FOLLOWERS

Tuesday, June 1, 2010

korang, dah mintak maap ni..

Cik Nadia nak mintak maap ni. Cepatla baca! Nak mintak maap kepada mereka yang berkenaan. Bukan cik nadia buat salah besar pun tapi nak mintak maap jugak.

Untuk entry sebelum ni, REUNION 10 TAHUN PSSCM UNITEN, cik nadia tak allowed komen. Bukan sengaja, tapi time tu cik nadia tengah berbalas komen dengan 'anonymous' dekat post tahun 2009. Komen die tuh kurang menyenangkan, berkeadaan seperti cik nadia tengah berdebat dengan dia tentang isu sensitif. WOahh..!! Gempak gile bunyi. Hahaha.. So that, cik nadia malas nak komen panjang², cik nadia tukarla setting untuk sementara.

Nak dijadikan cerita, ada certain people buzz ym cik nadia. Bertanyakan kenapa takleh nak komen kat blog. Duk dalam 5 minit, cik nadia terima email. Pun bertanyakan benda sama. (klasiknya die, hantar email kat orang..hehe..). Tak lama kemudian, dapat mesej di facebook. Soalan dia sama je, kenapa nak drop komen tak buleh.

Mereka ni adalah orang yang bersangkut paut dengan post reunion alumni tu la jugak. Sorry ye semua, cik nadia bukan sengaja taknak bagi komen, bukan sengaja buat post pastu taknak dikomen or dikritik, tapi ceritanya seperti diatas. =) Sekarang, anda dah boleh komen ye rakan seperjuangan sekalian. Thank you for ur support and thanks for visiting Journey Of Life. Cik nadia sayang anda semua. =)

p/s : eleh..kalo korang komen pun, korang guna 'anonymous' jugak kan. Takpun enter nama je. Google account korang mane? Huishh.. Saje je kan tak kasi orang skodeng die. Hehehe.. ;)

*************************************************************

Orait.. Cik nadia sebenarnya tido awal semalam. Bayangkan, setibanya di Muadzam Shah ahad malam, cik nadia tak tido langsung sampai pagi isnin. Nak siapkan slide show presentation Marketing. Kelas Marketing pagi isnin tu plak almost 6 hours non stop. Gile beb.. Aku lemah longlai kau tawu..?! Balik kelas apa lagi, mata takleh bukak derr.. Watip pun dah nak demam tu, sakit tekak segala bagai. Huhuhu.. Cian giler.. Kawan aku ni sume lembik semacam je. Penat kau tawu.?! Tapi takpe, kita sama² buat kerja persatuan. InsyaAllah ada kebaikan. =)

Meh² tengok sini cik nadia nak jawab tag. Masa cik nadia tengah seronok bergumbira di Pulau Chekas tempoh hari, orang tu bagi tag. Emm.. Ingat lagi rupanya orang tu kat aku ek. Dulu die beriya nak cari gaduh, konon aku nak rampas boyfriend die. Boyfriend kau tu sepupu aku la sengal. Takde maknenye nak rampas. Tau rr sepupu aku tu hensem kan..

1. Nama pada inbox saya
- Abg Aimi
- Abah
- Hariz
-Iza
-Bunny

2. Ringtone utama dekat phone
- Selepas Kau Pergi : Laluna

3. Apa saya buat tengah malam tadi
- Tengah malam? Tido le..

4. Orang terakhir bersama saya
- Housemate aku (Intan, Ipah, Watip) + Poja

5. Warna t-shirt saya pakai sekarang
- Putih

6. Benda terakhir saya buat
- Masuk dapur amik biskut, makan! Hehehe..

7. Tiga perkara anda suka buat setiap hari
- tido
- online
- makan

8. Duit yang ada dalam wallet/purse
- RM476.30

9. Camne hidup?
- Hidup mesti enjoy! Selepas pulang drpd kem di Pulau Chekas, aku macam ada inspirasi dan matlamat baru dalam hidup. Hanya mereka yg terdekat je tau. =) Kalo anda nk tau, tanyala sendiri. Hehehehe.. Ini bukan rahsia, blh sj nk sharing². hehe..

10. Bila kali terakhir jumpa mak anda
- 3 minggu lepas kot.. tak ingat dah.

11. Mak anda kat mana
- Perghh..soalan ni memang best. Mak aku di Perdana Resort, sedang berkursus katanya. Melihatkan status beliau di facebook, keadaan beliau disana sangat kritikal! Hahahahaha.. Menghitung hari nak balik rumah. Rindu abah la tu. =P (macam la tak biasa stay kat luar. jaguh outstation tuu..hehe..)

12. Malam tadi, orang terakhir cakap dengan awak
- Memang tak lain tak bukan la kalo orang terakhir, roomate aku, Intan. ;) Korang kalo ade roomate pun mesti cenggini gak. Pesan suh kejut ke, tanya pape ke kan... ^^,

13. Surprise terbaru yg awak dapat
- (macam penah jawab la pulak tag nih..) surprise terbaru, jeng jeng jeng... jumpa Kak Sue di Pulau Chekas! Ingatkan tak datang. Hahaha.. Rindu Kak Sue! =)

14. Benda yang baru dipinjam dari kawan
- Sabun basuh baju. Hahahaha.. Baju berlambak beb.. Jom campak mereka dalam mesin basuh!

15. My BF
- Ramai giler bf aku. Kalo nak hitung, memang bf lagi ramai drpd gf. Kat sekolah rendah dulu, masa aku sekolah ngan abah aku, aku kawan ngan laki. Hahaha.. Sebab tu dulu² mak aku cakap aku ni boyish skit. Barang² pun nak yang rugged². Tak main rr pinky² ni.. Aku geli okay!

16. Apa yang rasa sekarang
- Rasa nak balik or taknak balik Kelantan. Tap bohong rr kalo cakap aku tak balik. Beriya aku beli tiket hari tu. Hehehe.. Konpem balik!

17. Nak share dengan siapa?
- Share ape? Duit byk dalam purse tu eh? Ok, nak share dengan pompuan berlagak nak MAMP dekat kaunter kewangan wisma UNITEN. Aku benci kau..!

18. Siapa yang tau rahsia saya
- Sesiapa sahaja yg pernah berkongsi rahsia. Hehehe.. Mungkin anda? Haaaa.. Shhh.. ;)

19. Dorang simpan ke rahsia tu?
- Setakat ni aku rasa dorang simpan. Sebab rahsia aku tak best pun. Lainla kalo rahsia aku kapel dengan AWAL ASHAARI kan? Konpem dorang wt rumours kt facebook. Muahahaha..! I love awal ashaari. Kau love die tak? =P

20. Awak nak tag siapa?
- Nak tag awak yang tengah membaca ni la. Hehehehe..

*************************************************************

Ini pulak award + tag daripada orang ni. Orang ni memang suka bagi benda cenggini kat aku. Sebab tu aku sayang die. Opss opss opssssss.. Kontroversi sudeyh.. Takpe, korang memang suke kan aku buat kontroversi macam ni. Korang suke sangat! Pastu buat cite kat blog korang la, status facebook korang la. Kan? Femes jap orang yg bagi award ni. Tau r dah femes kan. Hahahaa..

Write 5 interesting facts about the person who gave you this award

1. Ada kawan aku cakap die hensem. Aku cakap? "mata kau buta or lens kau terkoyak..?"
2. Die ni, kalo gelak dengan aku sekali nk tergelak. Special giler bunyi gelakan die tuh. Hahaha
3. Die suka mkn ayam pedas! Dulu la. Tapi skrg aku taktau kot² die suka makan unta pedas ke..
4. Die ade kembar, kembar die lagi hensem, dorang tough n macho, tapi dorang tak tinggi. Ha²!
5. Die bukan kembar dua. Tapi kembar tiga! Hahaha.. Kembar die student UNITEN gak. Budak accounting macam aku, sebijik macam keluar dari perut mak yang sama! :D

