Assalamualaikum, selamat petang semua. :)
Terus kepada niat utama - nak update blog. Malas buat intro panjang-panjang merapu merepek last-last buat orang menyampah. Dah lebih 3 bulan blog ni tersadai di alam maya. Dimanakah pemiliknya? Hidup lagikah penulisnya? Masih adakah nafas-nafas di dalamnya? Haa jawapannya, semua tu ada. Jangan ingat aku dah mati. =.='
Aku rasa dalam tempoh dua tiga bulan lebih aku tak update apa-apa dekat blog, aku macam dah matang sikit. Kau tengok baik-baik, SIKIT. Sikit je laa sebab dalam waktu yang pendek ni, macam-macam benda baik benda buruk yang berlaku, sekaligus mematangkan fikiran aku. HAHAHA berlagak.
Aku memang dah lama tak update, entah menghilang kat mana, kena culik bunian kot, tapi aku blog walking jugek ! Siapa kata bila tak update blog sendiri, blog orang pun tak baca? Salah beb. Aku baca blog-blog yang aku bookmark ni je lah. Nak tengok kat dashboard satu-satu? Memang tak laaa. Kan dah cakap, aku dah lama gilaaa tak sign in blogger ni. Huahuahua. Sila kepilkan bukti yang kukuh ! --- Kalau aku malas?
Sebab utama :
Sebab utama :
1. Aku malas, dah terang lagi bersuluh tulis kat atas tuh aku MALAS.
2. Internet kadang-kadang laju, kadang-kadang macam pig snail nak beranak. Slow nak MAMP..
3. Aku sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar tak excellent. Al maklumlah, pelajar tak excellent ni sentiasa sibuk. Sibuk ke hulu ke hilir taktau buat apa. HAHA. =.='
4. Sejak blogger bertukar wajah, aku jadi lemau sikit nak godek-godek function baru dia ni. =.='
5. Kalau update, mesti panjang berjela. Kesian korang nak baca. So, baik jangan update. Huahuahua. :D
Sebab tak berapa nak utama :
1. Hidup sebagai blogger ni penat. Hari tu dapat invitation lagi untuk blogger gath. Tapi, tak bagi respon.
2. Terlampau banyak cerita nak share, last-last terkubur. Siapa suruh tangguh kan?
3. Takde semangat, sebab korang tak encourage aku pown !!! Huwaaa.. (main-main je) :D
4. Rasa macam nak pencen dari dunia blog. MACAM laa.
5. Last sekali, alasan paling best ni weh. Aku tukar password then aku terlupa !!!!! Sekarang baru ingat balik. HAHAHA.
Dah panjang berjela kan? Sabar... Ada lagi nak cakap ni. Tapi bersambung esok lusa pulak. Cukup dulu untuk hari ni. Btw, hampir dua minggu dah kita beraya. Lama dah kan? Satu post pun tak buat pasal aidilfitri yang lepas. Kalau tahun lalu, beriya update. Siap buat sinopsis. HAHA. Kali ni nak buat sinopsis jugak, tapi MALAS. :p
Nota Kaki : Aku mencari-cari aura yang dikatakan power tu. Mana mana mana manaaaaaaaa?! Buto semuanya. =.='
Toodles !