Terhadang gunung dan rimba,hati ini kita sembunyikan,rasa ini kita kambuskan pada alasan-alasan kelam
tiada terukur punca,tiada tergali pendamai yg setia..
Hati ini kita sembunyikan dari rasa berterus terang,kelambunya tebal tenunan kerahsiaan,tidak terduga kanta jiwa dan firasat indera walau direnung dalam dan dalam..
Rasa ini kita kambuskan,kukuhlah benteng keegoan berajalah jurang semakin dalam,jadi gerigis menghiris kesetiaan tingkah mendatar tak berpenghujungan
pada alasan-alasan yang kelam jadilah hati penunggu musim-musim suram tanpa alam berseri tanpa ceria memberi salam,setia ini aku ucapkan terletak pada hati yang kau sembunyikan lerainya nanti mungkin kerana masa memuput sehelai nyawa kembali kepadaNya..
p/s : Nice to read this post,thanks to da ****** yg izinkn sajak ni di ‘copy’..
No comments:
Post a Comment