FOLLOWERS

Tuesday, April 24, 2012

How they spread their love.

Badan tak sihat, hidung tersumbat, kepala macam berat, muka dah pucat, mata nak celik tak larat. Rasa lemah satu badan. Dah la badan panas meletup, tiap-tiap malam tidur kena letak kain basah atas kepala sebab nak kurangkan demam panas.. Tapi bila bangun pagi, demam still the same! :'(

Mungkin exam fever. Sebab aku ada paper 9 Mei nanti, which is first paper aku la tuh. Sekarang dah demam, nak bercakap tak larat, nak gelak lagi lah perlukan masa. Huwaaaa.. :'(

Bila sakit macam ni, teringaaaat dekat mak ayah kat Kelantan. Kalau demam, abah selalu ingatkan suruh makan ubat. Kalau sakit, selalu pergi mengadu tak selesa dengan mak, merengek-rengek sampai mak aku rasa bosan dan rimas. Hehe. Rasa macam nak balik rumah sekarang ! Ada orang jaga, at least kepala tak fikir ke arah sakit ni acap kali.

Tapi, rasa rindu teramat pulak bila teringat beberapa peristiwa aku sakit/demam ni. Pernah beberapa kali, waktu keluar jalan-jalan dengan sang arjuna, aku moody, sepanjang jalan taknak bercakap sebab takde mood. Rasa kesian dengan dia sebab bila aku moody, dia pun jadi takde mood jugak. Habis tu nak buat macam mana, moody sebab badan tak sihat, rasa malas nak layan semua orang.

Tiba-tiba, sang arjuna cari bangku suruh aku duduk dan tunggu sekejap. Dia menghilang entah kemana. Tiba-tiba dia kembali dengan plastik Guardian di tangan. Then, dia suruh aku makan benda dalam tu. Aku bukak plastik tengok, ada Gaviscon. :') Dalam hati rasa terharu dan terdetik, aku memang tengah sakit perut, gastrik sebab tak makan tapi aku tak suruh pun dia beli benda ni. Tapi bila dah minum gaviscon tu, selang 10 minit, sakit perut hilang, mood pun dah okay balik ! :) :) :) Thank you sayang. Menitis jugak airmata aku ni kang. >.<

 Bersyukur ada dia masa tu. Sekurang-kurangnya dia faham dan dia tahu apa dia perlu buat bila aku berkeadaan macam tu. Bila aku takde mood, dia pun akan diam sekali. Takde nak bercakap banyak-banyak mungkin sebab dia fikir kalau dia cakap pun, takde respond. Kadang-kadang aku rasa kesian.. Tapi dia akan cari jalan tak kira walau ada jalan mati sekalipun, macam mana nak selesaikan masalah takde mood tu. Hee gigih. :D

Mak ayah aku pun, kalau tahu aku sakit/demam, tiap-tiap hantar mesej bertanyakan khabar dah okay ke belum. Sang arjuna pulak, tiap-tiap hari suruh rehat, makan ubat, tenangkan fikiran biar badan dapat berehat. Si kawan baik pulak, tiap-tiap hari cakap kalau aku tak okay lagi, kita pergi hospital terus. Sedih tahuu! Patutlah orang cakap, bila kita sakit, kita akan jadi orang yang paling manja. HAHA. Bila berjauhan dengan orang-orang tersayang, kawan baik je lah yang ada disisi yang boleh menemani, menghiburkan hati, ajak bersembang, bergurau senda. Aku nak up Syakirah Azib sebenarnya. Huahuahua. :O


Haih, cukuplah sampai sini. Membuatkan perasaan aku jadi rindu tak terkawal.. Rindu kampung halaman nak rehat dengan family, rindu sang arjuna nak dengar cerita dongeng dia.. At least, benda-benda ni membuatkan aku lupa bahawa aku sedang sakit.

Bila kita meluangkan lebih masa dengan orang-orang yang tersayang contohnya ahli keluarga, kawan baik, buah hati, kita akan rasa tenang je, tak fikir sakit sangat sebab gembira melayan orang-orang sekeliling. Ni kalau aku balik rumah ni, sembuh serta merta la demam aku ni. Tapi apa nak buat, final exam dua minggu lagi. Bertahan Nadia! Banyak sangat dosa ni, tu Allah tarik sekejap nikmat sihat ni. Paling penting, aku rindu masakan Ma.


Toodles !