FOLLOWERS

Thursday, April 22, 2010

Kesatlah Airmatamu Wanita.




Cinta?
Kenapa mesti bercinta kalau kita tak tahu menghargai cinta…

Aku ialah seorang perempuan yg dh lama kecewa kerana cinta, bayangkan, aku sanggup lupakan kepentingan diri dan buang semua ego aku untuk cuba selamatkan hubungan aku dan dia, tapi at last "takde jodoh antara kita" yg aku dpt… Hari demi hari dia jauhkan diri sehinggalah terbitnya kata putus drpd dia. Aku cuba menduga cinta dia, ternyata kosong yg aku dapat, sia2.. Mungkin waktu tu fikiran tak betul and taktau maksud sebenar di sebalik dugaan yg aku bagi. ;) Tapi tak mengapa, mungkin ini adalah ujian atau rahmat daripada tuhan untuk aku… And dari situ aku belajar, jangan pernah menduga cinta, kerana melalui cara tu kita menyakiti hati sendiri sedangkan sebelah pihak lagi ok2 saje..

Aku tak salahkan dia pun, mungkin juga dia keliru dengan perasaan sendiri, dan ingin mencari ruang untuk mengenali hati dan perasaan sendiri kan. Mungkin juga dia masih mencari yg terbaik untuk dia, dan mungkin dia sedar aku bukanlah org yg dicari. Tindakan dia untuk membuat keputusan awal sangat dikagumi, kerana dia berlaku jujur dengan diri sendiri dan berlaku jujur dengan aku. Ye, memang betul aku kecewa. Sangat kecewa. Orang cakap ni first love. Yes, ni memang cinta pertama. Tapi peganglah pada kata2, "cinta tak semestinya bersatu, apatah lagi cinta pertama". Tapi...!! Bagi anda anda anda di luar sana, janganlah pulak bila nak usahakan agar hubungan anda dengan bf/gf terputus, anda menggunakan alasan ni. Tak masuk akal okay..! Nampak sangat punca keretakan tu dtg daripada anda.Huu~
Tapi kekecewaan ataupun lebih senang dipanggil FRUST tu kejap je kan, tak lama as long as kita gantung hati kita pada Tuhan, bukannya pada makhluk. Tindakan dia tu sangat bagus, at least bila aku dah free, aku boleh fokus kpd benda yg lebih penting, and aku lupa tentang perasaan and aku jadi diri aku sendiri. Memang tak dinafikan, bila kita bercinta ni kita kadang2 berlaku tidak jujur dengan diri sendiri kan? And kadang2 kita hipokrit, kononnya bila ade boyfriend kena cover2 la skit. Tu lumrah okay! Aku bercakap depends on fact! Pompuan memang mcm tu. Dengan boyfriend dia tak sepenuhnya menjadi diri sendiri. Mungkin kerana tu jugak lelaki ni dapat rasa and berlakulah sesi tuduh menuduh, sedih menyedih, jauh menjauh. Adoiii... That's why aku cakap tadi, bila free ni sangat bagus. Boleh nak stop pretending. Haha. Tapi tak bermakna aku bukan seorang yg tidak berperasaan okay!
Kasih sayang dan percaya satu sama lain adalah satu perkara yang wajib ada dalam bercinta… Percayalah kalau tak ada 2 perkara ni, janganlah bercinta… Sebab kita akan kecewa akhirnya… Dan yg paling penting ialah “SETIA” pada dia, jangan terlintas sedikit pun perasaan untuk tinggalkan dia atas sebab2 yg remeh temeh mcm taknak ganggu pelajaran la, taknak tengok dia bersedih la, nak bagi peluang untuk mengenali perangai org lain la.. Eh plizz laaa, hati pompuan ni sangat2 takleh blah, mudah sangat tacing, janganlah wat main2.
Aku pun pernah berpesan pada dia, hati wanita ni lemah, jagalah hati pompuan especially bakal penyeri hati dia suatu hari nanti. Jangan jadikan hati pompuan ni sebagai satu alat ataupun tempat utk diduga. Perasaan pompuan sangat halus, sangat nipis, macam tisu. Tisu, bila kena air, lembut la dia kan? Sama lah ngan perasaan pompuan. Bila kena ngan sesuatu yg opposite dengan sifat kelembutan dia, hancurlah dia, maka jatuhlah airmata wanita.. Tu la cara terkahir utk menzahirkan sesebuah kekecewaan. Nak tunjuk hati yg retak?? Mana boleh beb.. Takkan nak operate buang hati kot! Haha..
Dalam hubungan yg kurang mesra, aku yakin kesabaran itu adalah penting untuk menjadikan hubungan yg lebih mesra. Contohnya, kenal tak lama, tapi ade sesi approaching untuk bercinta, pastu propose, tak kira la lelaki ataupun pompuan yg propose tu. Kebanyakan lelaki ni suka main tarik tali, and no wonder sekarang ni ramai sangat pompuan yg mulakan sesuatu perhubungan sebab pompuan lebih matang dan arif tentang perasaan. Once dia rasa macam ni, maka macam ni la dia nak. Lelaki ni lain. Byk sangat 'teragak-agak' and 'tak pasti' and 'keliru' dia tu. Dalam waktu mcm ni la, hati budi senang nak kenal.. (ok skrg aku tgh terfikir yg aku ni sgt teruk pd pandangan dia dulu..huhu..aku bukan yg terbaik ohh..)
Orait, nak cakap pasal erti disebalik kesetiaan tu plak. Well, aku tau kebanyakan kawan aku sangat setia dengan pasangan masing2. Tak kira kawan pompuan ataupun kawan laki. Aku ramai kawan, laki mahupun pompuan. And aku tahu perangai lelaki dan pompuan ni. Byk sangat ragam. Aku ade experience mengenali lelaki dengan lebih dekat sebab bestfriend aku pun lelaki and pompuan plak nk try korek hati ke hati memang telus..! Takde tipu2.
Ramai org yg masih lagi tak faham apakah erti kesetiaan dlm sebuah perhubungan. Ramai yg duk bertanya kenapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita tu akan jadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku, sampaikan ramai antara insan di muka bumi ni dilanda kekecewaan dan ada yg menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih. Orait, nak cerita tentang pengalaman sendiri. Si dia ni mungkin juga risau tentang diri aku. Ye, terpisah antara lautan yg luas, antara benua. Banyak sangat dugaan dan halangan dalam perhubungan. Disitu tercipta satu jurang dimana dia was-was dengan aku and aku pun sama was-was dengan dia. Kalau kita percaya terhadap pasangan, knape nak was-was kan? Ok, ini salah masing2.

