FOLLOWERS

Saturday, July 25, 2015

Tie the knot.

Assalamualaikum and hai. Alamak lama fulak tak update blog ni. Terlalu busy dengan ups and down sebagai seorang hamba Allah, seorang anak, seorang kakak, seorang pekerja, seorang pelajar, seorang kekasih. meowww~

Let me start with my new life enhancement. Dah banyak sebenarnya.. Tak kesah, blog ni sebenarnya wujud utk sad and happy moments. Tapi bila banyak sangat moments, otak je tempat simpan. RAM okay lagi, tak 'hang'. HAHA!


Me and sang arjuna:


Alhamdulillah, we are still together. 6 years with too many ups and down, high and lows, nangis, gaduh, feeling berantakan, pastu get back together, pastu gaduh lagi HAHA. My mother said, when people are so in love, gaduh la cmane pun, fed up la cmane pun, marah la cmane pun mcm dunia nak kiamat ke apa, you akan cari dia jugak. And memang betul pun, takde rasa bosan. Mcm gaduh tu dah jadi mcm games. Kau rasa kau nak main game, kau cari la point nak gaduh. Wakaka. Because i know, i cant get another man like him. Sama juga mcm dia. Gaduh gaduh, mesti takdan lama. Sehari dia dah menyendeng cari kita balik. Hehe sweet dokkkkk. Macam life incomplete giler a day without you kononnya.

Kitorang memang dah lama kenal, 9 years kot.. Masa aku form 4. Nak dipendekkan cerita, lepas hampir 6 tahun bercinta, family aku mula serius. Sebelum ni lek lek je. Tapi entah kenapa, tanggal 19 Julai 2015, hari raya aidilfitri ketiga, abah ada tanya "kaklong bila nak bertunang, Munir dah tunang" Munir tu sepupu aku, muda setahun pada aku. Sebelum ni, bila disoal camtu aku lek lek jugak. Tapi entah cmane hari tu lepas abah aku soal camtu aku rasa sangat tercabar. Naik angin jugak la. HAHA.

Terus aku mesej MSA, aku bagitau dia. Berlaku lah kekeliruan sikit. MSA tanya "mana satu ni, hari tu kata takyah tunang, nikah terus.." HAHA. Aku dah berangin. Dua-dua angin, tapi MSA cepat sejuk. Dia cakap takpe, nanti dia discuss dengan family dia, dah lama dia tunggu family aku "berbunyi". Haih masalah dah lama berbunyi, tapi kali ni macam serius lain maciam pulak. Masa dia tengah discuss tu sambil mesej aku. Dia kata okay, family dia cakap okay. Tunggu dalam minggu ni before dia balik KL dia datang rumah. Yeay! Aku apa lagi, berdebar jugak lah. Sebab MSA ni jenis suka refer pada orang tua, masa dia discuss tu ramai paksedara maksedara dia ada bincang sekali. Banyak jugak issue. Penyudahnya MSA kena tembak. HAHA dont know why, nanti kita korek cerita. Maybe sebab dia hold lama kot. Memang la bising paksedara maksedara dia tu. Dah tiba masa..~

Keesokan hari, raya keempat, family dia buat open house. Aku seperti biasa, dijemput. Awalnya parents nak gi sekali, tup tup abah plak dah start puasa 6. Makanya, takpelah. Aku pergi dengan adik perempuan aku, maksedara aku Che Sue dengan anak dia, Sofea. Lepak lepak makan makan sembang sembang, aku mintak diri nak balik. Tapi mak dia sempat tarik aku, bisik. Cakap pasal yang MSA bincangkan semalam. Mak dia cakap gosok gosok belakang aku, katanya, "jangan risau..bulan depan insyaAllah rombongan maa datang.." Segan pulak rasanya.. Heee.. Mak dia risau sebenarnya nak ikat anak dara orang ni. Tapi aku husnudzon, aku percaya jelah dengan apa yang Allah takdirkan. Walaupun dugaan bertunang ni orang kata lagiiii hebat, aku pun takut takut jugak. Aku ni dah la camni (read: emotional), lagi bahaya kan.Tapi bagi aku, asalkan dedua pandai jaga diri pandai jaga hati jaga mata, insyaAllah takde apa benda tak diingini berlaku. Disebabkan dua-dua family pun dah get along, abah pun dah sebut-sebut tu, parents dia tunggu masa jelah kan.. :)

