FOLLOWERS

Thursday, February 27, 2014

Masalah Fitrah Hati

Assalamualaikum. Lama tak jumpa kan? Hahaha. Macam ada je orang nak jumpa aku dalam ni. Takpe, terkadang bajet femes ni boleh hilangkan stress kau tahu. Tak tahu cuba try test.

Sebab dan musabab kenapa aku tetiba munculkan entry ni, aku ingat nak up satu status kat facebook. Tapi bila fikir apa yang aku nak cakap ni panjangnye lahaiiii, aku pun terfikir lah yang aku ni blogger. So, aku guna medium ni untuk menyampaikan. Harapnya juga minah-minah, mamat mamat semua sudi meluangkan masa. Tak sudi takpe, ada aku kesah. Aku pun ada pengikut setia yang tersendiri. Cewah. :)

Aku terfikir kenapa bila ada masalah pasal relationship dengan pakwe ke, dengan makwe ke, dengan teman tapi mesra ke, dengan tunang ke, diorang kerap kali gak aaa cari aku. Eh jangan salah faham, bukan aku marah, tapi aku terfikir apa yang menyebabkan aku dipilih. Padahal aku bukan doktor cinta babe, aku sendiri pun ada masalah yang tak boleh diselesaikan.


Mula-mula sekali aku nak say sorry girlfriends, aku kadang hanya boleh mendengar, berfikir dan terkadang juga aku ikut sama menangis dengan kamu semua. 

Maaf juga kalau aku tiada solusi untukmu.
Walaupun secebis solusi masalah hatimu - aku takde.
Aku kadang bingung dengan hal macam ni. -.-

Benar weh. Sangat benar. Cinta boleh merosakkan. Dalam bahagia kau tak sedar cinta tu sedang membinasa diri kau. Kau cuma perlu jadi matang. Dan terkadang juga kau kena pentingkan diri sendiri. Kerana apa? Kerana kalau bukan kau sendiri yang faham dan nak jaga hati kau, siapa lagi.

Tapi aku nak tekankan kat sini, TERKADANG. Terkadang saja kau harus jadi selfish, jangan selalu weh. Masalah pentingkan diri juga bahaya. Kau mahu hidup berdua. Tapi selfish. Apa cite?

Girlfriends, aku kadang sedih.
Bukan nak menunjukkan simpati.
Tapi aku tahu bagaimana rasanya.
Aku juga perempuan.
Sikit sebanyak aku rasa jugalah betapa lelahnya.
Hahaha. Bertungkus lumus.

Girlfriends, kau kena ingat, benda yang selalu berubah bukan siang dan malam. Bukan pasang dan surut. Tapi HATI MANUSIA. Kau kena paku dalam-dalam bahawasanya Allah la yang paling berkuasa membolak-balikkan hati kau.

Girlfriends, maaf jika kau buntu - aku lagi buntu.
Aku kadang hanya boleh mendengar.
Aku kadang tak boleh menyelesaikan.

Tapi lewat usia ini aku sedar. Klise teramat bila aku terlalu menasihati orang, Allah dengan yakinnya menguji aku dengan ujian yang sama kau berperang. Habis la aku. Battlefield sebenar! Terus aku jadi seperti kau. Buntu juga. Nasihat aku tak berguna dah untuk diri sendiri. Aku sangat paranoid dengan itu. Sungguh.

Girlfriends, aku cuma kawan. Yang boleh mendengar. Paling sempit pun aku boleh cakap 'bawak berbincang' walaupun aku tau untuk berbincang masalah fitrah hati dengan pasangan kau pasti susah.

Aku bukan tak sudi membantu. Aku cuma ingin kau semua tahu, aku akan bantu jika aku terdaya dan termampu. Dan andai kata aku terdiam ketika mendengar cerita kalian, harapnya mengerti aku juga pernah sama seperti kalian. Aku tak suka bila aku kelu tanpa kata, dan kau penuh dengan sedu, kau tuduh aku tak faham. Kau kata "nape ko diam? ah ko takkan faham apa jadi dengan aku." Bila aku diam tanpa kata, aku faham weh sebab aku pun pernah rasa, dan mungkin sedang merasa? (in case aku tak berkata-kata lah) -.- Meh sini aku peluk, jangan risau, mendung pasti pergi. Kau lupa pelangi selepas hujan? :)

Terima kasih girlfriends yang kadang aku hairan, kenapa lah korang ni percayakan aku. Tak takut ke kalau aku sebar cerita hati kau. Buat cerita itu ini. Huhu. Terima kasih kerana memberi kepercayaan. Aku juga sama seperti kalian.

Hubungan aku juga tidak sempurna. Mana ada yang sempurna kau cuba cakap? Sedangkan isteri Nabi Siti Khadijah pun ada sifat cemburunya bila Muhammad s.a.w berkahwin lain. Hubungan aku pun kadang pernah dipukul ribut. Hubungan aku kadang dihujung tanduk. Apa yang aku nak pesan, walau hubungan kau seperti sehelai rambut yang hampir terputus sekalipun, cubalah kau terima keadaan itu sepertimana kau terima dirinya dahulu. Awal dulu kau rasa bahagia, cuba kau ulangi rasa itu. Kalau kau kata rasa itu hilang, menipulah. Itu kerana kau bercakap dengan amarah. KAU BENCI! Pasti kau terfikir balik, "ya Allah, teruknya ego aku.. teruknya nafsu marah aku.. disebabkan 1 keburukan dia aku terlupa 1000 kebaikan dia..." Menyesal. Mana mungkin kau lupa detik yang pernah bahagiakan dunia kau, melainkan orang tu betul-betul buat taik sampai tak boleh dimaafkan sampai diibaratkan macam didakwa atas seksyen 302 kanun keseksaan yang membawa hukuman mandatori. Haa gituuu. Serius ngoti aku cakap ni. Hehe.

Girlfriends ku sekalian alam, benar kertas yang dironyok jika dibetulkan balik memang akan kedut seribu. Memang benar kaca terhempas tak boleh dicantum. Tapi cuba kau fikir, kalau recycle dua-dua benda tu bukan ke boleh balik ke bentuk asal? Cuma proses nak kitar semula tu sangat la rumit. Masuk kilang, masuk mesin, baru keluar yg baru tanpa kedut tanpa sompek mana-mana. Alah, habis tu kau ingat hubungan dua pihak ni tak rumit? Baik kau takyah bercinta!

Susah tak susah nak harmonikan hubungan hujung tanduk ni hanya yang pernah merasa je tahu. Kau risik-risik lah dengan yang lain. Dengan aku pun takpe, aku pun berpengalaman juga. Hehe. Harap kalian faham dengan entry aku kali ni. Aku cuba untuk beri jawapan yang memuaskan, aku nak tengok kalian bahagia. Tapi terkadang bila orang meminjam bahu kita, meminjam telinga kita untuk mendengar masalahnya, sebenarnya dia bukan nak dengar nasihat kita. Dia cuma nak kita sokong je keputusan dia. Untuk dia berasa lega, tenang. Betul! Aku faham disetiap helas nafas panjang kawan-kawan aku.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak pasangan bercinta. Belum nikah lagi. Cuba kau bayangkan pasangan yang baru je kenal tak sampai setahun terus nikah. Apa, kau ingat setahun tu dah cukup untuk mengenali hati budi? Kau silap weh! Untuk mengenali hati budi dan perangai seseorang ni terlalu ambil masa. Tu pun belum tentu dapat. Kau bayangkan pasangan baru nikah tu macam mana dia nak kenali pasangan dia selepas bernikah. Kalau ada buruk ada kurap ada sompek yang memang susah nak diterima, takkan mau minta cerai terus? Haa kau fikir, kau fikir. Cuba letak diri kau ditempat mereka ni. Usaha mereka ni padu. Yang penting kau cuba kenali selagi ada masa. Takkan kau rasa pahit sikit dah terus nak give up? Lainlah kalau pahit tu dah bertahun-tahun kau merasa. Aku rasa better kau angkat kaki, blah weh. Hahaha.


Toodles!

No comments: