FOLLOWERS

Thursday, May 13, 2010

Ni anak siapa ni??

Cuba teka. baby ni nangis or baby ni tengah geram?

Ini sambungan cerita kedai kopi. Bergosip di kedai kopi ni best rupenye ye? Korang penah buat tak? Aku sah² la tak penah bergosip di kedai² kopi nih. Tapi ada la satu ketika tu, aku nak pegi beli nasik lemak dekat warung la kiranya, ade pakcik² duk bersembang pasal artis pompuan. Adoii.. Tu bukan bersembang, tu bergosip. Sampaikan bulu mata palsu pun nak sebut jugak. Cess~ Pakcik² zaman sekarang ni very gedeban seyh. Korang tau gedeban tu ape? Kalau taktau, pegi tengok balik cite P.Ramlee, Masam Masam Manis. Pastu korang pikir la amende la gedeban tu ek. ;) Happy trying. Hahaha..

Ok sudah lari tajuk sebenarnya. Tengahari tadi, around 2 pm aku pegi HMS (Hospital Muadzam Shah). Agak lama aku tak jejak kaki 'dalam' hospital ni. Seronok gak sekali sekala menyedut udara hospital. (silap² haribulan tersedut virus. mintak dijauhi okay!) Sebab sekarang ni ramai sangat yg demam kan, and dengar cite ade virus baru, nama die ILI. Menatang ape tuh? Ntah.. Aku pun taktau, tapi menurut Incik Fahmi, virus ILI tu macam H1N1 gak laa.. And student² sekolah die pun dah ramai yg dikuarantinkan. Orait nanti aku nak google pasal virus nih! Macam menarik you!~

Ok lari tajuk lagi. Aku tunggu punya tunggu turn aku before masuk jumpa doctor punya la lama. Bagi aku sangat lama laa kan, dari turn 71 nak ke 89. Adoiii.. Kematu buntut aku nih. Nasib baik duk bawah kipas, dapat gak aku menjadi cool... Kalaulah aku berdiri di tempat dorang, ape dorang rase while waiting aku? Boring kan..? Sorry my dear friends, aku sangat menyusahkan. Aku dah cakap aku takmau pegi hospital, tapi suruh pegi jugak. Aku taknak nyusahkan orang, tapi.. Akhirnya aku juga yg berperasaan tidak enak. Ok, lupakan. But shukran awi awi ya akhi.. For sure lepas ni kalau sakit, aku act macam tak sakit. Yela, aku ni menyusahkan orang.

Doctor tanya, "awak sakit ape Nadia? Kaki tu kenapa kaki? Boleh jalan tak tu? Ni berlari ke ape ni sampai terhinjut-hinjut.." Adoii.. Doctor hensem tu buat² caring laa pulak, nak aje aku buat² lembik lutut jatuh terduduk depan pintu. Hahaha.. Nanti boleh die datang sambut aku depan pintu. ^^, Tapi takpelah, tak reti aku nak menipu. Tak baik ohh tipu².. Tapi dalam hati gedikss aku dah datang. Hahaha.. Doctor tu hensem beb.. Muda lagi! Tak cecah 25 pun. Korang sume mesti penah cuci mata kalo korang dirawat oleh doctor yg hensem kan kan kan? Well, dat's nature. Hehehe.. (nature bagi aku laa..org lain taktau!)

"Ok nadia.. Saya rasa tak perlu xray la, sebab banyak effect die tau. Tulang kaki ni insyaAllah tak retak, tak patah. Tapi, keadaan die tak stabil sebab ade tissue kaki yg rosak. That's why awak tak boleh nak push kaki time berjalan, rasa sakit. Ni tissue damage je ni, die koyak skit.."

Mak kau! Tissue damage tu mende? Aku taktau. Doc, u picit kaki i tadi very sakit la doc! Kaki kiri i dah bagi reflection, nasib baik i tak tertendang muka u doc. Hehe.. Disebabkan u hensem, i berlagak jadi sopan je tadi. I belit kaki i kat kerusi, takmau bagi reflection tu out of control. Hahaha..

"Ok Nadia, done. (sambil² tu aku duk jenguk² mende ape la die tulis atas rekod aku.) Aihh.. Awak faham ke saya tulis ape ni? Kalau faham cuba baca." Alahai doctor hensem ni manja² pulak ngan aku. Tak reti baca lah! Tulisan berbelit macam tali jerut leher lembu. "Nah, ni ubat², ade yg kena makan, ade yg kena sapu, ade yg kena kemam. Tapi make sure awak kena banyakkan berehat la. Injured kaki ni bahaya. Nanti ade tissue lain yg terkoyak, makin parah.. Nanti bila dah makan ubat tu ikut time, insyaAllah everythings gonna be okay.. Banyakkan berehat je. Kasi kaki tu masa utk sembuh.."

See.. Kau ni ganas sangat Nadia. Orang lain takde pun cedera macam kau. (memang la, sebab org lain cedera lagi teruk, aku ni sikit je. nasib baik tak patah tau tulang kering aku). Hahaha.. Tengok tu, menjawab!! Haishhh..

Walaupun kaki aku tak berapa nak kuat untuk jangka masa sekarang, tapi aku tak kisah. Kuat semangat! Hahaha.. Ahad Isnin ni aku turun gak training. Tapi tak mampulah nak buat aksi stunt macam malam semalam, kang mende lain terkoyak, haru aku.. Sengal~

aku takmau kaki jadi macam ni

Bila fikir² balik, ganas jugak aku ni ye? Orang lain tak berani nak buat or dalam erti kata lain, orang lain buat slow² je, aku je yg buat penuh perasaan. Tapi, best jugak. Boleh merasa jadi hero or samseng terganas. Haha.. Ganas ganas jugak. Keselamatan diri kena jaga ye cik Nadia. Ok ok, cik Nadia dah beringat ni. Tapi, cik Nadia suka la buat aksi stunt, melambung, terpelanting. Walaupun terpelanting 360 darjah sekalipun aku rasa aku nak try. (walaupun lepas tu aku mengaduh kaw kaw nye la) Benda ni sangat challenging! Aku suka rr benda² cenggini. Nanti nak belajar macam mana nak buat gimik dalam demonstrasi. Aku tengok pesilat lain duk giler praktis backflip. Macam best! Tapi aku taktau pun bentuk rupa backflip nih. Hahaha.. Backhand aku tau rr..!

*****************************************************************************
Esok aku exam. Ok aku nak mengaku ni, satu perkataan pun aku tak baca lagi. Human Resource and Marketing Management. Kenapa aku rasa rileks semacam? Sebenarnya, kalo kita nak exam then kita rase relaks je, tak berdebar, tu menunjukkan bahawa bila tiba hari exam, kita tak boleh nak jawab. Hahaha.. --> Teori Nadia yg takleh pakai.

someone yg aku panggil poknik : Salam.. Nad.. Mu taw hint HR dok?
(uhuk..tetibe mamat ni nak buat baik tanya hint pulakkk..sebelum ni die beriya cari gaduh ngan aku. emm..gaduh² manja je tu..hahahaa..sengal~)

cik nadia yg baik menjawab : Miss aku oyak baco blako.
(ngeh3..padan muka mu Nik..)

someone yg aku panggil poknik : Adoii.. Takpela.. Thanks...
(tacing rr tu...menyampiss aku)

cik nadia yg baik menjawab : Haha.. Lek aa Nik.. Short essay 20 marks je..
(cool je rr poknik...cakap terer...menggelabah rr mamat nih..)

someone yg aku panggil poknik : Aku tak pandai macam mu!.. Haha..
(alhamdulillah...die cakap aku pandai..amin amin amin!)

cik nadia yg baik menjawab : Aku pun tak pandai macam mu!.. Hehe.. Japg aku tanya member aku, dorang gi kelas ni.
(aku kan baik, so aku tolong la org yg dalam kesusahan ni terutamanya 'orang lelaki' yg bila tiba hari nak exam, dorang kelam kabut buat baik ngan budak pompuan sebab nk hint exam. cess~ kurang asam glugoq..!)

Ok, sememangnya aku ponteng kelas Business Communication malam ni. Sebab? Aku tetibe rasa tak larat. Aku ngantuk, and kaki aku rasa kebas².. Tak terdaya nak bangun, jalan masuk kete, keluar kete jalan naik tangga, masuk dewan kuliah jalan turun tangga, abis kuliah jalan naik tangga, keluar dewan kuliah jalan turun tangga, jalan menuju ke kete pulak, keluar kete jalan pegi kedai makan, masuk kete balik, jalan naik tangga terus masuk dalam umah. Sungguh penat okay! Aku tak kisah laa ade orang cakap aku ngada² ke, aku punya kaki, aku la yg rasa..

*****************************************************************************
Thanks ye untuk Pa'an. Semalam aku story macam² pasal injuries aku nih. Haha.. Aku tak segan, sebab aku tau kau bakal doctor. Sebab tu ringan je jari jemari aku menaip and mengutip segala jenis nasihat daripada doc wannabe nih. ^^,

Memang tak salah la pilihan aku, aku nak kau jadi private doctor aku Pa'an..! Aku cop dah lama! Hahaha.. Tapi kau takut bakal bini kau marah pulak kan? ^^,
Nasihat kau semalam memang sangat berguna ohh.. Aku baca satu persatu perkataan yg kau taip dekat YM, aku rasa terharu, mata aku rasa bergenang. Hahaha.. Tetibe je. Eh, mesti rr.. Terharu giler.. Thanks.. (tersipu-sipu aku nk say thanks ni..hehe..)

Ubat-ubatan yg kau suruh aku beli tu aku dah beli, sume beress... Tunggu masa untuk ditelan je. And aku ingat pesanan kau.

"jangan nad..ko pompuan..tulang pompuan lagi mudah patah than lelaki.."
(emm..lebih kurang macam ni laa..)


Dengan ini, aku menjadi lebih careful. Secara tak langsung, aku dpt belajar jugak sikit sebanyak pasal healthy care ni.

Walaupun kau dah lama duk di Mesir, tapi pada pandangan aku, Mesir tak pernah merubah kau wahai Pa'an. Tak macam sesetengah orang tu. And Pa'an yg aku kenali sekarang still maintain macam Pa'an yg aku kenali 2,3 tahun dulu. =) Budak baekk~ Along yg baekk~ Hahaha.. Comel je. (aku bukan puji, aku bukan bodek, tapi aku menghargai. orait..)

Nota Kaki :
aku sangat malas utk study 6 chapter ini malam. Adios~

2 comments:

Anonymous said...

sakit lg ke? so sakit kaki ad org gendong u ke? ke nk i gendong u?

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

erkkk...
i feel more better now. (^^,)
hehee..no need nk gendong2. i can walk by myself. =)