Hari raya kelima, 21 Julai aku keluar dengan MSA sebab dia ajak teman gi kenduri bestfriend dia. Kitorang keluar awal pagi, gi makan dulu. Then terdetik nak usha cincin. MSA ikutkan je. Entah dia ikhlas ke tidok. HAHA. Sesampai je di kedai emas dalam bandar KB sana, kitorang usha usha cincin emas. Makcik tu baikk punya, nampak je kitorang tengok meja cincin terus dia bawak keluar stok cincin dia. MSA cakap kalau nak beli cincin beli yang emas batu berlian. Taknak yang cikai-cikai RM400, RM500. Aku dah melopong. Dah kenapa nak mahal-mahal. Orang nak cut cost. Dia nak membazir plak. Katanya, mak dia yang syaratkan camtu. "nak bagi cincin pada Ya tu bagi yang mahal yang boleh dia pakai lamaa sampai ke tua, yang batu berlian, berkilat di jari, Ya tu comey pakai barang kemas, maa nak suruh comey lagi.." Pulak dah. Haih la MIL to be i nih. Aku tak demand pape, dia plak yang beriya. Hehe (aku jugak yang untung kannnnn wek).

Sekali MSA berkenan dengan sebentuk cincin ni emas 916, ikat dengan berlian swiss ya rabbi dah macam cincin lady diana lawa berkilat dia. Mata aku dah bling bling. Aku memang pantang barang emas ni, nak nak lagi cincin berlian. Uiiii memang favourite since forever la tu. Mak kita sendiri pun dah bagi macam-macam dari subang ke rantai leher ke gelang tangan ke cincin, lagilah kita makin suka dengan emas. Harga cincin MSA berkenan tu hampir 2K jugak. Mak aih. Aku dah terdiam. Mahal gila kot. Ada yang aku berkenan, batu berlian gak, simple sikit, harga dalam RM700 gitu. Tapi MSA kata jangan kurang drpd RM1000. Ya rabbi. Mahalnya awakkkk. Ada duit ke nanti spend banyak. Dia kata takpe, duit bleh cari, kekasih sejati sorang ni je, sanggup beli yang mahal, asalkan cantik. Mata aku dah berkaca dah. Hukhuk. Terasa mcm banyak pulak dosa kita dengan orang yang sayang kita sangat-sangat ni. Tahan sebak sebab aku tau dia punya struggle nak saving tu bukan macam orang bergaji 5K sebulan. Dia pun banyak komitmen lain, so aku rasa tak perlu berlebihan pun utk belanja.

Tanpa cakap banyak, MSA nak depositkan duit utk chop cincin tu. Aku lagi terkejut. Oii, cepatnya! Kita datang nak survey je. Banyak lagi kedai lain. Tapi MSA cakap, dia malas survey banyak kedai, sebab dia tahu aku ni jenis cmane (rambang mata), dia takut aku nanti yang nak macam-macam. KAHKAH. Terus dia discuss dengan makcik tu pasal deposit. Sebab cincin tu kena potong, besar sikit. Jari aku kecik halus mulusss auwwww. Aku dah senyum terharu, awakkkkk, kenapa lahhhh. Maka, aku akur, sama-sama bersetuju utk chop cincin tu dengan deposit sebab makcik tu cakap kena potong ikut size jari, and paling aku rasa makcik tu menipu bila dia kata ada satuuu tu je lagi design gitu. Tapi aku rasa tak pun. Saja dia je strategi dia nak suruh ada buyer. HAHAHA

Then MSA nak usha cincin utk lelaki plak. Nasib baik banyak jugak choice yang lelaki punya kat kedai tu. Dia berkenan dengan cincin cangkerang silver, bertatahkan berlian dan ada seketul batu permata sapphire blue. Cantik! Aku suka. Pendek kata, taste aku dengan MSA ni lebih kurang sama. Cincin tu lebih kurang 1K. Bincang-bincang, kitorang pun sama-sama keluarkan deposit alang-alang dah booking dua cincin terus. Alhamdulillah settled. Makcik tu cakap, balance bayar nanti cincin dah siap. Heee.. Ok, tutup bab cari cincin. Awal kemain. Tak sampai seminggu perbincangan dengan family, dah cari cincin. Bukan apa, sementara dah jumpa yang berkenan, beli jelah. Lagipun MSA nak balik KL dah, takut disebabkan time constraint tu nanti buat point kitorang serabut then gaduh pulak kanggg nak cari cincin. Hewhew~

