Dikala insan-insan sedang lena dibuai mimpi.. Aku masih begini.. Tanpa sedikit rasa mahu melelapkan mata walaupun mengantuk itu tidak pernah alpa.. Memikirkan setiap bait bicara.. Terus aku bermuhasabah diri.. Sedikit penyesalan berada di relung hati, persoalan demi persoalan aku lontarkan ke udara tanpa ada jawapan.. Mengapa lah aku begitu? Mengapa lah aku begini? Tapi ingat.. Setiap manusia ada kelemahan dan kekurangan. Lega aku disitu bila berfikir sedemikian.. Namun masih mencuba untuk perbaiki diri.. Alhamdulillah aku masih sedar diri tanpa ditampar-tampar pipiku dengan selipar jepun.. (apa kes tiba-tiba selipar jepun yang keluar?)
Entry ini sebenarnya untuk mereka yg mahukan insan yg sempurna segalanya namun mereka sendiri tidak seperti itu. Mereka berbicara lebat seolah-olah mereka hebat seperti jebat ketika memikat, tapi? NOTHING. Dah kenapa aku pulak yang emo ni. Hahaha menunggu pagi. :)
Aku menghayati bait-bait lagu, aku diam, aku senyum, mata kiriku berkedip-kedip. Tandanya mahu menangis. Betul kan? Tapi masih juga tidak menangis. Mungkin esok. Hehe. Kerana naluri aku kuat mempercayai setiap apa yang terjadi kepada anggota badan dan pancaindera itu pasti bersebab (setiap kali mata kiri berkedip-kedip, memang confirm aku akan menangis dalam tempoh 24 jam). Diri terpanggil untuk mencoretkan sedikit rasa disini..
Cinta itu buta, tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, hanya perbuatan dan tindakan yang membuktikannya sehingga terzahir pada tingkah laku dan tutur bicara. Benarlah sang arjuna pernah berkata, "cinta tak semestinya datang dari kata-kata".
Setia itu tanda cinta, ianya satu tiada dua. Susah senang ditempuh bersama walaupun tiada di depan mata. Walau dia tidak sehebat kamu kamu kamu yang berbicara lebat tentang apa yang kamu rasa hebat, namun dia tidak pernah lupa memperbetulkan kesilapan aku sedikit demi sedikit. Dia tidak pernah lari dari kesilapan sendiri dan menuding jari kepada orang lain. Sungguh itu bukan pekertinya. Dia tidak pernah tinggalkan aku dalam keadaan lemas terkapai-kapai bila aku memerlukan. Sungguhpun dia tidak hebat seperti kamu kamu dan kamu, namun dia hebat di hati aku.
Dan bagi aku, cinta itu bukan semudah abc untuk diluahkan dengan kata-kata. Baru kenal sepuluh hari tanpa pernah bersua muka, sudah rela bermain dengan kata-kata. Paling melucukan, begitu mudah mengungkapkan "i love you" terhadap insan yang didamba (damba lah sangat, pantang tengok orang cantik/hensem, terus kasi i love you. terus cakap i sayang you. oh berwaspadalah kalian dengan insan yang begini kerana di dalam hatinya tersirat sejuta permainan untuk dimulakan, kelak akan tahu apa itu erti penyesalan). Dan yang paling kelakar, bila tak dapat kakak nak mengorat adik pulak. Sungguh lucu insan seperti ini. Bila sudah bosan, ditinggalkan tanpa alasan. Alasan paling best mungkin terbit, "saya belum bersedia nak bagi komitmen" Eh? Dimana hati dan perasaannya? Sampai bila-bila pun insan seperti ini tidak akan mempelajari erti sebenar. Mati rasa mungkin dek kerana terlalu manis berbicara, lantas bicaranya telah membunuh rasa. :)
Bagi mereka yang bijaksana, pasti tidak akan ternoda dengan insan yang memulakan langkah dengan mulut yang manis TANPA ada sedikit pun keikhlasan dan kejujuran dan juga kesungguhan. Dimanakah kejujuran hati mereka? Sungguh aku tidak nampak kejujuran jika mereka begitu. Sungguh kasihan. Mahukan insan yang jujur dan pandai menjaga hatinya, pandai menjaga imannya, pandai menjaga tutur bicaranya, namun kamu sendiri tidak seperti itu, bagaimana insan yang didamba itu layak untukmu? Waduh waduh waduh semakin emosi aku dalam hal ini.
Aku kesian tengok kawan-kawan sendiri yang bakal menjadi mangsa permainan kotor insan seperti itu. Mahu dinasihati, risau pula jikalau dikata aku ini batu api, bersangka buruk pada orang, dengki dengan orang. Mahu dengki apanya kalau insan yang berada dihati aku tatkala ini pun jauh lebih sempurna? HAHAHA taknak dengar nasihat orang, aku diam lagi bagus. Lantak korang lah. Bila dah terkena baru merasa.
| berbicara dengan arnab lagi bagus daripada berbicara dengan mereka yang berlagak hebat, tapi nothing. |
Toodles!
1 comment:
chumel la gmba ngn arnab tu..
like3 :)
t rajin2 lawat blog kite k,
komen dan follow skali ;)
Post a Comment