Jot down 5 interesting facts about yourself of your hobbies

1. Hobi paling top tido. Aku suka tido. Kau? Hahahaha..
2. Aku kenal internet masa umo 10 tahun, aku tak ketagih, tapi ini sebahagian daripada AKU.
3. Kalau orang tak dikenali tanya aku dah ade pakwe ke belum, aku jawab dah ade, hensem! :D
4. Aku anak sulung! Aku paling disayangi! Muahaha.. Meknor plizz jangan jeles! =P
5. Kazen aku penah suruh aku buat intern audit kat company die di KL. Gile jauh. Faktanya, aku ade lagi tiga tahun nak lepaskan title budak accounting, apsal kazen aku tuh beriya nk rekemen aku kat situh? Lambat lagi kot. Aku jahil lagi dengan dunia ni. (konon² jahil la ek..hehe..)

Pick your 10 deserving recepients and describe them

1. Ainon Fathihah : Ini junior di SEMEKAM. Die sangat baik dengan cik nadia. Hahaha.. Die juga sangat sengal bila tiba time die untuk menyengalkan diri. Nak kate die ni happy go lucky la ek. Die pandai, gile punye pandai, asset SEMEKAM dulu. Sekarang die dah abis SPM, and bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Sama ngan adik laki aku rr nihh.. Tak lama lagi korang rase la kehidupan di kampus. =) Gud luck ainon!

2. Airin Nabila : Ini pun sama. Tapi die senior. Hehehe.. Very sweet kak airin. Die masuk lewat skit kat SEMEKAM dulu. Rasenye la.. Tapi aku sempat je kenal. Die spm before aku. Anak sulung kepada favourite teacher aku, Madam Norriha. Mereka dua ni sangat comel dan gorgeous! Like mother like daughter la k'airin kan? Hehehe..

3. Nur Idayu : Kakak yg sweet sweet sweet macam gula². Masa aku kenal die dulu die ni sangat aktif. Sume benda die nak buat. Sport kat sekolah, segala bagai event die join. Pendek kata die ni memang takleh duk diam laa. Haha.. Yg aku terkejutnya, dulu die join forum. Yeah! Forum kat sekolah. Compete sana sini. Memang tak sangka gile rr.. Die brutal gak. Tapi bila dah masuk senior year, form 5 die berubah terus! Hahaha.. Jadi orang baik dah. Kalo tak, sumpah die pun masuk list budak macam aku gak. =P

4. Balqis Athirah : Olololo Kak Bal.. Meh baca meh. Adik Nadia dah bagi award kat Kak Bal ni. Hahaha.. Kenapa aku panggil die Kak? Haaa.. Saje je tuh, nada perli. =P Die member kamceng aku kat Uniten. Yang aku selalu duk sebut budak 5 ketul tu, Bal ni salah seorang daripada 5 orang tu la. Die comel² je. As usual, trademark die rr tuh balqis yang comey. Siuuuttt betul. Haha.. Paling aku respect, si Balqis ni kalo dah buat satu keje yg die betul² suka, memang tabik rr.. Keje tu mesti superb! Full of attention die bagi. Sangat komited ok! Caya la beb.

5. Fatin : She's my classmate for sometimes. Haha.. Semester lepas ade la duk satu kelas ngan die. And from that, aku kenal die as Kelantanese. Geng Kelantan aku rr nih. Aku bukan kenal ramai pun budak Kelantan kat Uniten nih, kira Fatin nih orang terawal rr yang aku kenal. Masa orientasi. Kitorang memang ade satu persamaan. Nak tau ape? Haaa.. Pegi tanya Fatin. Hehehe.. Actually, kitorang ni mudah homesick! Suka sangat balik rumah. Tapi Fatin nye habit lagi teruk la. Tetiap minggu kot die balik..! Uwaa.. Nadia jeles tau!

6. Syazwani : Junior. Awalnya tak kenal pun. PSSCM yang menemukan kitorang. Jumpa pun jarang², jumpa time training ahad isnin je. Die ni sengal² ubi gak. Mulut die tu gile punya best. Hahahaha.. Sekarang die dah masuk peringkat potong. And aku percaya die akan belajar sampai tamat. Program 3 hari 2 malam di Pulau Chekas telah memberi aku ruang mengenali die dgn lebih mendalam dan aku jumpa satu pengajaran disitu. =)

7. Afifahtul Akmal : Satu batch dengan Kak Ayu. This Fifi sangat cun. Hahaha.. Abg die hensem! =P Aku teringin nak pegi white studio abg die, shoot sana sini. Ohh memang terbaekk lah abg die punya jari meng'click' shutter dslr. Creative work. And die pun selalu jek jadi model abg die yg hensem tuh. Orait rr tuh kan, model cun, photographer pun best. Kak Pipi, nanti i nak jadi model macam u jugak. Muahaha.. Macam bermimpi je aku nih.

8. Zatul Hernani : Oh ini kakak sudah nak kawen maa 6 Jun nih. Adoii.. Die expect aku datang big day die nanti. Tapi, sorry sesangat eh Kak Za, 7 Jun tu orang dah start final exam. Ikutkan hati nak aje balik Kelantan 6hb tu. Tapi, ade komitmen lagi besau! Hehehe.. Kak Za ni anak DJ radio kau tawu..?! Rupa-rupanya KAK WAN kat Radio Kelantan tu mak die. Muka dorang same jep. Kak Wan maintain awek muda, anak die pun cantikk macam die. And anak² die sume cantik and hensem ok! Kak Za kim sale ko Miyu. Hahaha.. Adik laki die yg hensem. =)

9. Ain Nabila : Member di SKBJ 1. Die actually muda setahun drpd aku. Sekarang ni belajar di UTM Skudai kalo tak silap. Die sangat cool. Tak caye cuba tengok pic die. Hahaha.. Pada pandangan aku die memang cool ah.. Baca blog die lagi. Dulu die rendah drpd aku, sekarang korang jangan tanya. Aku plak yang pendek. Huuuuu... Sebenarnya, aku pernah jumpa Nabila ni dalam bus on the way nak balik Muadzam sebab aku naik bus Johor. Die duk di depan, aku duk belakang² skit. Aku rasa memang sah tu dia. Naik di Selising plak tu. Die la kan? Heee.. Tapi segan nak tegur. Kot laa die wat² tak kenal aku. Malu beb! =P

10. Nur Amalina : Senior di Uniten. Aku kenal die melalui Paan. Paan ni kazen die. Lepas Paan tau aku study kat Uniten, die pun cakapla kazen die ni duk Uniten gak. Dari situ rr aku kenal Kak Ema ni, add friendster sume. Dah bersua muka, die pun selalu tumpang rumah aku dulu nak simpan barang² die time die cuti sem. And sekarang pun kitorang selalu terserempak, cuma die nampak cam tak perasan aku ada sebab boyfriend die kat sebelah. Hehehehehe...

Nota Kaki : Aku penat okay jawab mende nih! Time kasih Pokdin.

7 comments:

izuddinrahim said...

oo..tak tinggi yep?sekurang2nye, tinggi dari anda..hahahahha

lagi satu, daku tinggi 180cm skrg..tak tinggi lagi ke?hahahhaha=p

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

alah, normal la..
saya pompuan, awak laki. hahaha..
sah2 la awak tinggi dari saya kan?
pakai la heels 3,4 inci pun, awak memang tinggi dari saya.

awak jgn menipu. 180 kononn..
sgt x caye ok?!! huhuhu..

misz nano said...

w0oo ... pengajaran pe akak nadia ???
btw , ejaan nme tu salah yew ...
SYAZWANNI , hee ~

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

hahaha..pengajaran die adalah..jeng3!~~~ ade rr..
orait2, syazwanni. alah, bunyi same je pn. dengung skit je. hehehe..

misz nano said...

wajib bg dengung uhh ...
hehe ...
lupe nk wish final , sowy2 !

It's her blog. said...

hehe maluu hehe :DD naik bus yg ble ni? asl x tegoo.? x prasan pn

It's her blog. said...
This comment has been removed by the author.