FOLLOWERS

Sunday, July 1, 2012

A Gorgeous Floria Putrajaya

Aku suka bunga. Dulu aku tak suka, tapi baru aku tahu bunga tu cantik, bunga boleh membuatkan aku tersenyum, dan bunga membuatkan aku leka seketika bila asyik melihatnya. Kat rumah aku banyak orkid, tapi sayangnya orkid tu semua dah menyembah bumi. HAHAHA. 

Dua tahun lepas, kawan aku mula memperkenalkan aku dengan Floria Putrajaya. Dia shoot gambar banyak-banyak and then bagi aku tengok. First impression bila tengok "woahhh !! cantik gila lahhh !! Kat mana ni, nak gi tengok jugak.." Dan kemudian dia memberitahu, itu adalah garden and flower showcase yang diadakan annualy di Putrajaya. Terussss aku simpan impian nak pergi Floria Festival 2011.

Bila tiba Floria Festival 2011, kawan aku ni sekali lagi inform "Nadia, pesta flora dah ada, pergi la tengok. orang tak dapat pergi sebab sibuk.." I don't know what exactly yang dia sibukkan waktu itu, mungkin final exam or mungkin dia tengah bercuti di Kelantan. Ngeh ngeh ngeh. Jadi, dengan sepantas kilat aku mengajak sang arjuna untuk menjadi peneman setia. And, he did! :D

roses, roses, roses, roses, roses

Takpe kan aku flashback? Sebab nak cerita yang tahun ni punya tak kesampaian hajatnya. Huhu. Floria Festival tahun 2011 bertemakan ROSES ARE FOREVER. Sangat menarik tema dia, banyak garden and landscape yang dia design di tepi tasik putrajaya. Seronok ! Bukan setakat garden showcase je, banyak lagi aktiviti lain and pameran-pameran lain. Yang penting van KFC ada, maka kami asyik berulang alik makan KFC sepanjang tiga hari berturut-turut pergi pesta flora tu. RARE tak? Tiga hari berturut-turut tahu. 

Seronok berganda-ganda bila peneman setia pun enjoy dengan garden showcase kat situ, sebab tu dia sanggup ulang alik ambik aku kat rumah makcik di Kajang and ulang alik pergi Putrajaya for 3 days. Yang dia nya duduk di Cheras. Thank you awak ! :) Garden dia besar sangat, kitorang tak larat nak pusing dalam satu hari, lenguh kaki, dia pun macam penat berpeluh bagai, jadi kitorang decide nak datang esok pulak. :)

ROSES ARE FOREVER

Ini orkid paling mahal masa aku tengok haritu. Sang arjuna sukakan orkid ni, sanggup tilik sampai setengah jam!



Dalam khemah ni segala jenis mak datin pak datuk ada. Semua sibuk nak beli orkid yang paling mahal dan paling cantik. Kitorang dua boleh laa pura-pura jadi anak datuk. HAHAHA. Sebab sang arjuna peramah, orang tegur sepatah dia balas berpatah-patah. :)
  
Lupa apa nama bunga ni, tapi dia sejenis orkid jugak. Mostly aku spend time banyak kat khemah orkid sebab cantikkk !!

Sila percaya !! Namanya memang JANDA KAYA, RM10 je tau. HAHAHA.
Orkid ni orkid paling tahan lama, katanya auntie Cina yang jual orkid tu.

bila penat berjalan, boleh rileks tepi tasik sambil tengok sukan air yang dorang buat.

Kiri kanan kaki ada garden, rasa bahagiaaaa bila berjalan dalam garden pesta flora ni sebab banyak bungaaa boleh singgah-singgah macam taman tu aku yang punya. HAHA.

a beauty of flower gives a thousand reasond to smile. :)

Garden showcase ni dia bukak sampai malam, bunga-bunga tu semua bertambah cantik bila waktu malam sebab disuluh dengan lampu-lampu. Ada laa yang specialnya. Kat pesta flora ni jugak korang boleh tengok pertandingan landscape antara universiti. Pergh ! Memang taman ala-ala omputih gitu. Macam taknak keluar bila dah masuk satu taman tu. Aku mencari jugak mana hasil kerja universiti aku, tapi sayangnya, TAKDOK!!! Kesian, semua tak kreatif sebab budak-budak Uniten ni reti main dengan duit, main computer, main current letrik je, tak kreatif macam universiti lain. HAHAHA. Sorry to say. :p

Bukan setakat pertandingan antara universiti, dalam booth dia pun ada pameran garden daripada semua negara. Ada Thailand, China, Myanmar, Korea, UK, macam-macam lagi. Pergh lagi cantik, dalam booth tu dah macam garden untuk orang kahwin, dia letak sekali konsep untuk wedding ala-ala garden. Taknak pergi tengok? Heee. Rugi tau. :p

Pada waktu malam, ada banyak show yang korang boleh tengok. Antaranya ada fireworks, perahu berhias 14 buah negeri di Malaysia, dan konsert mini. Yang aku pergi tahun lepas, kebetulan member-member sang arjuna yang perform. Sempat jugak kitorang singgah and lepak kat main stage sembang-sembang dengan diorang. Orang yang datang tengok show tu mesti bengang sebab show tergendala seketika. HAHAHA.


persembahan dikir barat dari kumpulan RTM kalau aku tak silap. sebab kebanyakan mereka yang perform ni adalah otai-otai katanya sang arjuna.

event kemuncak dia adalah fireworks dan perahu berhias.

untuk dapat view yang lagi terbaikk nak tengok fireworks, korang boleh lepak kat astaka masjid putrajaya ni.


Sepanjang aku pergi tiga hari berturut-turut tu, banyak benda baru yang kitorang jumpa. Try benda baru. Sebab kat pesta flora ni bukan pameran bunga je ada, macam-macam ada. Haih.. Agak terkilan sebab tahun ni punya floria aku tak boleh pergi, dek kerana kekangan masa. 

Kawan aku tu pun dah mesej-mesej semalam bagitahu pasal ni, tapi sayangnya, kitorang memang tak boleh pergi. Huhu. Aku ada class, kawan aku tu tengah cuti semester, sedih kan? Sang arjuna pulak frust sebab missed pesta flora tahun ni, dia nak balik kampung esok lusa. Beriya pulak dia nak pergi tengok. Tema floria festival tahun ni, Bougainvillea - Enduring Beauty. Tapi aku rasa mungkin tak secantik tahun lepas sebab tema tahun lepas, roses. Tahun ni bunga kertas. Aku tak minat sangat bunga kertas, tapi mereka pun cantik jugak. ;) Dalam garden tu semua jenis bunga ada, don't worry bagi peminat bunga-bunga lain. Hehe.

ini hari last aku pergi floria putrajaya. angkut sekali dengan mak sedara sepupu sepapat. sebab tak fair jalan-jalan kat sini tak ajak diorang. ;)

Siapa-siapa yang ada di area KL/Putrajaya ataupun area yang berdekatan please lah pleaseeee pergi tengok Floria Festival tahun ni. Huhu. Event ni baru start semalam, sampai 8 Julai. Seminggu. Wakilkan aku pun dah okay. Nanti ambik gambar bunga banyak-banyak, upload kat facebook and tagged aku. It's an order. :p Gurau je lah. Kalau korang ada free time, pergi lah tengok. Tak rugi pun sebab masuk adalah percuma, nak main apa-apa games kat situ pun fees dia tak mahal, bawah RM10 semuanya. Orait? Boleh lawati website ni untuk further info FLORIA PUTRAJAYA 2012

Nota Kaki : Sejak dua menjak ni aku jadi lost. 


Toodles !

No comments: