1. "kau anak sulung ke? patutlahhh..."
2. "anak sulung mesti macam ni. kan Nadia?"
3. "garangnya Kak Long niii... sama macam Along saya"
4. "aku paham sangat jiwa anak sulung ni, no wonder lah kau macam ni"
Apa tu? Itu semua tafsiran orang terhadap anak sulung. Apa yang 'patutlah'? Apa yang 'macam ni'? Apa yang 'sama'? Apa yang kau 'faham'?
Masa dulu-dulu kita ada belajar pasal elemen bumi ni segala, aku pun tak ingat dah tapi bumi ada empat elemen, tanah, air, api, angin. Tak tahu lah asal usul teori elemen bumi dikaitkan dengan sifat manusia ni mitos ataupun fakta setelah dikaji kannn.. Ahli philosophy ni kadang-kadang kelentong jugak. HAHAHA. Memandai je aku. :p
Anak pertama : Elemen Tanah
Anak sulung ni berelemenkan tanah. Keras. Kan? Tapi akan ada yang boleh melembutkan dia. Orang kata jugak, anak sulung sebenarnya berani. Bagi dia, ah hentam sajalah. Orang lain teragak-agak nak buat, yang si sulung ni pulak main belasah je. Kiranya, sanggup mengambil risiko la. Korang macam tu tak?
Anak sulung bila bertemu anak sulung, mereka akan saaangat memahami
sifat dan perangai mereka. Tapi sulung bertemu sulung ni bila bergaduh,
bahaya. Huiii bahaya gila oii. Aku dah pernah rasa. Dua-dua keras
kepala, taknak kalah. Bikin ribut jugak. Selisih faham dengan kawan yang
juga anak sulung, memanglah dua hari pun tak habis pertengkaran tu.
Tapi, aku tak tahu kenapa kalau bab-bab kawan ni, aku cepat mengalah.
Biarlah... Malas aku nak cakap banyak.
Dah memang perangai anak sulung macam tu. Keras di luar,
tapi lembut di dalam. Itu sebenarnya point aku nak cakap. KAHKAHKAH.
Sensitif tu memang laa anak sulung. Sikit-sikit nak menangis, dengar
lagu sedih je tarik tisu soksek soksek menangis. Normal lah, siapa anak
sulung dia tahu macam mana perangai dan sifatnya.
Dah nama pun sulung, kalau tak keras, kalau tak tegas, macam mana nak jaga adik-adik bawah dia? Macam mana nak jadi ketua? Walaupun sulung lelaki yang akan jadi ketua keluarga selepas ayah, tapi sulung tetap sulung walaupun dia perempuan. Ermm.. Apa ni, aku sendiri tak faham ayat aku. Keling sekeling kelingnya. Kesian.. Keling jugak dapat nama. =.='
Orang yang memiliki elemen tanah ni dia lebih cenderung menggunakan tenaga otot daripada otak kalau nak buat apa-apa. Hah memang pun. Wahai anak-anak sulung sekalian, betul ke tak korang ni tak boleh duduk diam? Orang lain berfikir dengan otak, kita berfikir dengan otak disamping melakukan sesuatu, sengaja nak penatkan diri mengerah tenaga. Huahuahua. Kan?? Kiranya, kalau tak buat apa-apa dalam satu hari tu rasa resah gelisah je terutamanya lelaki. Mesti ada je benda dia nak buat. Tapi aku rasa teori ni tak kena dengan aku. Sebab aku statik je, tidur is the best. Best gila oiii. :D
Anak Kedua : Elemen Air
Berbeza dengan anak kedua. Berelemenkan air. Orang tua-tua kata, anak kedua sangat sesuai dengan anak pertama. Sebabnya, kekerasan anak pertama ni boleh dilembutkan dengan sifat anak kedua yang berunsur daripada air. Betul? Tanah, bila menyerap air, lembut lah dia. Setuju tak?? Please la korang jangan buat muka toya depan pc tu, setuju cakap setuju. Fakta ni haa. Hahaha.
