FOLLOWERS

Wednesday, March 9, 2016

Checklist : Wedding Theme

Hai! Assalamualaikum.

Cakap pasal tema wedding ni aku rasa part ni semua bride excited kan? Benda first nak fikir sebelum proceed benda lain. I mean, only BRIDE. Nak pilih color tak boleh pilih color yang menyebabkan kita nampak tenggelam, yelah setiap orang ada color yang tak naik seri kan, contoh kalau kita dah kulit sawo matang, kita plak pilih color koko koko gitu hmmm satu warna jelah dengan kulit, serius tak naik seri orang kata, my groom sangat particular bab tu.

Cakap pasal warna tema ni aku rasa banyak nak mampuih pilihan aku. Ok tang pilihan tu biasalah kan, tapi memandangkan aku takde specific favourite color, apa-apa color pun boleh asalkan naik seri and nice giler on my wedding day.

Orang yang paling bertungkus lumus decide color ni of course la my lovely mother. Dia yang google, kejap-kejap suggest color ni, kejap-kejap color tu. Pening i tau, tapi tu lah at least kita nampak choices tu.

Banyak kali kitorang tukar color HAHAHA. Aku rasa adaaaa lah dalam 5x tukar color which is 5 color. Mula-mula bincang dengan MSA my groom to be, nak gold. Bincang pulak dengan my mom, gold match dengan mint green. Pengantin pakai gold lah sebab kitorang nak gold, so family semua and other things mint green. Ok yang ni agak muktamad, siap pergi jakel ambil kain sample bagai. Work hard jugak lah aku dengan mak aku hehe. Tapiiii, baju pengantin pulak takde gold yang macam gold kitorang nak, bridal pun taktau nak cari mana warna gold kitorang tu. Hmmmm. Tapi boleh diusahakan lah dia cakap, ok kita stick dengan mint green gold. Kan aku cakap agak muktamad HAHA.

Eh tuptup beberapa bulan sebelum majlis kahwin aku, cousin aku kahwin dan dia guna mint green! Maigod dah rasa alaaaa KakYa (Alia) dah ambil mint green. Tapii tetiba jugak abah aku disagree sebab dia nampak mint green ni tak lawa sebab pastel kan, nampak pucat tak naik seri sangat, MEMANG PON. Tu realiti aku kena terima mint green memang pucat hmm, Ok tukar.





Kitorang go through dusty blue pulak. But still match dengan gold, sebab memang nak goldd. Lawa juga dusty blue weh. Huhu mabuk warna dah. Tapi usha-usha kain, takde dusty blue yg kitorang nak pulak dah. Ok tukar lagi.



Now dusty pink dengan gold pula. Tapi abah la tak setuju sebab warna pastel ni dia tak suka, bagi dia tak lawa sebab kita sedia maklum la warna pastel ni lembut, soft, bukan striking. Orang-orang tua ni nak warna yg menyerlah gitchuuu. Ok tukar lagiiiii.




Aku suggest pulak emerald green. Sedara mara, mak aku pun macam agree. Agak muktamad juga warna ni. Tapi eh tetiba aku taknak HAHAHA takde color ni dengan bridal masa tu. Hmm pening tukar color ni, MSA pun macam dah lemau.




At last aku dengan mak aku nak red and pink! Eh setuju pulak sebab bukan pink pucat pun. Kitorang decide belah bride pink and rombongan groom aku suruh MSA tanya dulu mak dia agree warna apa, and mak dia nak merah. Wahh ini berita baik sebab memang merah dalam list untuk matching dengan pink HAHA. Which is good dah sepakat warna tema. Pendek kata wedding theme kitorang red pink la. Discuss dengan parents sebab diorang nak setup canopy semua, tema pink and white. All decorations memang guna pink. Pelamin, meja makan pengantin, canopy, goodies etc ^^, Kan nampak tu sepakat muafakat tu red pink memang ngam. Tapi untuk aku dan MSA ni sebagai pengantin, kitorang choose maroon attire, highlight sikit. HEHE. May Allah ease insyaAllah.





 Wedding theme  takde la garden bagai. Ala kadar sahaja ikut kepuasan hati sebab kahwin ni sekali je seumur hidup, struggle for the best wedding. Bagi aku tema wedding aku tak kisah gah ke tak asalkan sampai hajat nak panggil jemputan tu semua, nak raikan aku bakal pengantin. 

Untuk akad nikah aku dengan MSA akan pakai warna cream since masa bertunang haritu kitorang berbalas dulang hantaran sepasang persalinan untuk nikah (cecece nampak tak kat situ pertunangan tu dah memang ke arah perkahwinan dah green light parents, saja je gedik bertunang nak kasi simbolik plus nak diamkan mulut orang yang bising tanya bila nak nikah, so bila diorang tengok aku dah bertunang senyap la sikit mulutnya kan sementara aku buat persiapan untuk wedding tu diorang tak sempat berbunyi pun BILA NAK KAHWIN, bukan desperate orang bertunang kita bertunang pun okay! hehe).

Perasaan? Entah, aku macam busy giler je uruskan persiapan perkahwinan ni, tak sempat fikir perasaan sendiri. Yang aku tau, aku busy. Hari-hari aku sangat busy. 


No comments: