Jika mereka bertanya, apa yang kau ada dihati? Jawabku, cinta.
Jika mereka bertanya, macam mana kau menzahirkan cinta? Jawabku, tiada.
Kerana cinta bukan boleh disentuh. Bukan boleh dipegang. Cinta itu sangat halus. Transparent.
Aku tak punya apa untuk memberi cinta kepada dia.
Aku tak punya harta.
Aku tak punya jiwa raga yang kaya.
Aku hanya mempunyai satu hati yang sudah aku ukir namanya.
Semoga dia jodohku.
Semoga dia pembimbing jalanku.
Semoga dia penawar dikala dukaku.
Semoga dia menjadi segala-galanya untukku.
Cinta aku untuknya tak seperti yang lain.
Entah mengapa. Bahagia lain berbagai rasa.
Entah mengapa. Bahagia sentiasa ada.
Entah mengapa. Rajuk menjadi ceria.
Entah mengapa. Mungkin juga takdirku.
Aku terima, ini jalanku.
Aku bahagia walau derita kunjung jua diselang masa.
Pasti. Aku berpegang, Allah has a good plan for his servant. InsyaAllah.
Perancangan Allah pasti baik - jika niat kita baik.
Aku tak punya apa-apa.
Aku bukan puitis.
Aku bukan penulis berjaya.
Aku bukan orang terkemuka.
Aku bukan dikenali ramai.
Tapi bila aku menulis, semua dari hati.
Tapi bila aku menulis, aku jujur.
Tapi bila aku menulis, aku telus.
Dan bila aku menulis, aku tahu aku punya jiwa untuk dia, untuk sesiapa sahaja yang aku tuju tulisan aku.
Aku cuma tahu, setiap hati manusia punya cinta.
Aku lahir atas dasar cinta ibu bapaku.
Ibu bapaku lahir atas dasar cinta datuk dan nenekku.
Keturunanku lahir atas dasar cinta Adam dan Hawa.
Adam dan Hawa dipertemukan atas dasar cinta Allah kepada makhlukNya.
Aku mengerti tentang cinta.
Punya sakit, punya gembira.
Aku menzahirkan dengan bait-bait puitis - bukan kerana aku seorang romantik.
Ada yang berkata dan ada yang jatuh hati dengan tulisan dan ayat-ayatku.
Ada yang mendambakan tulisan aku untuk mereka.
Ada yang inginkan kekasih mereka sepertiku.
Ada yang impikan mereka juga puitis seperti aku.
Tapi aku bukan puitis.
Aku bukan sang puisi.
Aku hanya aku, yang punya hati, yang tahu menzahirkan dengan kata.
Setiap manusia berbeza. Terimalah aku sebagai Nadia.
Aku Nadia.
Bukan yang hebat seperti kalian.
Aku Nadia yang tidak punya apa-apa.
Tapi harus ditanam, aku Nadia yang punya hati.
Jangan khianati aku.
Kerana aku pasti menangis kesedihan.
Kesedihan kerana aku disakiti.
Pedih.
Hati aku tulus. Hati aku halus.
Ingat, semua manusia ada hati.
Kau juga punya hati.
Kau juga punya cinta.
Bajailah cinta dengan kasih sayang.
Bukan dengan pura-pura.
Pasti bahagia datang untuk kita jua.
Toodles!

No comments:
Post a Comment