebab ketiga, nk training pakai spec?? gile..mmg tanggung risiko nak hancur la spec tuh. And aku tak pernah pakai spec time training. Paling koman pn pakai before training mula. Tapi mmg confirm aku tak nampak batang idung org laa kn if tak pakai. Kang nak tumbuk tempat lain, tempat lain lak rase sakit. Wt naya kat member cmtu.. Hahaha.. Setakat ni aku always pakai contact lens time training, walaupun kadang2 tangan ganas member aku ni bantai kat muke, memang nasib aku laa kan, break jap, lens nak tercabut. Hihihi... Sebab keempat, kalo naik kete pakai spec then nak turun kete for sure spec tu berkabus. Adoiii.. Jadi satu keje nak bukak pastu nak lap2 balik. Leceh seyh...!!! Kesimpulannya, sekarang ni aku tak suka pakai spec.

9. YANG MANA ANDA LEBIH GEMAR. KACAMATA ATAU CONTACT LENS? KENAPA?
Dua2 tak suka. Spec rimas, contact lens leceh. Kalo dah lewat nak gi kelas, cmane nak sumbat gak lens tu kat bijik mata? Pedih wooo.. Spec plak mcm dinyatakan kat atas la. Mcm2 sebab boleh bagi sebab ketidaksukaan pakai spec. [bm aku hancur dlm post ni].

10. OPTOMETRIST PILIHAN ANDA?
-
Hahaha.. Yang ni aku main redah je. Asalkan ade kedai, and aku nak beli something, main masuk je. Mahal murah lain cite. Tapi aku tak teringin laa kan masuk kedai opt mcm Focus Point tu kan. Bapak mahal. Beli satu spec, tak makan aku setahun. Hahahaha...

11. PASANGAN ANDA BERKACA MATA?
- Oh tidakkk..belum berpasangan. Tapi lelaki yg pakai spec ni sungguh smart. Yeke? [depends kpd jenis spec. takyah cakap la kalo yg pakai spec Harry Potter tu, minah senget pn taknak. Penampilan tu penting bang oii.. Heee..]

12. APA PANDANGAN ANDA PADA KANAK-KANAK YANG PAKAI KACAMATA?

- Wakaka!! Padan muka. Adik2 aku pun sume dah pakai spec skrg ni. Yg latest si bongsu. Spec pink. Hahaha.. Comel je. Tapi aku taknak la yg mcm tu. Klaka, sungguh childish. =P Tak menunjukkan kematangan aku sbg kakak sulung langsung! Kui3~ Tapi sesuai la dgn die tu... Baru form 1 kan... Die bukan main suka lagi dapat spec. Lpas2 ni, kau rase la budak kecik oii pakai spec ni best ke tak.. Hahahahahaha! [gelak jahat]

Nota kaki : Cik Azie ajak usha2 and beli2 contact lens. Wahhh.. Ini sungguh bagus. Cik Azie, if awak terbaca post ni, tunggu saya tau..! Saya nak ikutt jugakkk... ^^


[aku sungguh mengantuk taip post ni..laptop plak mcm shit..!! Asyik restart balik je. Ishh.. Ni sume org kat kedai ANB Muadzam punya pasal. Hancur laptop aku. Takpe2... Esok lusa aku sucikan kau balik ok Mr.Lappy...? Oraittt...~ ^^]

Pstttt...aku suka previous post, For The Rest of My Life. Donno why. Maybe lirik2 die tu membuatkan hati seorang perempuan tersentuh...aiyakk..!!! @_@


2 comments:

Admin said...

wlw mcm2 mane pn..
KAMU TTP COMEL!!

hehehe~

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

hahahahahaa..
comel comel comel.
=P =P =P
tq tq tq.
hehehehe..