Tanggungjawab yg penting kepada Dia pn terumbang ambing, ade hati nak utamakan tanggungjawab yg tu..? tak paham la dengan manusia macam ni. bkn merubah kepada yg lebih baik, bahkan lebih TERUK..Tp ade juga insan yg saggup berkeras ati demi menjaga iman. Baguslah, kita b'fikir guna akal bukannya bersandarkan kpd peraturan & kebiasaan saja. Cakap pandai, buat tak reti, usaha sekerat jalan, bila salah tuding jari. Aku taknak masuk dlm golongan ni.
Bukan berlagak baik, bukan juga berlagak sombong, tapi lebih baik berlagak baik drpd hipokrit di waktu sekarang dan hari-hari yg mendatang. Bijak dan pandainya seseorang itu tidak diukur melalui perlaksanaan tanggungjawab sahaja, tetapi ia juga b'dasarkan pemikiran yg rasional tanpa meminggirkan tafsiran. Krn orang spt ni lah dikatakan pandai. Org pandai sentiasa selesa dgn tindakan rasionalnya, dan org bodoh shj yg terasa diri diperalatkan dan dijadikan batu loncatan utk mendapatkan hasil yg memuaskan hati manusia itu sendiri tanpa menyedari batu loncatan ini hampir hancur krn sikap manusia yg hipokrit dan tidak menghormati kehidupan org lain. Sanggupkah anda abaikan perasaan IBU BAPA anda yg melahirkan anda ke dunia dan memberi didikan supaya anda menjadi insan berguna bukannya insan yg dipergunakan..? Sanggup jugakah anda mengabaikan kata hati dan iman anda demi menjaga air muka org lain sedangkan kejujuran anda dipandang hina...? Fikirkanlah.. Jika salah maafkanlah.. Emosi manusia juga kadang2 sangat rasional walaupun dikatakan tidak patut.
[ditujukan kepada semua, utk menyedarkan bahawa, kalau kita ade duit seposen x payah nk berlagak ade duit berjuta. kalau kita tak tahu hukum hakam, tak payah nk berlagak serba tahu, kalau kita sendiri buat salah, insafilah. kalau kita sayang agama, utamakanlah tanggungjawab kepada Dia dahulu sebelum kita mempersoalkan tanggungjawab diri kepada perkara2 sampingan. Dia nombor satu. Yg lain tu perlu tapi biarlah berpada-pada. Janganlah kita mempergunakan hak yg ada. Hak itu milik Dia, kita milik Dia. Bukan mahu mengata, tapi inilah luahan rasa. Hendak dikata dituduh pula fitnah, hendak diluah didengar tanpa rasa, hendak menahan rasa tidak lagi terdaya.]
p/s : semoga Allah tabahkan sekeping hati ini..
No comments:
Post a Comment