Bila ditilik, ditengok, diperhatikan, memang anak kedua dalam family aku macam tu. Jenis sejuk memanjang. Orang Kelantan cakap, "sedo". Memang sedo habislah adik lelaki aku tu. Tapi kalau melenting, habislah korang. Dia ni cool je sebenarnya, tapi kalau marah, setiap langkah kaki dia atas bumi ni boleh tembus tanah. =.=' Kalau dah marah tu, dari setitik air yang tak bagi kesan kat kita terus berubah menjadi tsunami yang boleh mengorbankan nyawa. Bahaya tuuu... >.<
Air sifat dia berdampingan dengan tanah. Tengok kat gigi-gigi sungai, ada tanah kannn yang jadi pagar pemisah air dengan daratan. Dah nama pun air, dingin la kan, berbeza dengan api. Orang yang berelemenkan air ni tenang orangnya. Kalau datang masalah ke apa ke, tak mudah melenting. Rileks je, tenanglah tu. Sama kan dengan sifat air? Dalam banyak-banyak elemen, aku rasa air paling bagus. Sebab, boleh nampak independence dia kat situ, dan kebijaksanaan dia mengawal emosi. Tapi tak semestinya jugak. Ada sorang kawan aku tu, air tu air la, tapi sifatnya macam angin. Mak dia tersilap beranak kot. =.='
Anak Ketiga : Elemen Api
Elemen api pastinya untuk anak ketiga. Anak ketiga dalam family aku, si rabbit. Apa korang fikir bila kata api? Mesti fikir, orangnya jenis garang kan? Bukann. Cuba korang fikir, api ni, tak sentiasa marak dan menyala. Betul tak? Dia marah dalam diam. Api ni bila ada sesuatu yang membarakan dia, maraknya memang tak menahan. Betul tak? Sebab tu orang tua-tua kata jangan bermain dengan api. Si rabbit macam tu lah. Dia cool. Dia steady. Tapi bila dicabar kesabaran dan kemarahan dia, memang meletup. Pendek kata, ego tinggi la kira.
Aku pernah kena. Takutttt.. :( Dia mengamuk, baling semua bantal aku, tarik cadar katil, baling semua komik koyak rabak habis, muka tak payah cakap, bengis macam naga, merah membara wajahnya, nak marah punya pasal sebab dia sabar sabar sabar tapi aku pergi cabar, booomm ! Padan muka kau Nadia. Orang berelemenkan api ni, kalau dia tengah marah kita jangan usik. Biar dia marah sorang-sorang walaupun kita yang salah, biar je dia habiskan dulu rasa marah, kemudian baru mintak maaf. Kalau dia tengah marah, kita pulak pergi merayu-rayu mintak maaf la, nak pujuk la, apa la, memang sakit jugak yang kita dapat lepas tu. =.='
Tapi kan, perasan tak sesuatu pada sifat api? Tetap menyala
kalau takde apa-apa yang memadamkan dia. Lepas tu, api ni kan sejenis
unsur cahaya. Kalau ada api, jalan yang gelap boleh jadi terang. Kat
situ dah nampak bahawasanya orang yang berelemenkan api ni ada sifat
pemimpin dalam diri dia. Dia boleh guide orang, suruh je bila-bila masa,
dia mesti ada jalan dia yang tersendiri. Itu yang aku perasan pada adik
aku tu la. Nampak macam dia tak boleh buat, tapi bila disuruh, tanpa
explain panjang-panjang apa yang perlu dibuat, dia dah tahu apa yang
patut dia buat. Aku sebagai kakak, nampak kelebihan kekurangan adik-adik
aku nih haa. Jadi, dengar sini adik aku 3 ketul, i know you inside out.
Huehhh :D
Cuba korang padankan. Api dengan tanah. Kalah ke tanah? HAHAHAHA. Sesungguhnya walaupun adik aku tu mengamuk gila disebabkan aku, aku tak kisah pun. Tak tergugat langsung. Keras kan? Kihkihkih. :p Ni yang aku rasa nak tengok cerita The Last Airbender buat kali ketujuh ni ! Best gila oii cerita tu.
Aku yakin korang sekarang mesti tengah kira korang elemen apa kan. Sebab dia ada 4 elemen je. Kalau anak kelapan, kesepuluh? Mesti duk kira satu-satu bermula dari tanah, air, api, angin. HAHAHA. Cuba kenali diri sendiri dulu sebelum mengenali orang lain. Barulah korang senang, dapat bersedia, dapat buat analisis sifat-sifat yang ada pada orang lain berdasarkan elemen ni.
Anak Keempat : Elemen Angin
Orang yang dikelaskan dalam elemen angin ni bukan jenis suka 'main angin' ye. 'Main angin' tu istilah yang diguna pakai oleh orang Kelantan sebenarnya. Kalau nak ikutkan bahasa standard dia, aku kurang pasti. Apa ye? HAHA.
Apa sifat angin? Sentiasa berangin kan? Angin sentiasa ada, tak sama macam api yang sekejap membara sekejap pendam. Aku tengok, adik bongsu aku yakni anak keempat dalam keluarga, memang berangin. =.=' Orang tegur sikit, melenting. SANGAT. Mudah sangat berangin. Contoh, aku kata "serabut aku kelih rambut mu, ikat-ikat la". Apa reaksinya? Mengamuk, memuncungkan mulut, berjalan dengan gaya penuh kemarahan, dibaling apa saja yang ada kat tangan (selalunya remote control), bukak pintu bilik, gedegang !! Masuk bilik duk diam-diam dalam tu. Bukan ke berangin namanya tu?
Majoriti mengatakan, orang berelemenkan angin ni pulak jenis selalu dapat masalah. Kalau masalah tak datang tiba-tiba, dia yang sengaja cari masalah. Kira camtu lah. Tapi, walaupun masalah cepat datang, tapi masalah cepat pergi. Faham kan konsep angin macam mana? Datang dan pergi, tapi tetap ada. Haaa.. :) Cuma yang bestnya, orang macam ni dia berfikiran terbuka la, open minded gitu. Bijak satu hal, kiranya tak mudah fikir negatif pada orang. Tapi berangin tetap berangin. Adik aku memang berangin. =.='
.....
Kalau anak kelima, dia ulang balik jadi elemen tanah. Tanah, air, api, angin. Dan begitulah seterusnya. Bagi aku, semua elemen ni kena dan tepat kalau dikaitkan dengan aku empat beradik. Aku tanah keras sekeras kerasnya, keras hati, keras kepala, tapi lembut jugak kalau kena cara. Faris si air, sejuk dan tenang sentiasa, tapi bila dikocak air tu, bergelora jugak dia akhirnya. Jangan disangka air yang tenang ni takde crocodile.
Bani si api, membara dan marak menyala jika disimbah dengan minyak. Kalau kita tak bermain dengan api, ada ke dia nak sambar kita? Takde kannnn. Dia menyala sorang-sorang je. So, jangan bermain dengan api ok.
Dan si Farah, sentiasa berangin tak kiralah angin sepoi-sepoi bahasa ke, angin ribut taufan ke, pendek kata, dia sentiasa berangin. Silap langkah sikit, puting beliung lah satu rumah. =.=' Sebab tu lah kita kena terima je kehadiran angin ni. Tak payah kata apa, dah memang nature, angin tu sentiasa ada. Dengan si bongsu tu, aku dah tahu sangat. Walaupun dia nak berangin puting beliung sekalipun, ada aku kesah...
Jadi, orang yang berelemenkan angin dan api sangatlah tidak sesuai sebab korang pernah terfikir tak, macam mana kebakaran hutan boleh berlaku? Haaa semuanya disebabkan oleh angin. Angin yang meniup api ke kiri dan ke kanan, memanglah marak dia menyala, terus merebak ke seluruh tempat. Betul tak? Sorang berangin, sorang lagi berapi, dua-dua taknak kalah der. Last sekali? Lu fikirlah sendiri. Ni dah habis logik dah ni aku fikir. Critical thinking gituuu. HAHAHA.
Adik aku yang ketiga dan bongsu memang takleh duk sekali. Ada je benda tak puas hati. Bila yang tu marah, yang ni membalas. Sampai ke sudah macam tu. Yang berangin ni habitnya bila dah jadi macam tu, apa lagi, gedegang tutup pintu bilik duk diam-diam. Merajuk lah konon.. Aku tahu sangatttt.
Mak aku elemen angin, abah aku elemen tanah. Amacam? Sorang tu berangin, sorang lagi keras kepala. Tapi angin dengan tanah, natural je. Sebab tu mak abah aku jarang bertekak. Kehkehkeh. Bila yang tu berangin, si tanah buat donno je, tak membalas. Last-last angin yang ribut taufan tadi terus jadi sepoi-sepoi bahasa, tapi tetap ada jugak anginnya. HAHAHA. Pandai-pandai je aku buat kesimpulan rumahtangga. :p
Kalau korang fikir "ye ye je dia ni cakap itu ini", rasa nak bukti yang mungkin kukuh dari segi praktikal, nampak depan mata, aku rasa korang boleh kot tengok balik cerita The Last Airbender tu. Memang banyak betulnya. Api dengan angin, bahaya. Mudah merebak. Angin dengan tanah, bahagia si tanah sebab kuat. KAHKAHKAH. Air dengan api, terkadang api kalah terkadang air kalah. Air dengan tanah sila tengok cerita tersebut sebab aku tak ingat apa jadi bila waterbender bertarung dengan earthbender siapa yang kalah. Macam takde je? Kiranya, air dengan tanah boleh kamceng laa. Kahkahkah ada maksud tersirat kat ayat aku tu. Huehhhh. :D

Nota Kaki : Seronok pelajari ilmu macam ni. Dah bosan aku dengan accounting. Nak belajar ilmu alam pulak. Huahuahua. Eh, jom tengok The Last Airbender. :)
Toodles !
