FOLLOWERS

Sunday, November 8, 2009

Imej Kelantan Tercemar.

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan cuti pada Ahad ini 8 November bersempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Kelantan menentang Negeri Sembilan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata cuti berkenaan diberikan bagi menghargai skuad negeri 'Red Warriors' yang telah berjaya ke perlawanan akhir selepas 39 tahun dalam penantian.

"Cuti berkenaan diberikan juga untuk kemudahan para penyokong untuk memberi sokongan kepada pasukan kita, khususnya dari Kelantan,"ujarnya. Menurutnya, mereka tidak perlu bersusah payah memohon cuti atau tergesa-gesa untuk pulang semula ke kampung halaman masing-masing untuk bekerja keesokan harinya. Esok cuti okay!! =)



Betapa ramainye manusia di Stadium Bukit Jalil yg sdikit sbanyak membuatkan aku rase jeles teramat, kemerahan mewarnai seluruh pelusuk stadium tu..70% penyokong pasukan Red Warriors menyaksikan Negeri Sembilan menjulang piala FA utk kali ini dengan kemenangan 3-1, tapi sayangnye beginikah sikap penyokong2 Kelantan???



Kalah menang adat laa kn. Sampai nak baling2 mercun, bakar2 kerusi plak, ape kes.. Memalukan la weyh. Dah berkurun org luar pandang org Kelantan ni jahat, sedangkan golongan 'cimpanzi' ni laa yg merosakkan imej dan budaya negeri Kelantan. Kenapa aku ckp cimpanzi? Sebab, cimpanzi ni ade certain part die cerdik, dan paling obvious sekali die ni spesis beruk yg akalnya tidak sama seperti manusia. Fikir2kanlah.

Kekalahan pasukan Red Warriors adlh kekalahan yg bermaruah. U see, setelah berdekad-dekad dorg x masuk final, last2 tahun ni ade rezeki. Punya la ramai penyokong Kelantan, tp kenapa still buat perangai mcm tu ye? Bg aku sndiri, pemain2 Kelantan not bad laa kn, Indera ade, Farhan ade, Khalid Jamlus ade walaupun pd pandangan aku corak permainan Khalid Jamlus td sedikit 'terjerlus' mungkin goyah dengan penangan gol drpd Negeri Sembilan. =P

Wlau mcm mane skalipun, main tetap main and mereka dh buat yg terbaik, tapi rezki tidak berpihak kpd Red Warriors, cuma aku agak x paham disini, mengapakah penyokong2 Kelantan ni perangainye same mcm 'beruk matyeh' ye? Bukanlah smua, tp sebahagian drpd mereka.

Aku dpt mesej from sorg member yg gi tgk piala FA mlm td, sekumpulan pelajar drpd Kolej Lagenda dan pelajar Kelantan yg menuntut di ibu negara dah pn memulakan misi 'kanak2' mereka, gadoh, ape ke bongoknye mereka itu??? Kenapa lari bila sekumpulan polis dtg? Kalau berani sgt nk tnjuk hebat, nk emo2, go on la weiii.. Masuk lokap padan muka, kubur asing2, sendiri mau ingat aaa... Uhuu..aku pulak yg teremo disini. =P

Agak kurang ajar mereka disitu, dan difahamkan bhwa mereka itu adalah sekumpulan mat rempit. Ohh..no wonder la berperangai 'dajjal' mcm tu. Sungguh memalukan dan mencemarkan imej Kelantan apatah lg Sultan Kelantan sendiri turun padang. Buduhs la wei, menconteng arang kemuka pemimpin negeri, juga semestinya Tuan Guru Nik Aziz dukacita dan kuciwa dgn sikap mereka. Tapi, tidak dpt dipastikan samada mereka adalah org Kelantan ataupun org luar yg menyokong Red Warriors. Heee.. Buatlah spekulasi yg patut. =P

Dan aku difahamkan juga, KAFA akan didenda sabit kesalahan bakar2 kerusi dalam stadium tu kot, aku sendiri x pasti, setelah HAIRUDIN menyumbat gol kedua utk Negeri Sembilan aku dah blahh masuk bilik. Mood dan semangat Red Warriors ni dah makin ilang. Iskk3.. Sungguh sedih dgn kekalahan itu. Separuh minit pertama menyaksikan gol pertama dijaringkan oleh pemain muda Negeri Sembilan, SHAHRUAIN, memang aku sndiri pown x sgka die nk sumbat gol dan disusuli dengan jaringan gol drpd HAIRUDIN and lepas tu aku xtau dah sape menjaringkan gol ketiga utk Negeri Sembilan dan gol tunggal utk Red Warriors. Siapakah??

Tahniah utk pasukan Red Warriors krn berjaya mara ke peringkat akhir piala FA. Sehingga ketemu lagi di tahun hadapan. =)

Obviously aku asyik meng'usha' Zaquan shj. Kenapakah?? Haahaha.. Ngok nye Nadia neyh. Die hensem okay!! =P

Moral disini : Junjunglah budaya negeri sendiri walau dimana sahaja kita berada, sisipkan nilai berbudi pekerti dan ramah mesra apabila berada di negeri org, sebagaimana disarankan oleh bekas perdana menteri yg lalu, Pak Lah.

sekian shj ulasan Piala FA drpd sy, time kasih!! =)) segala kesalahan dan kekasaran bahasa di dalam rencana diatas harap dimaafi. Hee... sengalnye...hahahaha..

**sapo hok ngato td tu agok2 r deh, jange sapa aku ile soba..dae cidik xleh nk aja lagu tu laa..alah kokre sedak bena, keno atah motek mu baru tau!**

3 comments:

the life of cikgu sue said...

Nadia
auntiepun frust tengok kelantan kalah.lebih frust lagi tengok gelagat penyokong.

Malu besar kita weh.

Lia3003 said...

frust tgk penyokong tu, terlalu obses..fuh...[tarik nafas panjang]

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

untie sue : haa..frust kan?? dah la kelantan kalah, perangai pnyokong plak cmtuh..double frustrating...punoh2..

liyana : yap..obses yg memalukan byk pihak. =(