FOLLOWERS

Friday, July 9, 2010

Minggu pertama memang huru hara.


Oh tidak. Ketawa terbahak-bahak mengundang ketidakselesaan rupanya. Betul kata orang, ketawa biar berpada-pada, nanti ada benda buruk berlaku. Yes! Ada benda buruk berlaku. Tapi tak buruk mana. Sedang-sedang. Banyak masalah tiba-tiba datang macam pasir mencurah dari atas lori ke lantai bumi. Oh! Tiba-tiba weh. Tanpa disangka. Tu la, seronok lebih-lebih.

Kau gelak, aku pun gelak. Kau gelak sebab tengok cite kelakar, aku gelak sebab baca komen dekat facebook yang kelakar. Kau gelak, aku pun gelak. Kau gelak sebab ada benda lucu, aku gelak sebab annoying dengan perangai perempuan itu. Hahahahahahaha. Kami gelak lagi. Sekali keempat-empat kami tergelak besau. Gara-gara adik bongsu Watip yang tersangatlah sengal dan kelakar. :))

Masalah. Masalah. Masalah. Kau tau apa itu masalah? Sape tak tau memang aku klasifikasikan orang tu dalam golongan gila. Sebab orang gila takde masalah. Sesi add drop tetiba jadi huru hara. Timbul notis barang elektrik dikenakan bayaran. Dapat berita yang menyakitkan hati daripada sekumpulan manusia yang sangat angkuh dan tidak berhati perut. Ok, ini semua sudah cukup membuatkan aku jadi tak senang duduk, sakit kepala, serabut segala, cepat melenting, tapi tido aku tetap lena.

Add drop. Memang masalah besar. Aku add subject, aku drop balik. Aku add subject, aku drop lagi sekali. Semata-mata nak belajar dengan lecturer pilihan. Sekali kelas lecturer pilihan dibubarkan, aku hilang arah. Bukan aku sahaja, malah ketiga-tiga bff aku mengalami benda yang sama bongok! Benci gila dengan Uniten. If nak bubar section, padam la terus nama lecturer tu dalam senarai kelas, jangan bagi harapan palsu! Add drop masih tergantung. Time table tak print out lagi, maknanya aku tak confirm kan lagi registration subject untuk semester ni. Staff bertugas cakap, awak datang hari Isnin. Open slot, add subject time tu. Fine, saya akan datang. Tapi sumpah jadual saya dan mereka bertiga akan huru hara. Kami akan terpisah. Ouh! Sangat risau ok.?!

Notis bayaran untuk barang elektrik. Damn! Uniten memang suka sonlap duit pelajar. Aku nak bomoh-bomoh je sape yang bertanggungjawab. Eh, tak baiklah bomoh orang. Em, takpe, aku pasrah. Baru je nak happy sebab naik notis di notice board, penggunaan mesin basuh, multicooker, water heater dibenarkan secara sah untuk dibawa ke apartment masing-masing. Huhu. Diakui, sebelum ni kami memang bawak sume benda tuh. Semua lengkap di dapur rumah secara illegal. Then, lepas baca notis tu rasa happy giler sebab tak perlu nak sorok-sorok lagi. Tapi, tetiba dapat khabar berita, bukan boleh bawak secara legal macam tu je, tapi berbayar. Setiap barang elektrik dikenakan bayaran RM100. Gila. Uniten memang gila. Silalah kau bayangkan berapa ratus setiap bulan kami nak spend untuk bayar semua tuh. Sewa rumah baru je naik dari RM180 ke RM200. Lepas ni mungkin naik lagi. Andaikan bahawa, barang elektrik yang dikenakan bayaran tu ada 5 jenis. Dan RM100 each. -.- Gila. Pengurusan Uniten memang gila. Aku taknak terima alasan dorang.

Ada sekumpulan manusia yang bakal menjatuhkan maruah kami. Nasib baik kami cepat sedar, dan rasa agak berterima kasih kepada seseorang. Kerana dia kami tahu segalanya. Kerana dia kami menyedari bahawasanya kami sudah ditikam dari belakang. Ya, kami tidak sedar kami diperlakukan seperti boneka. Kami disisih setelah kami tidak lagi mempunyai kepentingan terhadap sekumpulan manusia ini. Lepas tu barulah kami terasa betapa sakitnya mempunyai backstabber. Sangat pedih. Kami sedih. Kami terasa. Kami mahu nangis. Maruah kami di hujung kaki sekumpulan manusia ini. Ya Tuhan, berilah ketenangan kepada kami. Lindungilah kami daripada manusia-manusia yang penuh dengan hasad dengki dan aniaya. Ya Tuhan, berilah kami kekuatan agar kami tabah, kami bersatu, dan kami tidak sesekali tersungkur dengan ujian ini. Benar, ujian ini sangat besar ya Tuhan.. Kami akui.. Kami cuba kuatkan hati.. Namun terkadang hati kami goyah..

......................

Tutup permasalahan di atas.
Kami gembira kerana semester ini kami ada seseorang. Seseorang yang telah lama tidak bersua muka. Kami rindu dia. Dia sudah bertudung. Dia sangat sangat cantik. Aku tidak berkelip pada mula kami bersua muka setelah hampir setengah tahun tidak berjumpa. :)

Sebenarnya lah kan, aku dah mengarut kat atas tu. Biasa lah, jiwa tengah kacau. Tadi 1st class aku pegi untuk minggu ni, minggu pertama semester 4. Kelas Management Accounting. Pada awalnya aku blurr giler, taktau apa-apa yang madam cakap. Notes ada 1 share 4 orang sebab class rep tak expect ada ramai lagi budak baru nak masuk kelas tu. Aku baru je add subject tu sebenarnya. Bayangkan, takde notes, lecturer membebel kat depan, sangat blur. Sumpah tak tipu! Lecturer tulis aku salin. Tak lama kemudian, aku mula faham lepas lecturer suruh buat calculation sendiri. Bayangkan lagi sekali, aku buat calculation costing guna calculator handphone. Ohh!! Sangat sedih. Calculator aku dalam kotak, and kotak tu still di rumah Umi, Umi pulak taktau bila nak datang Muadzam. Umi cepatlaa..!! Kaklong nak discuss something.

Banyak barang aku simpan kat umah Umi. Boleh dikatakan satu bilik dalam umah tu penuh dengan barang kami. Almaklumlah, rumah tu dah kosong, Umi baru renovate, dia dah pindah ke N9. Jarang sekali dia datang Muadzam. Apabila aku perlukan dia je baru dia datang membantu. Lagi sedih, aku tido malam katil tak bercadar, bantal tak bersarung, and aku berselimut dengan shawl. Shawl bukan tudung yang lembik nipis tu. Shawl ni tebal sikit, macam pashmina, size besar. Besar pun tak tutup sepenuh badan aku. Sayu nye.. Syukur ada shawl ni, kalau tak aku kesejukan.. Ditemani si buntal.. Sungguh aku rindukan rumah.. Rindukan suasana katil aku yang ada segala bagai. Ok, jangan homesick ye Nadia. Bulan depan awak nak balik lagi kan? Every month kan? :) Sayang abah! Sebab abah aku suruh balik every month. Hihihi..

Now, dah lega sebab terbaca notis baru. Semua barang elektrik yang aku ada sekarang ni dibenarkan. Kecuali mesin basuh. Bertahanlah. Takde mesin basuh hak sendiri, mesin basuh bilik dobi ada. Lagipun rumah aku ground floor je pun, jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai ke bilik dobi. Nak basuh tangan memang mimpi lah! Aku tak biasa. And, aku malas sebab aku tak pernah nak biasakan. Duduk asrama dulu pun ada perkhidmatan dobi. Takpelah, mesin basuh aku sita untuk sementara, letak di umah Umi. Tumpang ye. Hehehe. Tv pun takde ni, pun duk umah Umi lagi. Takleh tengok kekalahan German semalam. =.= Aku benci korang korang yang mesej dekat celcom aku! Korang saje nak suruh aku marah kan sebab German kalah? Siap ada yang suruh aku bakar lagi jersi hitam Germany aku. Blah rr wei. Aku beli guna duit, bukan taik idung kau. Aku punya jersi, suka hati lah. Masa Manchester United kalah season EPL dulu pun aku disuruh bakar jersi merah Manchester United aku. Bongok. Aku beli mahal-mahal, pehal aku nak bakar. Jangan ada yang suruh aku bakar jersi Red Warrior sudah! Aku takde. Muahaha! Adik adik jantan aku ade lerr. =.=

Aku dah ngantuk. Sangat mengantuk. Nak tengok movie tapi ngantuk. Esok mahu ke satu tempat, release tension, gembirakan hati bersama kawan tercinta 3 ketul ni ha. Bff. I'm better off now sebelum aku merepek kerepek banyak-banyak..

Nota Kaki : Krisis kewangan bermula. Duit buku bila nak masuk weh?! Siutt lah MARA ni. Buku dah la mahal. Sebijik buku dekat RM100. Mana nak cekau duit nak beli buku-buku tu sume. 6 subject pulak tu! Kering. Kopak. Pokai. Muflis. Grrrrr.. Ramai je yang tak beli buku, pinjam yang member. Tapi aku kena beli. Sebab aku taknak share, susah kot. Orang punya, malas la nanti terbuat harta sendiri pulak kan? Ehem ehem, anda disana tu, time kasih ye anda sebab anda jadi bahu saya. Ah, anda memang bahu saya dari dulu lagi. :) Entry ni panjang kan? Adios.

4 comments:

ZaHiN said...

uiks.. panjang gile.. seb bek byk mase terluang sbb uia xstart lg sem.. next week baru start.. huhu~

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

hehe...time2 free boleh la bace entry panjang2 ni. :) time kasih ye. eh dah abis praktikal eh? ahah..gud luck!

It's her blog. said...

mahalnya! uniten mmg cekik duit tuh. kitorang kt utm byr rm15 je utk pakej water heater ngan iron.

mara mmg ade poblem skg . duit x masuk jugakk :(

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

yup..!! uniten mmg ngokngek.
rm15? murah gle tuh.
my bro kt uitm byr rm10.
tp uniten? rm100 beb.
babeng cipan tenuk monyet btl la.
water heater, iron, xyah bayar. benda2 yg mcm advance skit je kne byr. cm multicooker, peti ais besar, mesin basuh. ha, yg tu mmg kne bayar la.

mara sengal~~ slalu masuk duit lmbt. huuu.. cian kite kan biela?