FOLLOWERS

Saturday, September 1, 2012

Exam dan situasi yang tipikal.

mood beraya dah habis. kita upload gambar dulu. with Nurul Ain Najian~

5 hari yang lepas, bila bangun dari tidur, badan mula terasa nak demam. Tapi aku ignore sebab biasalah kan, baru bangun tidur. Kehulu kehilir, lepas tu bila masuk malam, tekak mula rasa pedih. Badan mula menggigil, seram sejuk macam nak demam. Abah pun cakap "makan ubat terus. ubat demam dan ubat selesema. sebab kaklong biasanya selalu demam selesema.." Ok, lepas makan malam tu aku ambil dua biji paracetamol dan sebiji ubat selesema.

Keesokan harinya pula, bila terjaga dari tidur, tekak terasa saaaangat pedih. Nak menelan tak boleh. Mata mula dah berkaca dah. Sebab sakit yang amat. Malamnya nak naik bas pulang ke kampus. Mulalah emosi tak menentu. Haih.. Kemudian, abah ingatkan lagi makan ubat supaya bila tiba di Muadzam Shah aku tak demam. Sebab dua tiga hari selepas tu aku akan menduduki final exam.

Beberapa hari di Muadzam Shah, pedih tekak semakin menjadi-jadi. Aku kira, dah hampir seminggu kot. Menangis bila nak telan airliur, pedih macam kena hiris dengan pisau je tekak ni. Menangis dan merengek, terasa seksanya. T_T

Badan panas, rasa tak larat nak bangun, tekak tak payah cakaplah, it's getting worse. Sampaikan aku cakap macam ni kat encik buah hati pengarang jantung "sakit laaaa, rasa macam ada ketumbuhan je dalam tekak ni, entah-entah nak mati esok lusa dah.." HAHAHA aku memang suka fikir benda mengarut bila dah sakit. Kemudian, dia pun jawab "dah kenapa asyik cakap bukan-bukan je, ada plak ketumbuhan, tu sebab tak cukup air je laaa, awak demam, biasalah tu pedih-pedih tekak.. nanti beli strepsils yang warna ungu tu, kalau rasa nak batuk kena tahan, jangan main lepas je kuat-kuat, boleh pecah paru-paru tau tak.." Ok, aku memang selalu dapat ceramah free macam ni. Terima kasih. Hehe.

Selang sehari, aku beli strepsils macam dia cakap. Makan macam nak overdose je, tapi tak baik jugak. Makin teruk rasanya sebab setiap kali bangun pagi, pedih kat tekak macam menyucuk bila nak telan airliur. Boleh keluar airmata sebab sakit sangat. Lagi laa kuat aku merengek. Kat buah hati mahupun kat abah. Kenapa bukan kat mak aku? Hehe. Sebab dah tau dah, kalau merengek kat mak aku tu macam takde apa je sebab dia akan suruh aku ikhtiar sendiri, sebab bagi dia aku mengada-ngada jeee :p Dia lebih meng'independent'kan anak-anak. Tapi kalau aku tanya tips or petua-petua, lajuuu je dia cakap. Mujarab pulak tu. ;)

Tapi dengan strepsils pun tak jalan. Aku menangis lagi. Sakit tau takkk.. :'( Si buah hati dah takleh duk diam dah bila aku mengadu macam-macam. Tak heran lah kalau dia dari KL nak datang Muadzam nak bawak aku pergi klinik, sebab aku memang takkan jejak klinik tanpa maa abah dan dia. Sebab aku takut kalau pergi dengan orang lain, tak secure. Aku masuk wad sebelum raya hari tu pun dia menggelabah ayam, tak senang duduk. Kawan-kawan dia kata "kalau Syahmi takde komitmen kerja ni, confirm dia pergi Kuantan tu. hari-hari duk cakap risau kat Nadia risau kat Nadia, awak kena jaga kesihatan molek-molek, kitorang pun jadi risau gak bila Syahmi cakap awak masuk hospital, pastu tengok dia macam tak tentu arah.." Huwaaa aku terharu tahap dewa. :') Sorry kalau saya yang serabai ni menyusahkan kalian.

Dan hari ni, menghitung dua hari lagi sebelum final exam. Pun sakit tekak di tahap yang aku rasakan "arghhhhh takde tekak lagi bagus!!" Pedih dan pedih dan pedih. Mampu minum air masak, air susu, dan coffee sahaja, nak makan tak lalu sebab takleh nak menelan. Bila call abah buat keberapa kali entah aku tak ingat, abah cakap "haaaa abah tau doh.. tonsil la tuu.. kalu buleh tokse telan gapo-gapo sebab pedih.. tonsil tu bengkak tu abah rasa, memang pedih. minum air banyak sikit, beli ubat kat farmasi..dio sia sendiri biasonyo..."

Adik perempuan aku cakap aku manja. Sakit sikit, mengadu kat abah. Sakit sikit, mengadu kat abah. Dia bandingkan aku dengan dia, dia bila demam tak mengadu pun, tapi abah yang tau sendiri. Biasalah instinct mereka kuat katanya. Puiii bosan betul dengan statement budak tingkatan 3 yang baru dapat 7a dalam trial PMR tu. HAHAHA tahniah btw. I lebiu.

Hopefully, kesihatan bertambah baik, tonsil ni pun nyah kau dari sini, bosan laaa. Selamat menduduki peperiksan akhir semester untuk semua orang yang tengah nak final exam. Muahaha. Semoga beroleh kejayaan, kekalkan pointer yang best. :)

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Toodles!

No comments: