FOLLOWERS

Sunday, June 20, 2010

aku jarang confess macam ni. =.=


Bila kita suka kat orang tu, orang tu pulak tak pedulikan kita. =.=
Bila orang sukakan kita, kita pulak yang takde feeling. =.=
Camane nak hadapi mende cenggini beb?
Macam dihimpit perasaan pulak.
Nak lupakan orang yang kita suka tu memang boleh.
Tapi kalau nak terima orang yang sukakan kita tu tanpa ade feeling, susah beb.
Tu namanya simpati. Dalam hati takde rasa.
Nanti dia jugak yang kecewa if something happen kan. =.=
Nanti salahkan kita, konon kita ni terima dia saja-saja, sebab kesian.
Memang la, dah kalau dia macam memaksa keadaan untuk kita terima dia.
Bukan nak cakap dia memaksa, tak memaksa pun.
Tapi, kita ade hati perasaan kan. Aku sendiri pun tak sampai hati kot.
Orang mengharap sampai macam tu. Nanti dia kecewa aku yang terasa.
Perit wei kecewakan hati manusia ni.
Aku pun tak faham kenapa ade je orang yang nak kecewakan orang nih. *mcm pelik je ayat aku...*
Aku tak boleh buat macam tu. Aku rasa bersalah.
Sekarang ni, rasa bersalah la ni ha..
Memang la, ade orang cakap aku bodoh. Sebab tak belajar daripada kesilapan. =.=
Tapi, kalau yang bercakap tu duduk di tempat aku boleh ke die belajar?
Sama jugak la beb, take time. Nak belajar ABC pun bertahun-tahun.
Ni kan pulak nak belajar daripada kesilapan.
Kesilapan beb. Bukan belajar makan nasik..
Kadang-kadang rasa nak move on je. Tak larat weh pendam perasaan.
Duk peram lama-lama, kucing sebelah umah pun dah dapat cucu!
Tapi tak jugak move on nye. Mulut je cakap. Tangan je taip. Hati?
Kalau ade nenek kebayan, nak je aku suruh die tukar hati aku.
Tukar ape? Tukar biar aku sayang orang yang sayang aku tu.
Susah kot nak tengok lelaki macam tu. =.=
Tersentuh aku tengok sifat die.
Kan bagus kalau orang yang aku suka tu macam tu.. =.=
Masalahnya aku tak mampu nak bagi jiwa raga aku kat die.
Tak kisah lah orang cakap aku gedik ke ape ke.
Yang aku tau, aku tak boleh nak sayang die macam die sayang aku.
Tapi, die sayang aku ke? Hahaha.. Die tak cakap pun aku tau. Kita menilai.
Nak sayang-sayang orang ni, kena ade hati. Bukan setakat tulis blog je kena tulis pakai hati. Kalau takde hati, ape pun tak jalan beb..
One fine day, aku harap aku akan jumpa satu jalan yang pasti. Aku pun taktau ape nak jadi. Mungkin aku terima die, mungkin aku tak terima sape-sape. Susah kot!
Persetankan sume kata-kata orang, yang bising duk cakap, muda lagi, muda lagi. Memang la muda lagi. Takkan umo 40 baru nak bercinta kot?
Time cenggini bukan nak belajar lagi dah, tapi mencari yang kekal.
Aku tak peduli sangat pun hal ni. Tapi bila tengok kesungguhan orang tu, hati pompuan mana yang tak tersentuh? Baik giler kot.. =.=
Kalau orang lain, dah lama sapu orang tu. Tapi aku?
Still macam ni. Aku tak bagi harapan pun, kenapa die mengharap?
Aku tak cakap aku suka die pun, kenapa die tak putus asa?
Kalaulah.. Hati aku ni macam kalkulator, dah lama aku hitung setakat mana sebenarnya sayang aku dekat orang yang tak sudi tu sampaikan aku taknak lepaskan perasaan.
Kejap macam ni, kejap macam tu.
Alahai hati.. Ape lah hati aku tunggu lagi.
Yang terjadi tetap kan terjadi. Jom nyanyi sikit. Mode tengah sayu ni. =.=

************************************************
Tak guna ku merayu jika orang tak sudi
Hanya menambah pilu di dalam hati
Lebih baik aku pergi daripada ku dihina..
Dengan kata-kata..

Ku sedar diri ini tak sepadan denganmu
Aku sekadar teman waktu kau memerlukan
Dan bila kau dah bosan
Lalu aku kau singkirkan
Dengan tiba-tiba sampainya hatimu..

Akan ku teruskan hidup ini
Walaupun diri ini tiada di sisi
Akan ku teruskan perjalanan
Walaupun amat pedih
Terpaksalah aku hadapi

Jangan lagi kau bertanya tentang diriku ini
Biarlah ku menyepi
Susah payah ku sendiri airmata menemani
Sepanjang malam sepi
Apa guna ku merindu jika orang tak peduli
Pada diriku lagi.. =.=
Apa guna ku mengharap kasih orang
Sedangkan orang tak sudi lagi

*Malas dah nak nyanyi.. Kalau korang nak nyanyi, sambung la sendiri. Ni lagu Rindu Pada Yang Tak Sudi by Slash..*

************************************************

Nota Kaki : Kalau tengok balik isi post ni, aku banyak guna simbol cenggini ---> =.= Kan kan kan? Hahaha.. Tu muka dah taktau nak watpe dah. Pasrah. Aku dapat berita, Abg Aimi masuk hospital, nak operate die punya tulang bahu yang dah masuk ke dada. Ish.. Ngilu aku. Patutla before ni die duk mengadu sakit dada. Aku ingatkan main-main. Taktau la pulak tulang bahu die nak main kejar-kejar, lari-lari sampai tertusuk dada pulak kan? =.= Nak nak lagi, semalam die ade demo di KUIS, die dah la tak sihat, tu 1st demo after eksiden yang teruk dulu. Aku pun bila pikir balik, risau gak. 1st try kan. Tengok-tengok, sakit sampai kena bawak pegi hospital. Adik die Diba, tadi mesej aku nak bagitau keadaan die. Thanks a lot Diba. =) But now, orang tua tuh dah selesai operate. =p Katanya Diba, die tido. Semoga die cepat sembuh. ;) Saya doakan awak dari jauh. Hihihi... ^^, Baik kan saya walaupun orang tu cakap saya ni jahat?

8 comments:

misz nano said...

ehem , ehemmm ! =)

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

ape wanii..ehem2 lagi..hehehe..
eh, abg aimi msk wad..
cian giler kt die. kan?
ase mcm nk pegi kt hspital. hahaha..
i like hspital.
almaklumlah, dlu nk jd doc.
dh lebur dh cita2 tu. kikiki..
skrg kene jadi doctor economy plak

Anonymous said...

sudah2 la tu duk ingat org yg tak sudi. Kalau tgk kat org tu, dia kannya baik sgt pn.hrpkan gaya je lebiy...awak cenggini lg la dia sonok sbb dia ingat dia dh bleh mainkn awk,dia dh menang.

Ingatlah..skali awk masih duk ingatkn dia, sploh kali dia nk mainkn awk.lgi n lg...

mmg sya x penah duk di tpt awk tp sya pn brckp atas pngalman. alhmdulillah...sya bjaya sbb sya mmg brusaha utk tdk ingatkn org yg x penah ada guna utk ms depan sya...hasilnya sya bsama org yg sygkn sya seumo idup dia.wl dia x ensem mcm yg trdhlu tp hati dia trbaik..dia trima baik n buruk sya..

yg pnting..dia amat sabar dgn sya yg mmg degil mcm AWAK!! hehehe..

so?? knp awk masih brsedih? kuatkn smgat..bangun smula dgn nama ALLAH utk ms dpan yg TRBAIK..sya doakn yg terbaik jg utk awk..
BYE..

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

adoiii...ni yg nak tau sape anonymous nih...
siapla! nk detect ip address awk tuh. hahahaha...nk tau gk sapekah insan ini. ;)

btw, thanks ye. ;)
people's change.

It's her blog. said...

few~ powernya ayt confession cik nadia. :D

cume nk ckp, kalo betul jodoh cik nadia dgn dia, xkemana jugakk nnt.
jgn risau,jgn byk fikir psl ni,soal hati ni tak boleh paksa2.nnt diri sndiri merana.sy ckp bdasarkn pngalaman, mmg ssh ble tsepit cmni.

yg pntg,kuatkn iman dan tros kejar cintaNya dulu. InsyaAllah dipermudahkn ;)

misz nano said...

eii , taw .
gyler ar dy uhh ...
smlm bwu dy txt sal demo kat KUIS .
da msuk spital lak .
haihhh ...
hope dy oke jew ...
if x , ilang la sume tempat na membahan :(
cian kat adik yg comey ni , lonely nnti . hahaha ;p

dy msuk spital ne?
ley na g jenguk2 :)
hee ~

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

bielala :
thanks biela. ;)

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

misz wanny :
hahaha..die tu kalau boleh nk sume org tau kot die pegi berdemo. hahaha..sengal ubi betul org tua tuh. =P

hahaha..lonelylah anda.
akak rase die x pegi kot mlaka. sbb die kene pakai kain anduh 6 weeks ouh! lame gile..

die skg kt ampang putri.
sblm operate die kt tgkt 5 mgw 6. lpas kuar operation theatre tu xtau la plak die kt wad mane.
*eceyh..serba tau ye cik nadia ni*
muahahaaha..!!!