Aku tak pasti samada dia masih ingat ataupun tidak tentang satu perkara yg pernah menjadi konflik antara aku dan dia. Dia risau, aku berpaling dengan org lain. Yeah! I'm in Malaysia, plus dia cakap aku ramai peminat. Lagi laa dia rasa tak secure dlm hubungan tu kan? Awek ramai peminat, silap2 haribulan kena kebas.. Dari situ aku tahu, tahap kepercayaan dia terhadap aku sangat tipis. Tapi, tak pernah terlintas kat fikiran aku dia akan berpaling dengan org lain. Mungkin kerana keadaan tempat dia belajar, peluang tu tipis, tapi aku SALAH..!! Malaysia dan disana, peluang untuk jatuh hati dengan org lain sama saje!!

Kesetiaan dlm perhubungan ni sangat penting sebab kita dah ambik amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan diri dia hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya bila tanggugjawab atau amanat yg seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati..

Janji aku dengan dia pun hanya tinggal janji. Terkubur macam tu je. Waktu ni, aku andaikan janji tu mcm mayat yg sudah ditanam. Once mayat ditanam, nak ke gali balik..? Mungkin ye mungkin tidak. And ramai yg gali balik diatas sebab2 tertentu. Tapi, bagi aku biarlah janji tu terkubur, bersemadi untuk selama-lamanya. Tak kuasa aku nak gali balik. Kalaulah cinta tu datang kembali, binalah janji baru, lupakan janji lama. Tapi ade certain promise perlu diingat sebab mungkin juga benda tu masih dalam kemampuan utk dilaksanakan. (janji yg logik)

Ingatlah bahawa, hidup kita ni seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan memang dah takde gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yg menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yg terbaik. Jadilah insan yg boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yg terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yg tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yg anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah… Aku ulangi lagi sekali, JANGAN MENDUGA CINTA..! kelak kita yg merasa pedihnya.

Jadi untuk pasangan yg sedang hangat bercinta… Nasihat aku, setialah pada yg satu… Kerana kecewa dlm bercinta tu adalah satu perkara yg benar-benar menyeksakan… Janganlah bercinta andainya kita tak tahu makna setia terlebih dahulu, fikirkanlah perasaan orang yg ditinggalkan selepas kita bagi dia sepenuh harapan.. Dan juga, jika kita dikecewakan, let it go.. Lepaskan perasaan tu, suatu hari nanti akan terbit satu kekuatan baru dimana anda mampu melepaskan diri drpd belenggu cinta tu and hati yg anda kunci rapat tu mungkin akan terbuka kembali untuk org yg lebih berhak terhadap cinta anda. Orait dear?;)

2 comments:

misz nano said...

cik nadia wat cerpen ~
haha ...
akibatnye , wany lbey tertarik bce cter uh dri pndg buku2 sekalian ~
anda mmg menghasut ... (T___T)

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

hehehe..
ade rupe cerpen ke tu?
ini kisah benar~

hey anda!
g study la.
jgn slhkn cik nadia ye. huhuhu~
tp tenangkan fikiran anda sblm stdy n mngadap buku2 tu. hahaa..cool.