Malam ni terpanggil.
Untuk membuka kekunci blog.
Menekan masuk kata kunci.
yang bila aku tekan utk pertama kali, gagal.
Kali kedua, gagal.
Aku semakin lupa.
Kali ketiga, terpapar header yang dikenali. - senyum, aku rindu blog ni..
Entah kenapa. Jiwa aku terpanggil utk kesini.
Mungkin kerana rasa hati terlalu resah.
Resah merindu.
Resah menanti.
Rasa hati macam nak pecah!
Pernahkah kau rasa rindu yg tersangat mencengkam.
Sampai kau tak boleh bernafas,
Sesak nafas di dada.
Benar. Aku derita merindu. Rasa yang sentiasa ada sejak dari 4 tahun yang dulu.
Rindu yang terkadang mencengkam, terkadang aku tak paham.
Haha. Takpelah. Aku tahu, kerana dia wujudkan sayang.
Rindu ini miliknya.
Lelaplah mata. Lupakan seketika resah hari ni. Nanti pula esok hari.
Katakan pada dia, di semalam harinya, kau terlalu rindu padanya.
Mekar, seperti selalu.
Namun di semalam harinya, seperti hari pertama rindu berada.
TERLALU TEBAL!
Kau merasakan seperti semalaman yg tiada koma, tiada noktah.
Urut dadamu.
"Maa Fii Qalbi Ghairullah.."
Kau cuma ingin dia.
Dia.
No comments:
Post a Comment