Assalamualaikum. Its been a while, tapi takpe ah aku malas nak membebel banyak entry. Sihat tak korang sume? Aku tengok traffic mencanak je tu post yang engagement aku haritu. Haha. Thank you korang for the wish! InsyaAllah wedding card on the way, nanti kita pass kan.
Btw, aku nak cakap pasal satu story. Satu je. Iaitu women and makeup. Menarik la topik ni since berlaku kekecohan di majlis pertunangan bestfriend aku cik Nida dua tiga hari lepas.
Cerita dia, si kawan aku ni hire sorang mak andam. I mean makeup artist la kan, budak muda lagi umur dalam 20-an. Makeup dia cun jugak aku tengok di instagram. Nak dijadikan cerita, dua jam sebelum majlis MUA ni datanglah makeup kan kawan aku ni. Lepas settle dia pun balik. Kawan aku pun mcm puas hati gak la. Tapi aku perasan airmuka dia mcm tak ceria. Duk dalam setengah jam, makeup kat muka dia omg terus jadi tebal setebal tebalnya. Betul org cakap, nak tengok hasil makeup yang betul kena tunggu setengah jam or sejam selepas siap tu sebab time tu muka kita baru start berpeluh and keluarkan minyak so effect makeup tu akan timbul.
Kes kawan aku ni, dia request nak makeup soft je sebab bertunang je kan, tapi MUA dia maybe tak perasan or tak berapa arif pasal muka ni. So makeup kawan aku tu mula2 cantik soft je, duk setengah jam jadi tebal gila mcm makeup nak bersanding!! Dia pun nangis, segan katanya nak jumpa org muka tebal dengan makeup, nampak fake katanya. Mata dia cantik, dikelilingi eyeshadow ala-ala smokey eyes. Lawa kot! Tapi dia pn berfikiran sama macam aku, taknak over makeup time bertunang sebab dia nak simpan wajah bermakeup tu untuk nikah. Ok fine la Nida, kita sebakul. Hehe
So aku sebagai bidan terjun haritu, aku cuci muka dia, aku makeup kan balik dengan style aku. Makeup bertunang for me tak perlu tebal. Sebab over. Tapi kalau org suka makeup tebal nak wat canoooo kan. Biarlah.
Lepas aku makeupkan balik kawan aku, baru dia senyum and airmuka dia nampak happy. Aku tutup dark circles and apply natural eyeshadow and maskara and highlight kan pipi dia je. Just nice weh! Duk setengah jam pastu, muka dah mula berminyak and timbul lah seri makeup yang natural soft. Cantikkkk sangat aku lupa nak snap gambar sebab aku pun gabra la dgn kekecohan ni. Adoiii
Makcik makcik dia tanya mana belajar semua etc. Aku takde masuk class khusus aku belajar dengan youtube je tu pun light makeup je aku boleh buat.
Bagi aku, time bertunang aku sendiri pun aku tak prefer makeup artist sebab aku rasa diorang akan makeup tebal jugak walaupun kita cakap nak natural. Hahahaha.
Salah satu sebab kenapa taknak over time betunang, sebabnya aku fikir camni. Time betunang kalau makeup dah tebal sangat cecantik, time nikah kawin orang tak surprise la tengok kecantikan kita sebab dah pernah tengok time bertunang kan? I bet bertunang orang tak ramai datang, time nikah kawin tu yang kena all out sikit. So, aku maintainkan style makeup natural soft, semua warna tanah and sofffttttt. Tak caya tengok ah gambar bertunang aku kat previous post. Sebab MSA pun cakap aritu, dia kata jangan tebal, kekalkan natural makeup mcm daily makeup cuma highlight la blusher sikit nak suruh nampak ada tone, sebab awak dah cantik, kalau makeup tebal laaagi cantik, tapi simpan eh time nikah kawin nanti. Hehehe. So aku simpan. Wekkkk
Tengah mencari MUA untuk big day aku nanti. Woot woot. Oh ya, untuk tengok gambar si Nida ni aritu, boleh la tengok fb dia Nurul Anida. Cari ah yang mana korang rasa dia. Hehe.. Ramai puji makeup tu. Woooo kembang jap kita. Moral of the story, test la dulu makeup sebelum hire sape2. And dont overdo sebab ala aku ada satu minded dimana "tak surprise aaa awal-awal dah tunjuk" aaagitu. Buat Nida and Azam, tahniah. Love both of you. Semoga kekal ke jinjang pelamin. Aamiinnn
No comments:
Post a Comment