Dan hari berlalu seperti biasa.. Memandangkan musim raya, banyak undangan kahwin member2. Alang-alang keluar dengan MSA, kitorang banyak berbincang pasal majlis dan rombongan meminang. Excited ya rabbi Allah je tahu. Ada satu malam tu MSA takleh lelap mata, sebab excited. Aku terfikir gak, ramainya excited bila kita nak buat benda baik.. :)

MSA buat keputusan untuk berjumpa parents aku officially untuk discuss hal ni je. So, semalam 24 Julai, dia datang hensem-hensem rumah aku. Sorang dia je. Abah sambut dia depan pintu, sebab aku dah cakap dah kat parents, MSA nak datang bincang. Maka diorang berdua (MSA dan abah) duduk bincang pasal majlis meminang tu nanti yang dijadualkan masa raya haji, dua bulan dari sekarang. InsyaAllah semoga Allah permudahkan rancangan kami. Kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan. Abah is sangat open, aku dapat tengok muka lega MSA sebab abah tak banyak songeh. Mudah je kerjanya. Hee. Alhamdulillah syukur, kata sepakat dah ada. Takde aral, insyaAllah rombongan meminang datang dua bulan dari sekarang. Weeee. Insya Allah insya Allah.. Rabbi yassir walaa tu'assir..


Terima kasih Allah, semoga ini bukan ujian semata untukku.. Semoga ini langkah pertamaku untuk membina keluarga bahagia.. Semoga ini jalanMu yang benar untukku pilih.. Terima kasih Allah untuk perasaan yang tidak pernah mati ini.. Terima kasih untuk rezeki pasanganku, rezeki kejayaanku, rezeki jodohku, rezeki keluarga bahagiaku..

Terima kasih Ma Abah, restu yang paling anakanda harapkan adalah dimana anakanda ingin memilih pasangan hidup.. Restu untuk menerima insan pilihanku, dengan berbesar hatinya.. Terima kasih untuk penerimaan ini.. Terima kasih diatas kepercayaan ini.. Terima kasih untuk "excited" ma abah nak menerima menantu pertama.. I can see in your eyes, daddy is so happy bila dia tahu akhirnya rombongan meminang akan datang, mommy is so supportive and very advisable.. Without both of you, i cant do this.. Terima kasih untuk segalanya.. I love you both, my great king and queen..

Terima kasih Ma Abah (to be), restu dan pilihan ini juga yang anakanda harapkan dibalas dengan senyuman dan diterima dengan berbesar hati.. Terima kasih diatas segala layanan dan penerimaan diri ini sebagai kekasih disisi anakmu.. Terima kasih diatas sokongan dan begitu banyak perkongsian diberi.. Terima kasih kerana menyambut soalan keluargaku dengan jawapan yang sangat dinantikan.. InsyaAllah..

Terima kasih kekasih. Semoga kamu terus kuat, terus berdiri demi pertahankan kasihmu kepadaku. Semoga kasih kita sentiasa subur, berkat di sisi Illahi.. Terima kasih untuk segala penat lelah, terima kasih untuk segala toleransi, terima kasih diatas kesabaranmu.. Hukhuk. Mata dah berkaca.. I love everyone that loves me.

Semoga perancangan ini diberkati dan diredhai oleh Allah.. Semoga Dia mudahkan jalan untuk kami.. Orang kata, bila dah bertunang, memang 100% akan focus untuk ke jalan yang halal.. insyaAllah.. memang itu tujuaannya, kami mencari jalan untuk menjadi yang halal disisiNya..

Semoga semuanya baik-baik saja. Aminnn.. Korang please doakan aku! Haha. Nanti kita bagi hadiah. Kek 5 tiers. Auwww

Toodles!

No comments: